Siapa Dia?
| More
Salam..

Selesai solat Asar tadi, tergerak hati untuk online dan melihat perkembangan terbaru alam maya. Di salah satu ruang chat Yahoo Messenger terdapat satu pesanan. Berikut isi kandungannya;

http://adibahahmad.blogspot.com/ jom bom org ni..dia telah menghina nabi dan sengaja menempah tiket ke neraka...

Maka, jari melirik pantas pada alamat yang tertera dan terus melihat laman hamba Allah ni. Masya Allah, terkejut dan seperti terkena kejutan eletrik melihat laman blognya. aku tak tahu apa yang telah merasuk atau mempengaruhinya sehingga sewenangnya mewujudkan entri sedemikian. Tiada aku ketahui kenapa boleh terjadi sebegini.

Hasilnya, aku membuat sedikit pencarian dan cuba memastikan bukan demikian lagak manusia itu. Antara siri jawapan dari enjin pencarian menemukan kepada laman Facebook dan Friendster. Namun, aku menemui yang ini pula. Tidak dapat aku mengkaji dengan lebih mendalam mengenai perkara ni. Apa yang boleh aku simpulkan, kepada pemilik blog Adibah Ahmad, jika anda benar-benar seperti yang tertera, ingatlah bahawa masih ada peluang untuk anda berubah dan bertaubat. Sesungguhnya seksa azab dari Allah itu amat pedih.

Aduh, macam-macam manusia zaman sekarang. Semoga mereka yang anti-Islam itu sedar betapa mulianya agama Allah ini. Jangan jadi bodoh!

p/s: hati panas sepanjang melayari laman blog Adibah. Huh!
Selamat Ulang Tahun!
| More
Salam..

Saban tahun, tarikh ini mengingatkan aku betapa bertuahnya aku dilahirkan ke dunia ini dalam sebuah keluarga yang aku kira serba mencukupi. Cukup untuk mencakupi hampir setiap rasa yang ada di dunia ini. Bagi penganut Kristian mereka meraikan Hari Krismas, aku meraikan hari ulang tahun atau dalam istilah lainnya anniversary.

Seusai solat Subuh tadi, aku menyampaikan ucapan kepada kedua mereka. Aku sentiasa mengharapkan agar mereka dilimpahi nikmat yang tiada terhingga walau ada tersepak dan tersadung di sepanjang perjalanan meraih keadaan sedia ada. Aku cukup bahagia bersama mereka dan ahliku yang lain. Semoga kami sentiasa di bawah payungan rahmat dan keredhaan-Nya.

Tahun ini, aku tidak dapat bersama mereka walau tahun ini merupakan tahun yang aku rasakan cukup simbolik dengan tarikhnya. Ya, ulang tahun ke-25 pada tanggal 25 Disember 2008. Maafkan daku ayah dan mama andai anakmu ini sering menimbul amarah dan menidak apa yang kalian mahukan. Mungkin dulu aku tidak punya kematangan untuk menilai, namun di usia kini aku rasakan aku sudah punya sedikit tapi masih memerlukan kalian memimpin dan menuntunku agar tidak tersasar jauh dari landasan-Nya.

Ayah dan mama, daku mendoakan agar kalian sentiasa gembira dan berbahagia. Insya Allah, kami anak-anakmu akan berusaha sedayanya untuk buktikan yang terbaik untuk kalian. Aku kagum dengan ketabahan kalian, keyakinan kalian, kecekalan kalian sepanjang membesarkan dan mendidik kami. Terima kasih atas segalanya. Kalian yang terbaik untuk kami!

Salam peluk cium dari anakmu...
Posting Unknown
| More
.
..
...
....
.....
......
.......
(terus merancang)
Caturan Aku
| More
Hari ini, aku masih mencatur masa depan, memikirkan langkah seterusnya untuk aku memenangi perlawanan ini. Yang aku tahu, dalam usaha memenanginya sangat banyak pengorbanan yang perlu aku lakukan. Cuma hati masih terlalu lembut untuk berkeras dengan keputusan yang satu. Untuk aku menilai baik dan buruk, setakat saat yang berlalu aku sudah pasti dengan jawapannya.

Cuma..

Ya, cuma aku sahaja yang bisa merealisasikannya. Tapi, aku tetap aku yang sudah pasti sukar meluahkannya. Yang sudah pasti berusaha melihat pilihan yang lain walau tiada yang datang bertandang. Aku perlu tabah. Ya, aku tahu itu. Aku perlu hadapi kesan selepasnya. Ya, aku tahu itu. Cuma aku masih belum berdaya menghadapi kesan selepas itu. Aku masih lemah untuk melihat situasi yang pasti meranapkan sinar yang sekian lama menyinar.

Terlalu berat aku kira. Namun, sesuatu perlu berlaku dalam sedikit masa dan ianya terlalu hampir. Aduh..
Tagged oleh Cik Ika
| More

1. I love : being who am I rite now..

2. Right now I want : to play bowling sampai tak larat angkat tangan daa..

3. I feel like : teeettttt...

4. I hate it when : I know my limitations...

5. I fear : of GOD lerr..sekali kun fayakun..macam2 boleh jadi..

6. I'm lonely without : all of you!!! :)

7. I need : my soul..

8. Today I : will be going to Teluk Intan

9. Tomorrow I : have kenduri..tolong-tolong..

10. I just : want to be myself..

11. I want to meet : my soulmate..

12. I love it when : I can achieve what come across..but surely not aite?..

13. I'm afraid of : lost!

14. I'm listening to : right now..none..

15. I wish I was in : my sweetest time..

16. I want to get : a sport car for my ride..

17. I can : talk and talk and talk.. :p

18. I can't : live my life without YOU..

19. I have : a car (tu pun name mama :p), a phone, a lappy, 2 bowling balls (nggeee~!)

20. I haven't : married (hahaha), tunaikan haji pun belum..

21. I'm nervous to : face the truth!

22. My parent think i'm : who I am, ATM all alone..hahhaha...

23. I think : I love myself the way I am..

24. I'm happy when : all of you happy too..

25. I'm sad when : I'm left..behind..

26. I like eating : anything that possible..

27. I hate eating : dunno, am I dat choosy?.. :p

28. I love watching : Prison Break, Heroes..tengok wayang pun best..janji cite best..

29. I love listening to : my phone ringtone and message tone.. (maknanye ade orang msg or call) :p

30. I like playing : bowling of course!

YOU"VE BEEN TAGGED!! (exception to those who have answered it! lalalala..)
Aduh..lewat!
| More
Salam..

Aduh..aku terlambat lagi. Maafkan aku kalian buat kalian ternanti-nanti. Demikian detik hatiku atas kelewatan seawal pagi tadi. Hari yang ku jangka dapat dimulakan dengan perkara-perkara yang terbaik sedikit sebanyak tercalar dek kelewatan aku. Aku gusar menghitung nasib diri yang semakin dimamah ketidakaturan.

Sampai bila harus aku begini? Semakin hari semakin tenggelam walau masa hadapan serasa aku semakin cerah. Aku masih belum bertemu sinar untuk aku kembali bersemangat. Namun, biarlah belum bersua dengannya, aku akan tetap menyinar untuk yang lain. Insya Allah..

Kuatkan aku untuk aku menempuh hari-hari mendatang. Berikan aku peluang menggunakan sisa-sisa kekuatan di dalam diri ini. Akan aku tatang sepenuh hati setiap yang menyinggah mengharap sinar. Semoga sinar dari-Mu akan terus memberi rahmat dan keberkatan dalam hidup semuanya.

Di sebalik tiap keluhan, aku bersyukur kepada-Mu atas peluang untuk terus hidup, menghirup udara di atas muka bumi Mu dan masih kekal bersama iman di dalam agama-Mu. Aku juga bersyukur atas upaya melaksanakan tugas pagi tadi walau dihambat rasa bersalah atas kelewatan itu. Peluang mengacara sesuatu tidak datang selalu tapi cukup bermakna untuk aku. Terima kasih ya!

Semoga segalanya baik-baik belaka untuk semua. Juga doa ku titip buat En. Rudy yang kini bercuti seketika ke seberang, semoga sentiasa bersabar dan terus tabah. Insya Allah..

Wassalam..
Syukur dan Selamat
| More
Alhamdulillah..

Syukur pada Mu atas segala kurniaan dan kemeriahan nikmat yang tidak putus-putus dari Mu walau aku sering putus menyampaikan doa-doa harianku pada Mu.

Terima kasih pada semua yang mengucapkan Salam dan Selamat untukku. Ya, pastinya pertambahan usia ini menyenangkan namun terselit berbagai keresahan mendatang di hari muka. Lebih banyak tanggungjawab untuk ku pikul dan lebih banyak cabaran untuk ku tempuh.

Ya Allah..

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!

Sudah genap 24 tahun aku berkelana di muka bumi Allah namun lebih yang telah aku sia-siakan pastinya bukan untuk jalan Mu. Ampuni aku..

Tekadku untuk berubah walau saban tahun aku bertekad. Biarlah ianya berbuah untuk kali ini. Insya Allah..
Aku Hilang!
| More

Kini segalanya hilang dan terus menghilang
Aku kalut dalam hilang
Aku resah dalam hilang
Aku tenggelam dalam hilang

Menerima kehilangan suatu yang perit
Sukar diterima dek akal yang masih waras
Segalanya kelihatan tidak
Tidak boleh
Tidak mungkin
Tidak akan

Aku hilang dan terus hilang
Cuba mencari yang hilang
Namun masih belum ketemu
Atau mungkin sudah
Cuma belum terlihat olehku

Ya Allah

Kau tetapkan diriku
Tetapkan hatiku
Tetapkan matlamatku
Tetapkan impianku

Kau Yang Mengetahui segalanya

Jauhkan aku dari hilang...

.:aku yang hilang mencari-cari hilang itu, mengharap untuk keluar dari hilang:.
-enbudak, Disember 2008-

Tagged oleh En Rasydan
| More
Salam..

Dah lama ditagged oleh en Rasydan ni, cuma hari ni baru berkesempatan untuk menjawab. Maaf la ye en Rasydan.

Okay, here we go..

Rule 1

People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

Rule 2

Tag 6 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.



Questions:-

1. Do you have secrets?

Secrets? sure..lots and lots of it..

2. Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?

Younger?..boleh je kot..janji matang.. :p

3. Do you enjoy going to college?

College?..Really enjoy it..memories remains forever.. ;)

4. What would you do with a billion dollars?

Billion dollars?..nak bayar balik kat mama dan ayah walaupun tak terbayar jasa mereka..savings dan pelaburan untuk masa depan..paling pasti satu kereta sukan pasti dimiliki..BMW Z5?.. :)

5. Will you fall in love with your friend?

Haha..soalan...well..guess semua orang dah tau kan.. :)

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Nature for us to be in love and loved by someone..we love it both ways..rite?

7. List 5 current favourite songs:(for now)

  • d'Masiv - Cinta Ini Membunuhku
  • Bunkface - Situasi
  • Aizat - Lagu Kita
  • Jason Mraz feat Colbie Caillat - Lucky
  • Banyak lagi dalam playlistku! :)

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Owh.. If dah berpunya..cari la yang lain, tapi if nak jugak..kene try la..best man win kot?.. :)

9. List 5 favorite TV shows

  • Barclays Premier League
  • Heroes Season 3
  • Prison Break Season 4
  • Terminator Sarah O'Connor Chronicles Season 2
  • House

10. Do you have any regrets?

Regrets? Surely..should go the other way around..Huhu..

11. Would you be the person that you are if you were to be reborn?

Yup..I love the way I am..

12. What do you want the most at the moment?

Someone kot...

13. What kind of person do you think the person that tagged you is?

Enthusiast, Committed, Hardworking, Chubby..hehehe..

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

I want to be married! but not poor..everything needs money but He didn't.. :)

15. What is your favourite color?

Purple, pink, red for MU.. :)

16. Would you give all in for a relationship?

Only for my wife wannabe..

17. If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?

Guys can make it two if affordable la..if not..the one that

18. What are the top 5 bands that you listen to or love?

  • Hujan
  • Sofaz
  • Nidji
  • 6ixth Sense
  • Estranged

19. Name 3 things you would like to do but never able to.

  • buy anyhting that come through my mind :)
  • free from sins..huhuhu..
  • dulu-dulu nak jadi doktor.. :p

20. People I have tagged

  • En Jeri
  • Sis Anuey
  • Sesiapa yang sudi.. :)
Penat seyh menjawab segala macam soalan ni..huhu..

Anyway! Syukur dengan apa yang ada.. :)
Restoran?
| More
Salam..

Alhamdulillah..
Hari tasyrik terakhir..Lakukan apa yang terbatas pada hari-hari yang lain. Takbir lah sepenuh hati dan sepuas-puasnya! :)

Hari ini, aku masih bersantai di kampung. Melihat-lihat keadaan restoran yang bakal dibuka, mengganti tugasan yang sentiasa dilakukan oleh ayah sebelum ini. Alhamdulillah, pengubahsuaian hampir siap. Boleh dikatakan sudah hampir 90 peratus. Ayah sangat suka dengan hasil oleh kontraktor, En. Rosli memenuhi kriteria dan piawaian ayah. (Ya! ayah memang seorang yang mementingkan kualiti a.k.a particular).

Maka, sebagaimana yang dijanjikan, gambar-gambar restoran seawal dan sehingga kini.


Gambar-gambar semasa di awal proses pengubahsuaian berlaku. Gambar diambil pada 4 Oktober 2008 yang lalu. :)

Seterusnya...


Gambar diambil pada malam setibanya aku ke rumah tercinta! Pada 6 Disember yang lalu. Komen anda?..

Esok harinya aku, ayah dan Afif ke kedai. Tiba di kedai, ayah menyembang dengan En. Kontraktor dan melihat-lihat keadaan sekeliling. Ayah mengajak kami mencuci apa yang patut. Hasilnya..


Hehe..semua terduduk kepenatan. :)

Selamat menjamu mata dengan gambar yang ada. Mahu lebih jelas? Jemput ke kedai bila sudah beroperasi nanti ya!

Wassalam..
Selamat Hari Raya Aidil Adha
| More
Hutan Kampong, Alor Star, Kedah

Salam Idul Adha buat semua..
Semoga Hari Raya Qurban pada tahun ini membawa rahmat dan kebaikan tak terhingga untuk kita semua..saban tahun kita akan didengarkan dengan sejarah hari raya qurban ini agar kita mengambil pengajaran dan menilai sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan untuk agama tercinta. Harapnya agar kita sentiasa diletakkan di kalangan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T dan menerima buku amalan dengan tangan kanan kita di akhirat nanti..

Insya Allah..

Ayuh, beraya dengan penuh makna! Jauhkan diri dari setiap yang melalaikan dan merugikan kita..
:)

p/s: input lebih mendalam mengenai Idul Adha. Klik di sini.
Kampung
| More
Salam..

Kepulangan yang dinanti. Biasa kedengaran? Tajuk sebuah lagu raya dendangan Aman Shah suatu ketika dahulu. :)

Alhamdulillah, aku selamat tiba ke destinasi, kampung halaman di Bandar Putra Bertam jam 12.20 tengah malam semalam. Syukur pada yang Esa. Setiba di kampung, terus mengajak ayah untuk ke kedai @ restoran yang masih dalam proses ubahsuai a.k.a renovation. Seronok dan suka. Hati berbunga-bunga melihat kedai yang jelas jauh berubah berbanding 2 bulan yang lalu.

Suatu masa dulu, perkataan kampung diletakkan bagi rumah kediaman dirasakan terlalu janggal. Mengapa ya? Bersekolah di sekolah berasrama dan tika tiba masa untuk pulang ke kampung, terasa janggal bila ada yang bertanya kampung di mana kerna keliru dengan kampung untuk kediaman atok. :)

Kini, mungkin edaran masa dan pemikiran mengubah persepsi dan menerima baik perkataan itu untuk diguna pakai. Ya, pulang ke kampung. Insya Allah, malam raya akan pulang ke Kedah kampung ayah pula.

Salam Idul Adha untuk semua.

p/s: gambar terbaru kedai akan dimuat naik kemudian. Line broadband agak kurang memuaskan.
Hasad
| More
Salam..

Alhamdulillah..
Setinggi-tinggi syukur ku rafa'kan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang pelbagai.

Semenjak dua ni, sering aku mendengar berita-berita kurang menyenangkan. Isu hasad dan dengki manusia ke atas manusia yang lain. Kenapa perlu wujud perasaan iri dan tidak puas hati ini? Manusia kini lemah dan seronok membuai layanan nafsu. Nafsu yang tak pernah puas melihat orang lain sengsara. Aduh..

Andai apa yang kamu-kamu itu lakukan semata-mata mengejar kelebihan atas dunia ni, ingatlah..tiada keberkatan yang akan kau perolehi sepanjang kehidupan. Beringat lah!..

Jangan sampai apa yang kau lakukan itu, jatuh terkena batang hidung kamu suatu hari nanti. Moga kita dijauhkan dari perasaan-perasaan negatif ini.. Insya Allah..

(entri ini aku wujudkan berdasarkan isu-isu yang sampai ke pengetahuan segenap panca indera ku..) Semoga kalian sentiasa bersabar dan terus bersabar..berkat kesabaran itu..akan diberikan yang lebih baik dan terbaik dalam hidup kamu. Berusahalah! :)
Hati Riang
| More
Salam..

Hati riang..
Riang ria mendapat tahu pasukan faveret sudah menang..jaringan 5-3. Pertama kali Carlos Teves mendapat 4 jaringan dalam satu perlawanan. Kagum dengan semangat dan bakat yang mereka ada. Tahniah semua! Harap Liga Malaysia juga punya kekuatan atau daya tarikan supaya kita bangga dengan rakyat kita sendiri. Semoga FAM mengkaji kedudukan dan kewajaran mewujudkan pemain import dalam liga kita.. Glory, glory Man. United..

p/s: Harap peminat Arsenal tidak kecewa dengan kekalahan 2-0 dengan Burnley untuk Carling Cup. Tahniah atas kejayaan mengalahkan Chelsea! :)


Hati riang..
Riang bila mana hari ini sudah hari Khamis. Esok malam, aku akan pulang ke kampung halaman bersama ayah. Kebetulan ayah punya tugas luar di Putrajaya esok hari. Malamnya, kami akan pulang bersama. Suka! :) Mahu menjenguk kedai @ restoran aku nanti. Menurut perkhabaran yang diterima, cantik dan menarik. Akan ku jemput semua tika dibuka nanti. Datang ya!

Hati riang..
Semoga keriangan ini akan berkekalan walau ku tahu panas itu tidakkan berpanjangan, hujan pasti menjengah di pertengahannya. Namun, akanku hargai segalanya. Syukur pada-Mu..

p/s: Hati riang jangan dilupa yang di 'atas'.. :)
Sejuk Malam
| More
Salam...

Alhamdulillah..
Selesai menjamah, makanan iaitu mee maggi dan air milo buatan sendiri a.k.a sendirian berhad.


Nyum..nyum..
Sedikit penyeri entri kali ini..mee maggi bersama daging dan sebagainya..suka aktiviti memasak ni..huhu..

Apa kes makan maggi pagi-pagi buta ni? Mahu tahu cerita nya?..

Alkisah, jam 10 malam pergi bermain badminton bersama rakan-rakan. Sangat penat ditambah hidung tersumbat dan tekak perit dek batuk-batuk yang menjengah di kala sejuk malam menguasai diri. Hampir 2 jam bermain, hujan turun dengan sangat lebat, meningkatkan keinginan untuk mengisi perut. Keadaan semasa membataskan keperluan untuk keluar, maka memaksa diri untuk memasak. Memang suka masak. Macam-macam dicuba. :)


Maggi yang dibuat, tak sah jika tak ditemani minuman. Milo menjadi rakan seperjuangan encik maggi. Sedap..sedap..suka juga! :)

Maggi yang ditumis dan ditambah daging, tomato dan bawang. Air milo ditambah susu segar. (Dutch Lady Fresh Milk, aduh.. :p)

Akhirannya, kekenyangan digapai. Segalanya memenuhi kehendak dan keperluan diri. Alhamdulillah, syukur ke atas-Mu atas kurniaan rezeki tak berbelah bahagi.

Ayuh ke pembaringan pula. Masih banyak yang perlu ku lakukan di esok hari. Semoga segalanya indah dan ceria. Yang terbaik dari-Mu Ya Allah...
Bulan Tersenyum Padamu..
| More
Salam..

Lihat senyuman manis itu.. :)

Masih tersenyum Sang Rembulan itu..ada lagi malam ni?

Subhanallah..
Sungguh indah ciptaan Ilahi..Sungguh tak disangka berpeluang melihat sendiri kejadian atas aturan Yang Maha Agung. Fenomena bulan tersenyum disertai dua biji mata oleh planet yang berada seiring iaitu Zuhrah dan Musytari menambah seri di malam hari.
Maha Suci Allah Yang Menciptakan..

Lebih banyak penjelasan mengenai kejadian atau fenomena di ruang angkasa kita..
Astronomical Events of Interest.

Ayuh, kita perhati lagi kebesaran Allah ini. :)
Tag Lagik?...
| More
Salam..

Semalam mambaca blog-blog yang ada dalam pautan, makanya diri telah di'tagged'. Apa kandungan tagged itu?..

Seperti di bawah:

1. Take a recent picture of yourself OR take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instructions with your picture.

5. Tag people to do this.

Untuk menjawab tagged itu, dipersembahkan rupa diri di kala serba tak kena. Huhu..

Tadaaaa!!!
Aduh, rupa macam apa dah ni..tapi ni kompem dah mandi ye. Jangan kata tak mandi pulak. :p

Jadi, untuk meneruskan rantaian ini adalah senarai nama yang diperlukan..

1. En Hilmi Khairi : mahu lihat rambut terbaru anda..hehehe..
2. En kekeQ : tengok sket rambut orang baru bangun tido..
3. En Amiran : rupa seorang pegawai penyelidik..cepat dapat gaji..boleh belanja kami di sini.. :p
4. En Azri : bosan di PPPI?...ambil gambar dan publish di blog anda ye... :)
5. Sis Anuey : mahu tengok rupa orang mengantuk di pejabat kedutaan..lalalala..
6. Cik Siti Leha : rupa anda pusing-pusing kerna pening menyiapkan tesis?.. :)
7. Pengunjung-pengunjung yang terlanjur membaca..maka anda di tagged juga!! (En Rudy dan Sang Pelangi pun kene ke?...tak payah la kot.. hehehe)
Mak Su
| More
Salam..

K5B 301.

Semalam, pertemuan bersama keluarga diakhiri dengan satu berita sedih dari sanak saudara. Aduh, sungguh mudah dirasakan hidup ini. Suatu yang bernyawa pasti akan tiba masanya untuk kembali pada-Nya. Ayah sepatutnya menghabiskan sesi kerjanya di Sepang pada hari ni (Isnin), namun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka kepulangan adalah diperlukan.

Lebih kurang 16 jam yang lalu..

Kami adik beradik sedang menantikan pertembungan antara Manchester United dan Manchester City dari bilik hotel di Sepang. Afif dan Anap seronok menatap televisyen sambil Anap menduga Afif dengan nama-nama pemain Manchester United. Kagum kami mendengar dia menyebut satu demi satu nama pemain. Seusai solat Isya', aku mengambil bungkusan makanan untuk dijamah. Telefon bimbit mama berbunyi, menandakan masuk message dan mama terus membaca. Sejenak berubah wajah mama, aku semacam mengetahui ada sesuatu yang tak kena. Rupanya, Mak Su di Taiping telah meninggal dunia. Innalillah.. Terdiam seketika mama. Ayah dihubungi untuk diberitakan hal yang berlaku.

Hilang segenap perasaan suka di antara kami adik beradik. Lantas, semua bersiap-siap mengemas pakaian dan sebagainya menunggu kereta pejabat tiba. Ayah masih meneruskan kerjanya di bawah (Bilik Mesyuarat hotel). Selesai bersiap, kenderaan masih belum tiba, maka kami menjamah makanan dan menonton televisyen. Barclays Premier League seperti kurang tarikan pada ketika itu. Habis separuh masa pertama, kenderaan tiba dan kami turun ke lobi hotel. Anap dan Afif memuatkan pakaian ke dalam kereta dan aku berbincang dengan mama mengenai perjalanan. Aku sememangnya kurang upaya untuk memandu jauh dan masih sakit kepala kerana seharian keluar bersama mama dan adik-adik. Setelah berbincang, ayah dan mama setuju supaya aku sekadar pulang ke kampus dan mereka turut mewakilkan aku. Aku berdoa dari kejauhan. Ya Allah..Ampuni aku..

PROLOG

Arwah Mak Su merupakan seorang yang ceria, bisa buat sesiapa tersenyum dan gembira. Kami senang dengannya, dan banyak memori kami bersamanya. Saat aku dan Anap sama-sama jatuh di dalam parit di kampung Atok, masih menjadi usikannya tatkala bertemu. Mak su menghidap barah, setelah dibuang melalui pembedahan doktor mendapati ianya telah menjangkiti paru-paru. Raya Aidilfitri yang lepas, kami sempat berkunjung ke rumahnya. Sangat lemah lagaknya, namun masih berusaha 'tuk tersenyum. Masih berusaha menghiburkan kami anak beranak. Begitulah keadaannya tiap kali bersua.

Banyak perkara yang masih berkaitan dengannya, nombor telefon ayah, mama dan Anap (suatu masa dulu milikku) merupakan atas pertolongannya yang pernah bekerja di Celcom dulu. 019-5**5151, 019-5**5252 dan 019-5**5353.

Semoga RUHnya ditempatkan bersama-sama orang mukmin. Cucurilah rahmat dan keampunan ke atasnya ya Allah..

Al Fatihah..
Perubahan
| More
Salam...

29 November 2008.
Residence Hotel Uniten.

Hari Sabtu ini dimulakan dengan indah bersama ahli keluargaku. Satu kepuasan dapat bersama keluarga dan meluangkan masa bersama mereka. Melihat mereka tersenyum gembira, menghilangkan setiap resah dan gelisah mengulit jiwa. Alhamdulillah, kurniaan dari Yang Maha Esa membuat aku lebih hampir denganNya.

Hari ini juga, aku merasakan perlu ada suatu bentuk perubahan terhadap penampilan blog ini. Namun, bukan atas dasar terasa atau apa-apa, cuma mewujudkan suatu bentuk kelainan dalam cara yang sama. Atas nasihat seorang pengkritik bebas mengenai kewujudan warna di blog ini, makanya, aku berhasrat mereka semula dan melakukan proses editing terhadap warna dan latar belakang blog ini. Diharapkan akan menerima maklum balas yang positif dari pengunjung. Terima kasih. :)

Pasti tertanya-tanya, siapakah pengkritik bebas itu kan? Kalau tak tertanya pun tak apa. :p

Cuma yang pasti, Sang Pengkritik menyatakan, "..sebenarnya, warna pink kat blog tu tak menarik sangat. Lagi cantik kalau diubah warnanya..". "..Ya, akan difikirkan untuk diubah.." ujarku. "..Rasanya mungkin menarik kalau pink itu digabungkan dengan hitam.." tambahnya lagi. Aku semacam bersetuju dengan pandangannya. Tapi aku menambah "..nampak macam sangat perempuan pulak kalau warna macam tu..". Hmm.. "..why not to give it a try, rite?.." bicaraku dalam hati.

Ya, akhirnya..inilah hasilnya dalam keadaan serba mahu cepat.. :)

Insya Allah, akan diteruskan usaha menambah baik penampilan dan pengisian di dalam blog ini. Sangat mengalu-alukan pandangan dan komen dari semua pembaca dan pengunjung. Terima kasih sekali lagi.

Wassalam..
Menanti
| More
Salam..

Hari terakhir bekerja dalam minggu terakhir di bulan kedua terakhir untuk tahun ni. Aku sedang menanti kehadiran ahli keluargaku dari Penang. Ayah, mama, Dik Nap ngn Afif dalam perjalanan dan akan menyinggah di Residence Hotel, Uniten. Tempat kegemaran ayah bila ada urusan di Putrajaya. Dik Tap a.k.a Acap tak dapat ikut sama kerna kereta penuh. Kesian dia, keseorangan di rumah. Huhu..

Seronok, nanti malam dapat jumpa bersama dan makan-makan. (..makan free la jawabnya malam ni.. :p) Dah lama tak jumpa Dik Nap yang kini di UNIMAP, nun jauh di hujung Semenanjung. Kali terakhir raya yang lepas. Mama dan Afif, baru sahaja berjumpa tiga hari yang lalu kini datang semula mengikut ayah atas urusan kerja. Ayah yang sangat selalu datang atas urusan kerja di Putrajaya. Bak kata orang, tua dalam kereta je nanti. Huhu. Kesian ayah. Nanti semua dah okay, ayah boleh berhenti kerja ya?..

Mama dan Afif mengambil peluang cuti sekolah yang ada untuk sama-sama menemani ayah. Mama guru di SMKA Al-Irshad Pokok Sena, Pulau Pinang. Afif pula adikku yang sangat bijak, akan melangkah ke darjah 4 pada tahun depan. (ayah mama janji mahu beli hadiah untuk dia sebab dapat nombor satu..huhuhu) Semoga kalian selamat sampai. Daku di sini menunggu dengan tenang walau cuaca di luar menggila. Kilat sabung-menyabung, guruh menggegarkan segenap ruang, hujan turun tanpa tanda akan berhenti. Aku keseorangan menanti.


Duduk dari kiri : Dik Nap, Ayah, Mama, Afif, En Kid dan Acap di depan. Lengkap familiku..

Seperti hari-hari yang lalu, batuk dan selsema masih belum menunjukkan wajah sayu untuk berlalu. Aku kian terseksa menahan batuk menyentak dada, cecair hidung yang kian bersarang dan menjadi kubu kuat virus-virus menentang serangan antibodi. Aduh, sabar Kid, sabar...

Hari minggu yang bakal menjelma masih belum dirancang dengan baik, sekadar mengetahui akan mengikuti familiku ke Sepang pada esok hari, kalau aku tiada halangan. Insya Allah..

Lapar pula perut di kala cuaca sejuk begini..perlukan sesuatu untuk membantu cairan asid di dalam perut supaya dinding perut tidak menjadi mangsanya. Huhu.. Ayuh..masak-masak! :)
Kosong
| More
Salam..

Alhamdulillah..masih diberikan peluang meneruskan tugas khalifah di muka bumi-Nya. Namun, hati tetap gusar, fikiran masih gelap, semangat kian luntur, segalanya kelihatan kabur, semakin ku kejar semakin jauh perginya. Aku kian keliru dan akhirnya buntu menghadapi hari-hari muka.

Ingin diberitakan namun tiada sampai maksudnya. Ingin dilalukan baris-baris kata namun tiada mampu meniti di bibir. Ke mana perginya setiap semangat dan keyakinan itu? Aku pun tiada tahu. Cuba mencari di mana silapnya, di mana pincangnya, di mana cacatnya..

Aku masih termangu-mangu mencari hala tuju..

Aku perlukan sesuatu. Di mana mangkinnya? Di mana cetusannya? Di mana mulanya? Semua perlukan jawapan dan aku juga perlukannya. Aku perlukannya secepat yang mungkin. Aku sangat perlukannya.

Ya Allah, Kau tunjukkan padaku apa-apa yang tidak ku ketahui, permudahkan apa yang aku tampak susah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Mengatur..
Jaga Amanah Itu
| More
Salam..

Tertanya-tanya pada diri punca diri kian mudah diserang bermacam penyakit ini. Ke mana perginya setiap antibodi dalam tubuh menjalankan tugas mencegah pencerobohan terhadap sistem tubuh? Aku gagal lagi dalam episod menjaga amanah dariMu. Maafkan aku..

Rengsa seluruh ruang di dalam tubuh membataskan kehidupan harian. Namun, akan tetap ku tempuh dengan senyuman. Insya Allah..
Glory glory!!!
| More
Salam..

Tekak terasa perit..Hidung kian kurang fungsinya..segenap atmosfera tubuh dirasakan direntap dan bagai diamuk setiap saraf sakit itu..

Namun, sokongan tidak untuk pasukan kegemaran tetap lahir dari hati ini..Glory glory!!! Semoga terus berjaya dalam saingan Liga Perdana Inggeris. :)

16 jam yang lalu..

Aku mula menggerakkan hampir tiap otot yang terpaut kemas di tubuh untuk memenuhi tuntutan sahabat..kenduri nun jauh di persisiran pantai indah di Darul Ridzuan itu..Alhamdulillah..selesai..
Terima kasih dan tahniah sahabatku..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat!..

Kini..

Aku makin lemah..menanti keputusan di hadapan layar TV..
Aku dan Diriku
| More

Beberapa ketika aku termenung..
Merenung pada diri yang kian terkurung..
Mengharap akan hilang mendung..
Namun tidak juga mentari berkunjung..

Aku cuba menghilang resah..
Membuang jauh gelisah..
Mencari nafas biarpun susah..
Namun diri kian pasrah..

Aku tidak punya apa untuk dibangga..
Melihat yang lain indah ceria..
Walau ada masa mencuka..
Namun aku tetap dilanda curiga..

Bukan cuba menduga Yang Esa..
Aku tahu aku bukan siapa-siapa..
Sekadar hamba yang hina..
Mengharap simpati dari Yang Mencipta..

Kala hati kian jauh berprasangka..
Semakin ketawa si penghuni neraka..
Suka melihat aku terleka..
Bangga melihat hasil kerja mereka..

Ya Tuhanku, ampuni aku..
Hamba-Mu yang sering membelakangkan-Mu..

~Diri bernyawa namun tiada bahagia, mencari-cari di mana sinarnya..
~en budak 20 November 2008~
Pembelajaran berterusan
| More
Salam..

Alhamdulillah, berlalu 18 November seakan mengangkat sedikit bebanan yang dipikul untuk beberapa ketika yang lalu. Namun, masih belum berakhir sepenuhnya bebanan-bebanan itu kerna sisa-sisanya masih berbisa di bahu ini. Satu sistem yang baru sahaja diperkenalkan di bumi bertuah Bandar Baru Bangi ini, bertujuan melahirkan generasi-generasi muda pelapis kepimpinan negara dengan semangat dan iltizam yang tinggi berusaha memajukan agama, bangsa dan negara.

Sebagaimana hasrat kerajaan di dalam RMK-9 mahu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, UKM selaku universiti yang mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar berusaha menyahut seruan dan menampilkan pelbagai kaedah dan metod dalam pembentukan graduan yang mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan oleh majikan-majikan di alam pekerjaan.

Antara pendekatan yang diambil termasuklah mewujudkan satu sistem penilaian terhadap pelajar menekankan beberapa aspek antaranya tanggungjawab sosial, kerohanian, kepimpinan, pengetahuan dalam teknologi maklumat, pengurusan dan beberapa aspek yang lain. Penilaian dilakukan pada beberapa peringkat dengan pecahan terbesar diletakkan tanggungjawab itu di pihak kolej kediaman seterusnya fakulti oleh pensyarah-pensyarah dan peringkat pusat. Apa yang diusahakan oleh barisan pentadbiran universiti merupakan suatu langkah yang dilihat mampu mengangkat UKM jauh lebih tinggi di peringkat antarabangsa. Insya Allah..

Dalam proses pembentukan sistem ini pelbagai kajian dilakukan mengambil kira keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan semasa dan akan datang. Beberapa pendapat dari syarikat-syarikat utama di Malaysia turut diambil kira bagi membantu mewujudkan suatu sistem yang mapan dan menyeluruh serta diterima pakai di peringkat antarabangsa. Sepanjang usaha murni ini, pelbagai pendedahan diberikan kepada barisan penilai yang akan terlibat dalam pelaksanaan sistem ini dan berharap agar ianya dapat dijalankan tanpa sebarang kekalutan dan sebagainya.

Pada peringkat awal ini, penilaian oleh pihak kolej kediaman lebih bersifat umum dan setiap kolej mempunyai metod atau cara yang tersendiri dalam penilaian yang dilakukan namun, masih terikat pada aspek utama dalam penilaian. Diharapkan dengan kewujudan sistem ini akan membolehkan graduan-graduan di Malaysia bersaing dengan baik bersama graduan-graduan dari peringkat antarabangsa.

Menjadi persoalan di sini ialah, dalam usaha kita mengejar pembentukan minda kelas pertama ini, apakah masyarakat kita benar-benar bersedia dan berada di tahap yang sepatutnya untuk memenuhi proses pembinaan minda kelas pertama ini? Apakah masyarakat kita sudah mempunyai kematangan berfikir dan mampu bertindak dalam acuan sendiri tanpa pengaruh acuan yang lain? Sejauh mana masyarakat kita khususnya Melayu Islam itu memahami apa yang dikatakan sebagai minda kelas pertama? Betapa pemupukan minda kelas pertama itu merupakan suatu seruan sejak dari dulu lagi sebagaimana Islam menyatakan proses pencarian ilmu itu sejak dari awal kelahiran hingga ke liang lahad yang mana menunjukkan pembelajaran itu adalah suatu bentuk yang berterusan.

Diharapkan sedikit cetusan ini mampu melahirkan idea-idea dan pendapat dari pembaca-pembaca supaya kita dapat sama-sama berusaha ke arah membentuk generasi minda kelas pertama ini. Insya Allah..
Pening...
| More
Aduh..

Teknik berfikir dah semakin berkurangan..
Teka-teki semakin menghantui diri..
Tolong..tolong...
Huhuu..

Mahu pening seperti aku di sini?..
Cuba lah! Zahada
:)

p/s: sekarang di level 38; 19 November 2008 5.37 ptg. ;)
Arghh..aku mahu buang!!!
| More
Salam...

Moga semua mendapat keredhaan dari-Nya.

Mahu buang apa ya?..aku mahu buang jauh segenap rasa yang kurang menyenangkan itu. Aku benci bila ia bertandang tanpa diundang dan aku tahu ianya membebankan, menyakitkan, menghuru-harakan dan menegatifkan seluruh panca indera aku. Aku bakal berhadapan dengan ketidakstabilan emosi kala ianya berlaku namun, pernahkah?

Ya Allah, aku selalu meletakkan Dikau jauh kala aku 'senang' dan aku mencari Mu biar ke merata pelusuk kala aku 'susah'. Manusia jenis apa aku ni ya? Sedikit sebanyak malu kian menebal kepadaMu. Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan para sahabat yang tiada sekelumit rasa 'besar' kala mereka senang. Tiada tempat untuk aku jika diletakkan dalam golongan itu.

Mengapa wujud rasa-rasa yang bisa membunuhku ini. Perit, sakit usah dikata. Aku tak suka. Aku mahu buang ia jauh-jauh agar ia tidak bisa cari jalan pulang untuk mencariku. Aku tak mahu rasa itu, aku mahu rasa yang indah sahaja sebagaimana indahnya Islam ini. Cukup indah dan menenangkan, tapi aku tetap leka dengan belaian manja itu. Aku berhenti seketika menikmati indahnya Islam kerna belaian itu. Aduh.. Lemahnya aku.

Aku mahu buang dan terus buang ia! Tapi bagaimana?...
Manchester United
| More
Sempena perlawanan antara Manchester United dan Stoke City pada malam ini, sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi, terimalah :


Glory glory Man United! Kekalkan kejuaraan pada musim lalu. :)
Rezeki
| More
Syukur ku panjatkan
Pada Yang Maha Agung
Atas kurniaan rezeki yang
tiada henti kunjungannya

Di sebalik tiap sesuatu
Ada hikmah yang tiada kita ketahui
Di sebalik tiap berlaku
Ada ilmunya yang perlu kita pelajari

Rezeki hadir bermacam rupa
Rezeki tampil tanpa diduga
Rezeki mengetuk tanpa bicara
Rezeki adil untuk semua

Kala kita menanti rezeki

Kita diduga seribu cara
Kala itu kita kian merasa seribu rasa
Kita mula bicara seribu bahasa
Kita pertikai di mana letaknya kita
Kita alpa pada wujudnya DIA
Kita hanyut dibawa arus dunia

Ingatlah

Bukan itu caranya kita mengharap dariNya
Bukan itu lagaknya kita di atas dunia
Bukan itu tunjukan dari junjungan mulia
Bukan itu ajaran dari Yang Maha Esa

Rezeki

Kau hadir membawa seribu satu erti
Buat hamba-hamba yang memahami
Menjadikan sunnah hiasan peribadi
Meletakkan DIA agung di hati

Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah
Allahuakbar, Allah Yang Maha Besar
Daku melafaz tanda syukur atas segalanya

~nukilan rezeki dari hati memanjat maghfirah, mengejar bahagia abadi~
~enbudak November 2008~
Aku Terkedu..
| More
Salam..

Bicara petang ku mulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pemurah kepada semua dan kasih pada hambanya yang beriman padaNya. Alhamdulillah, masih mampu tersenyum aku pada hari ini sebagai mana sebelumnya. Lega dek sedikit sebanyak 'kepayahan' aku menghela nafas tiap saat itu terungkai jua.

Seharian berada di dalam seminar Membangun Kapasiti Felo-felo Penghuni Kolej Kediaman mengundang pelbagai ilmu dan persoalan serta permasalahan yang mungkin wujud. 'Capacity Building' satu perkara yang mengujakan kerna usaha membangunkan sumber manusia dalam bentuk yang teratur dan memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

Tapi, bicara hari ini bukan berkisar soal ini. Apa yang menyumbang kepada kekeduan ini ialah apabila telefon vibrate kala mendengar taklimat dari TNC dan nama tertera adalah mY Dad. :)

Perbualan dengan ayah berkisar soal aktiviti hariannya pada hari ini, ke pejabat sebentar kemudian pulang berehat kerna penat; baru pulang dari Kuala Lmpur semalam. Aku agak terkejut apabila ayah berbicara begini:

"...ayah nak sembang pasai peribadi sikit ni..." Aku masih terdiam menunggu ayah menghabiskan bait-bait katanya. Setiap ayat ku rasakan seperti disusun dengan baik seolah-olah mahu menceritakan sesuatukan yang sangat penting. Masih meneruskan ayatnya, ayah menyebutkan mengenai seseorang. Seseorang yang beliau kenal dan aku baru sahaja kenal. Oh, sungguh tak ku jangka. Ayah bercerita dan terus bercerita. Sehinggalah bertanyakan soalan kepada ku.

"...Bib, la ni dah ada orang ka?..." aduh..antara soalan yang agak sukar untukku jawab. Keheningan wujud untuk beberapa ketika dan akhirnya aku menjawab "...buat masa ni, tak mau pikiaq lagi..nanti-nantilah.." jawabku masih dalam kejutan. Persoalan yang selalunya bermain-main dalam kotak fikiran tapi diabaikan atas sebab-sebab belum sampai masanya. Sungguh aku cuba mengelak dari isu ini. Aku terkedu.

Perbualan masih diteruskan dengan cara yang lebih santai dan ayah sekadar meluahkan pendapatnya. Aku faham, walaupun usia ku yang aku rasakan masih muda. :)

Insya Allah, sampai masanya akan aku fikirkan semula. Mungkin bukan masanya..

Aku masih terkedu..
Niatku..
| More
Maaf..

Andai segalanya menimbulkan rasa kurang senang di hati kamu-kamu. Bukan niatku mewujudkannya, sekadar ingin berkongsi sesuatu yang ada dalam diri dan mungkin boleh menjadi sesuatu buat semua. Mungkin memberikan satu kesan menggunakan pendekatan pragmatik di sini.

Maaf..

Kiranya diri ini sedikit sebanyak menjengkelkan kamu. Menidakkan yang perlu bagi kamu. Sesungguhnya bukan itu niatku. Aku punya kurang itu dan ini dan antaranya pasti mewujudkan sekalian rasa itu.

Maaf ku pinta..
Kiranya itu mencukupi..
Fikirku..
| More
Kala aku duduk..
Aku berfikir..
Kala aku berdiri..
Aku terus berfikir..
Kala aku berjalan..
Aku tetap berfikir..
Kala aku berlari..
Aku masih berfikir..
Kala aku berhenti melepas lelah..
Aku masih tiada daya untuk berhenti berfikir..

Rupanya..

Aku memang tidak mampu berhenti..
Dari fikir-fikir itu..
Kerna aku diberi akal fikiran..
'tuk terus fikir, berfikir dan memikir..
Kerna aku manusia tiada punya alasan..
'tuk terlepas dari segala fikir..

Fikirku..

Dalam segala fikir itu..
Aku mencorak masa..
Dari segala fikir itu..
Aku membuat pilihan..
Dalam segala fikir itu..
Aku mengorak langkah..
Dari segala fikir itu..
Aku mengharap akhir..

Namun, fikir itu..

Tiada akhirnya..
Kerna indahnya fikir itu..
Tiada penghujungnya..
Kerna seninya fikir itu..
Tiada penamatnya..
Kerna hebatnya fikir itu..
Tiada musnahnya..
Kerna segala fikir itu..

Anugerah Maha Agung Dari Yang Maha Mengetahui..

Aku masih berfikir..
Memikir pemikiran itu..
Aku pasti tidak..
'tuk berhenti dari..
Fikir itu..

~sekadar bicara fikir yang terus memikir~
~en budak 2008~
Maaf..
| More
Maaf..
Ungkapan tak berbelah bagi menunjukkan rasa..
Maaf..
Sering diguna apabila tiba masanya..
Maaf..
Istilah yang terbit dari hati menyedari kesilapan diri..
Maaf..
Juga ada yang menyalah erti apabila menyendiri..

Andai maaf..

Bisa mengubah kecewa..
Pasti semua orang suka..
Bisa mengubat hati yang duka..
Pasti semua orang gembira..
Bisa menghentikan air mata..
Pasti semua orang bahagia..
Bisa meluahkan rasa..
Pasti semua orang tiada terseksa..

Namun..

Maaf..
Bila disalah guna..
Akan wujud kekalutan jiwa..
Bila disalah erti..
Akan wujud silap tak bertepi..

Ingatlah..

Maaf..
Bisa mengubah diri..
Bisa menundukkan hati..
Bisa melenyapkan duri..
Bisa memadamkan api..

Hanya bila..

Maaf menjadi sebahagian dari diri..
Maaf lahir dari hati yang suci..
Maaf menggigit jiwa nurani..
Maaf disertai memaafi..

Maafkan daku..
Insan biasa yang tidak terlepas dari salah itu dan ini..

~jiwa yang memaafi jiwa, memohon pada jiwa yang merasa~
~en budak November 2008~
Bila Hati..
| More

Bila hati semakin kecil..
Orang kata kecil hati..
Bila hati semakin panas..
Orang kata panas hati..
Bila hati semakin sakit..
Orang kata sakit hati..
Bila hati semakin susah..
Orang kata susah hati..

Tapi bila soal hati bukan orang yang kata..
Kita yang perlu kata..
Tapi bila orang tanya kita..
Kita sukar nak kata yang sebenar..
Kenapa kita selalu jaga hati?..

Sebab..

Bila hati kita sedih..
Kita pura-pura gembira..
Bila hati kita terguris..
Kita buat-buat tiada apa..
Bila hati kita terasa..
Kita rasakan ianya sempurna..
Bila hati kita terus terabai..
Kita mula jadi bukan manusia..

Soalnya..

Kita sangat pentingkan hati kita..
Tapi di sebalik hati kita..
Kita lebih pentingkan hati orang lain di sekeliling kita..
Kerna..
Bila hati..
Macam-macam boleh jadi..

Maka, jangan sampai bila hati kita 'mati'..
Pasti segalanya tiada lagi di sisi..

~sekadar nukilan dari hati yang masih hidup ;)~
~en budak, November 2008~
Sedey semalam..
| More
Sangat sedey bila pasukan kegemaran kalah..cet...
hampeh tul..
tape2...
od trepod menanti the gunners nnt..
:)

tu je..
geram punye pasal wa entri ni.. hahaha..
AaAaaaaAaAa...you've been tagged!
| More
Tagged! :)

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Benda eh?..my fish cik Lisa n also en Henpon..

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
benda eh?..game bowling kire benda? kalo tak, nasi briyani mattop la..

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
tempat?..setakat ni umah walopun ade owg offer wat kat hotel..huhu..

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
rasa?..takleh nk rasa tapi harapnya selagi hayat dikandung badan..

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
waa...dilamun?..mengelamun ade la..tade org nk dilamunkan..

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
Pulau Kecil Nim :))

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
tak ingt,sgt lame tak beli buku...huhu..download sudaa..

8. Apakah nama penuh anda?
nama penuh cm dlm i.c ke? Muhammad Khedhir Bin Muhammad Pauzi a.k.a kid

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
dua-dua kot..tapi ayah sempoi laa.. :)

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
waa..sape eh?maybe my future wife kot...tapi kalo penah jumpe cmne eh?.. :p

11. Christina atau Britney?
takmo dua-dua..orang punye..hahahha..

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
sudah pasti...takkan nk soh makcik cleaner kt kolej kot..die wat kain lap je nnt.. hhaha..

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
at the moment, teringin nk g tepi pantai yg cantik,putih bersih..cm kt mane eh?..ntah le..

14. Pelukan atau ciuman?
waa..nk dua-dua boleh?..hahaha..suke2...

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
achah - baik hati, pemurah(belanja lg ye.. :p), suke gelak, garang ke?...my sis!

16. 8 perkara yang amat saya gilai
waa..sampai gila tu..bowling, race2 (bukan race kuda ye..), PES 2009, Red Alert 3, badminton, pedas, air bandung Johor, jalan-jalan...

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Oh Mami!, cipan tul, makhluk, kambing tul, hampeh, penin2, adooiii, waaaa!
18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
ari tu bace novel nizam zakaria, buku ape lg eh? buku lima kire? buku lali? buku roti? buku panduan telepon? tatau da buku ape.. :p

19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
COBA (ahaks!), Cinta ini membunuhku, karena wanita ingin dimengerti, sempurna, macam2 lagi..(ikut list HotFM Tiga Puluh Pun bleh.. :p)

20. Perkara saya pelajari tahun lalu
tahun lalu?..banyak..tapi paling ingat..soal hati sukar dimengerti, semuanya sukar untuk terus merasa...rindu kamu! (sape ye.. *wink2*)

21. Mangsa tag seterusnya
ikin katun, jeri si silent reader, my senior en hilmi khairi, dan sape2 yang berminat :)

p/s: Best gak tagged2 ni eh?..:p
Semoga yang terbaik untuk semua...
| More
Assalamualaikum...
Salam bestari..

Agak lewat entri untuk hari ni dimuatkan. Mungkin masih berfikir dan terfikir. Cuma yang pasti, aku inginkan segalanya baik-baik belaka. Insya Allah, atas keizinan-Nya pasti ada cahaya di sebalik kegelapan yang melanda. Telah ditakdirkan akan wujudnya siang sesudah malam begitu juga keadaan hidup kita. Segalanya berputar mengikut susunan dan aturan sejak azali lagi.

Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk meneruskan usaha berkongsi idea dan pendapat di blog ini. Namun, masih banyak yang terselindung di sebalik bait-bait yang terbit dari setiap ketukan pada papan kekunci ini. Sukar merungkai segala yang tersirat dan berselirat di benak tiap insan andai semudah mana seseorang itu. Itulah keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Setiap perkara jika dilihat dari sudut berbeza pasti menerbitkan rasa syukur atas setiapnya.

Seharian aku menghabiskan masa membaca beberapa terbitan yang agak ringan dan tidak seberat bola bowling aku itu. Aku merasakan begitu banyak perkara yang tidak ketahui malahan ilmu yang ada di dada terlalu sedikit untuk aku memahami setiap yang berlaku. Seronok menghabiskan masa dengan bacaan-bacaan dari Nizam Zakaria dan jelas menunjukkan bahawa kita perlu melihat segalanya secara mendalam dan dari pelbagai perspektif.

Masa kian berlalu dan usia kian bertambah tapi aku tetap leka dalam setiap saat yang berlalu...
Pening-pening
| More










+


= ?#@$%^#^




Masa : 5.10 ptg
Tempat : Makmal 3118/3119 FST, UKM

Eksperimen:

1. Penyediaan larutan ninhydrin berdasarkan formula;
200 mg ninhydrin
95 ml butanol
5 ml 10% AcOH (asid asetik @ cuka kat dapur :p)

2. Tindak balas antara larutan ninhydrin dan kapsaisin.
Pemerhatian menunjukkan tiada sebarang perubahan warna
terhadap larutan yang yang dicampurkan. Kesimpulan, alahai..tak jadik lagi.. Pening sudaa...

Kesimpulan:
Kene cari benda lain lak nak campur-campur..hampeh..
Pening lagi..
Sape bijak bestari ade idea ye..
Tolong....
Huhu..
Gambar Gala
| More
Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Setelah beberapa lama menanti, akhirnya berjaya mendapatkan gambar-gambar semasa Gala dan ada juga yang masih belum diterima. Gambar-gambar seperti di bawah. (Tapi tak semua, mesti muka tokey blog je banyak.. ;p)












Performance from students (KAB)













Me, Cik Fizah (MC Gala) dan ahli meja :)













Barisan AJK Gala Aidilfitri II













Me n Nasrol (senyum lebar, ape kes tah :p)














Bersama En Nasrol,En Amiran, Cik Zuhri, JAKSA (Abduh, Muiz dan Fitri)







Alamak sempat amek gambar.. (hehehe)


















Bergambar dengan Cik MC













Bersama JAKSA sesi 2008/2009



En Kid dengan JAKSA & Mantan JAKSA
Bersama Cik Fatimah Bendahari Gala (banyak duit nih :p)
Cik Achah lagi
Cik-cik kaunter (OoOppsS!) - Fazoo, Ikin, Fatimah, Ika dan Jijah

Sedikit sebanyak gambar yang ada dan dapat share bersama. Insya Allah, akan ada lagi program seumpama ini pada masa akan datang. :)

Sekian, wassalam...
SPKG?
| More

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

Baru je selesai buat senarai pelajar bawah penilaian En Kid. Penat2..
Ada 35 orang semuanya. Susah juga ye nak menilai manusia kan? Tambah kalau nak nilai kemahiran-kemahiran @ soft skills.

Sistem Penilaian Kompetensi Generik. 1st in Malaysia for assessment of student activity. Ada je idea UKM untuk terus menerajui institusi pengajian tinggi dan meletakkan UKM antara universiti yang hebat di Malaysia. Insya Allah, suatu masa akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti-universiti terkemuka di dunia. :)

Kepada semua felo-felo penghuni @ penilai, selamat menilai dan lakukan amanah ini dengan sebaik mungkin. Sama-sama kita wujudkan institusi felo yang berjaya.

Sekian.
Wassalam...

p/s: Thanks Cik Siti atas pembetulan perkataan di atas ye..
Chemistry in me
| More
Something that I need to keep!
:)

The Dragendorff Reagent

Still the same

Need to Detect Amide

Ninhydrin Color Reagent

Others will update later! God help me...kinda stuck here... :'(
Hujung Minggu Yang Lalu
| More
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Setelah beberapa ketika, berpeluang juga untuk meneruskan agenda penulisan blog ini. Hujung minggu yang lalu, saya dan rakan En. Mike telah diassign (ada ke perkataan tu? :p) untuk menghadiri suatu bengkel bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada petang Jumaat yang lepas, kami bergerak menuju ke PD pada jam 6.25 petang.

Peta LokasiPandangan dari lautTak sempat mandi kat pool pun

Tempat yang dituju adalah Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Setelah perjalanan yang memakan masa sekitar 45 minit, kami tiba di destinasi yang dituju. Sangat cantik dan mempesonakan. Almaklum, hotel ini baru dirasmikan pada Mac yang lalu. Maka kami agak bertuah kerana dapat menghabiskan hujung minggu di hotel ini. Kami ditempatkan di bilik 1215 tingkat 2 tapi malangnya tidak menghadap laut. But it nice though...

Secara jujurnya, tempat ini sangat cantik da sesuai sebagai destinasi percutian dan lebih meriah jika anda mempunyai kapal layar sendiri. :p Dan tak rugi juga untuk pasangan-pasangan yang berkeinginan untuk berbulan madu di dalam negara. Privacy (ngeh..ngeh..ngeh..) terjamin.

Setibanya di bilik, agenda utama ialah memasang segla jenis lampu, penghawa dingin dan televisyen. Namun, usaha gagal dan kami berusaha mencari slot untuk dimasukkan kad bilik untuk menghidupkan semua peralatan. Sekali lagi usaha kami gagal, hampir setiap ceruk yang ada kami geledah untuk mencari slot dan akhirnya kami bertanya pada Reception dan jawapan yang diterima "...just switch on the lights...". Setelah beberapa ketika, pembantu hotel tiba dan bertindak untuk memanggil maintenance untuk membantu.

Hampir 10 minit menunggu, masih tiada sebarang bantuan dan saya mengambil keputusan untuk memeriksa kotak fius. Tadaaa~!! Rupanya ada insan yang rajin mematikan fius. Hampeh...

Ala-ala bilik kami


Segalanya indah setelah lampu terpasang dan cantik. Kemudian kami bersiap-siap untuk sesi mengisi perut yang sudah mengalami episod 'gegar-gegar' di Traders Food Shop. Tempat makan juga cantik dan kami makan sepuas-puasnya. Tiada agenda diet sepanjang kami berada di sana. :)

Tempat makan-makan

Bengkel kami dijalankan di dewan yang diberi nama Commodore, macam nama biawak pun ada. Haha.

Commodore


Bengkel? Woksyop?

Admiral Marina & Leisure Club
Perasmi (kenal?)
Yang ni komfem kenal :)

Gambar-gambar disnap (sekali lagi, ada ke perkataan tu?) sepanjang program. Alhamdulillah, selesai program dan bengkel berjaya mencapai objektifnya. Harap ada lagi bengkel seperti ini pada masa akan datang. (Dapat makan free & tidur kat hotel :p)

Terima kasih diucapkan kepada Pusat Perkembangan Pelajar UKM atas peluang yang telah diberikan. Semoga masih berpeluang menabur bakti kepada komuniti UKM bak kata-kata TNC HEPA, "...saudara saudari (merujuk kepada felo-felo yang hadir) yang ada di hadapan saya ini, kalau ditoreh saya pasti akan keluar perkataan UKM..." Wow! Semangat UKM yang jitu. Ahaks!

Sekian.

Wassalam.
Got a New Ball!!! :)
| More
Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah..
Berkesempatan untuk meneruskan agenda blogging walaupun masa agak singkat dan kesukaran mendapatkan talian internet di kawasan ini. Kawasan mana?... Akan saya beritahu kemudian. :)

Pada Jumaat yang lepas, setelah berfikir dan terus berfikir, maka mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat hati membeli sebiji bola. Bola? Ya, bola boling. Sangat suka dan teruja tapi malangnya masih belum tebuk lagi. Maka, perlu menunggu beberapa ketika dan bila tiba masanya dapatlah menyahut rasa hati yang kian melonjak untuk bermain boling secara serius. :)

Urusan pembelian dijalankan di UM pada tengahari Jumaat itu ditemani rakan saya En. Faiq. Seterusnya meneruskan perjalanan hingga solat Jumaat di Shah Alam. Jauh perjalanan pada hari itu.

Cukup setakat ini mengenai bola baru itu dan harapan agar dapat meneruskan kegemilangan bermain boling. :)

Brunswick Attitude 1. Comel tak? :p

Another angle of the ball

Made in USA? Btul ke?

Sekian.
Wassalam.

p/s:
*jom main boling ramai2.

Adakah anda dalam keadaan tertekan?
| More
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, daku masih mampu tersenyum dan menghela nafas dengan sempurna walaupun segalanya sedang bergelora di dalam diriku. Semakin aku mengabaikan semakin melambai lagaknya. Aduh, apa harus ku lakukan...

Terdetik hati mencari sesuatu bagi mengusir rasa yang kian menghimpit dada dan alhamdulillah dapat jua menemukannya. Sesuatu yang daku rasakan dapat dikongsi bersama semua yang sentiasa ada.

Perkara yang aku rasakan bukan manusialah seseorang itu jika tidak melaluinya, kecuali dah mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu GILA. Gila pasti tiada tekanan namun ianya berkemungkinan berlaku akibat perkara ini. Itu lah TEKANAN. Adakah aku tertekan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Cuma yang pasti aku pernah melaluinya. :)

Beberapa tips bagi mengatasi tekanan:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper! tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Banyak yang boleh kita pelajari dari tips-tis di atas. Jelas sekali, segalanya perlu kita pulangkan kepada yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui dan Dialah segalanya untuk kita.

Sahabat-sahabat sekalian, daku memohon maaf kepada kalian andai ada salah dan silap sepanjang kita bersahabat. Semoga kita sentiasa tergolong dari kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah...


Alamak! Kid pun stress gak? :p



Wassalam...

p/s:
*sumber dipetik dari Jabatan Penerangan Malaysia.
*Kid, anda tertekan?... Ya, agak la... :p