Teh Tarik~
| More
Salam..

Selamat hari Jumaat.
Sungguh indah perut di pagi hari diisi dengan sedikit makanan buat mengalas perut. Paling penting, Teh Tarik buatan sendiri. Pergghh~!


Teh tarik memang menjadi kegemaran ramai di Malaysia dan boleh dikatakan hampir di kebanyakan premis makanan ada menyediakan minuman ini (confirm tiada di McD, KFC, Pizza Hut dan lain-lain yang sama waktu dengannya). Apa yang menyebabkan teh tarik ini diminati?disukai?digilai?..Apa kelebihan yang ada pada teh tarik berbanding teh panas, teh ais atau air-air lain?..

Aku tertarik dengan isu teh tarik ini kerana ada antara kita yang mengukur kelazatan dan keistimewaan sesuatu premis makanan itu berdasarkan kelazatan teh tarik di premis itu. Percaya tak? Percayalah kerana buktinya ada. :)

Kelazatan teh tarik amat dipengaruhi oleh teh yang digunakan. Keduanya krimer atau susu yang digunakan. Ketiga, kemahiran si penarik teh ini. Maka, berdasarkan jenis teh, memang tak dinafikan terdapat pelbagai jenis teh di pasaran sekarang antara yang popular Lipton, Boh, Teh Sabah dan lain-lain. Tapi, apakah kepopularan teh ini menjamin kelazatan teh tarik yang dihasilkan? Belum tentu lagi kerana masih dipengaruhi oleh krimer dan juga kemahiran si penarik teh ini. Begitu juga dengan krimer, terdapat pelbagai jenis dan jenama. Faktor ketiga iaitu kemahiran penarik teh. Anda pernah terfikir berapa kali teh itu ditarik sebelum dihantar ke meja anda? Pernah anda mengira? Ada sesetengah tempat, sekali tarik, teh tarrrriiikkkk sssiiiiiaaaaappp~ Ada sesetengah tempat beberapa kali. Ada yang tarik berdasarkan kepadatan pelanggan, pelanggan sedikit, lamalah ditarik kalau ramai, alamat sekali je la. Silap-silap haribulan, setengah je jarak dia tarik. :p

Makanya, untuk mengetahui rahsia kelazatan teh tarik ini, sangat memerlukan kajian dan eksperimen. Ingat, tak semestinya berada di makmal kimia, makmal biologi atau makmal-makmal yang lain sahaja boleh bereksperimen. Di dapur atau di tempat bancuh air juga boleh~!

Kehidupan sebagai pengusaha premis makanan amat menuntut kesabaran dalam eksperimentasi ini. Menyediakan yang terbaik kepada pelanggan adalah jaminan terhadap keberkatan rezeki yang diperolehi. Kan?

Mahu tahu rahsia kelazatan teh tarik di Restoran Nasi Daging Herba, silalah ke mari. :)
*Dilarang merasuah encik pengusaha ya?*

Baiklah, mahu meneruskan eksperimen yang lain pula.
Ada sebarang cadangan eksperimentasi di dapur atau untuk membancuh air, sila sampaikan cadangan anda melalui komentar atau e-melkan kepada mr.khedhir@gmail.com

Sekian~
Cemerlang~
| More
Alhamdulillah..

Saya tumpang gembira terhadap rakan-rakan di sekeliling. Yang selesai tugasannya, yang selesai peperiksaannya, yang cemerlang dengan kerjanya. Tahniah~! :)

Insya Allah, semoga kejayaan ini, di dunia dan akhirat akan berkekalan hingga ke akhirnya. Biar berjuta halangan melanda, di akhirnya pasti kemanisan kejayaan itu bakal menjengah.

Yup, perasaan ini sangat mengujakan bila mana mengetahui antara kalian yang menempuhi hari ini dengan kerjaya yang cemerlang dan penuh semangat. Selesai peperiksaan dengan melakukan yang terbaik. Sangat puas hati. Dan suka hati juga.

:)

Tahniah sekali lagi..


p/s:
*tiba-tiba mode update blog muncul*
Hanya DIA
| More
Dalam kalut menyalut memasung diri
Terpinga-pinga, hati membungkam sepi
Ingin saja amarah meledak berapi-api
Hanya air suci bisa mengawal diri

Tangan menadah memohon pada-Nya
Merafak sembah Yang Esa
Agar ku tetap utuh dengan agama-Nya
Biar palitan dosa berjela

Aku tahu, hanya Dia
Hanya Dia Segalanya..

Aku berserah, bertawakkal...
Ayah mama, maafkan daku~
| More
:)

Kebelakangan ini, terlalu sering aku rasakan. Ditambah dengan musim kehadiran kad jemputan kahwin yang berduyun-duyun ni, makin hangatlah keadaannya.

"Bib..ayah ni, susah ati sangat bila kawan-kawan asyik tanya bila nak ada menantu..cucu.."
Aduyai~

Serius, aku tak pandai bab menjawab soalan cepu gangsa ni. Maka, aku akan buat-buat tak dengar dan ala-ala blur saja. Bukan aku tak fikir soal ni..cuma, serasa diri ini, sangatlah tidak layak lagi untuk menanggung anak dara orang. Diri sendiri pun tak habis urus, ni kan nak tambah urus yang lagi seorang. Silap hari bulan, anak orang makin kurus jadinya. Hee~

Soal due date tu pun, aku dah tak ambil pusing. Siap sudah katakan mungkin bukan tahun ni pada ayah dan mama. Dan aku rasa aku sangat penting diri. Ayah, mama..maafkan anakanda mu ini. Cuma, anakanda mu ini sangat tidak bersedia.

Sejujurnya, bukan aku tak mahu fikir. Tapi keadaan seakan sama bila aku fikirkan soal ni. Tiada pengakhirannya. Oleh itu, aku lebih senang buang jauh fikir-fikir soal ini.

"Ala comel-comel..meh datang kat atuk meh.." * Bila ada pelanggan datang dengan bayi atau anak kecil mereka*

Haha~
*Aku pengsan terus*




*kalaulah aku bisa berjumpa kamu dibalik awanan itu, pasti akan ku tatap awanan itu saban waktu*
*gambar: koleksi MMS :) *
Aku bukan aku?
| More
Salam bicara..

Aku terasa aneh..pelik..kenapa ya?..

Dah, berhenti merasa seketika.

Aku tak mahu merasa buat seketika.
Siapa tahu?
| More
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah





Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran




Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu




Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


p/s:
*cerita comel untuk tontonan umum*
:)
Memandu tanpa lesen..
| More
Alkisah..

Kelam-kabut seketika bila tiba hari masa untuk selesaikan bil-bil yang perlu. Dibuat senarai maka bil-bilnya adalah seperti berikut;

  • bil elektrik dari TNB (kenapa mesti TNB ea?.. :p )
  • bil telefon dan Streamyx dari TM (sebab dah dapat panggilan :p)
  • bil Astro (semata-mata untuk perlawanan pasukan kegemaran.. :) )
  • bil air dari PBA ( hanya berkaitan untuk mereka yang berada di Pulau Mutiara..)

Selain dari bil, ternampak lesen syarikat dari SSM, alamak~! Sudah terlajak. Panggilan ke SSM, baiklah..anda akan dikompaun sebanyak RM20. Ruginya...

Selesai membuat pembayaran di SSM, teringat lesen yang lain. Ya, lesen memandu sudah tamat pada 7 April 2010 yang lalu. Baru takut nak memandu. Sebelum ni memandu macam pelesit, tiba-tiba mode insaf timbul. Sopan santun je memandu tadi. Aduhai, bila entah nak renew..

Meneruskan aktiviti ke TM Point, selesai dan pulang ke 'pejabat'. :)

Bil-bil lain akan diuruskan pada hari yang lain.

p/s:
- kita, bila tak ingat..berani je kan? sekali bila ingat, sangat berjaga-jaga..macam tu juga dengan perkara yang lain, perlu sering diingatkan. Maka, saling ingat dan mengingatkan ya?..
- terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering mengingatkan diri ini yang sering alpa.. :)
Kemas-kemas dan cuci-cuci~
| More
Salam ceria..

Hari ini, meneruskan program mengemas dan mencuci sawang-sawang di kedai. Bengkok leher terlalu asyik mendongak ke siling. Alhamdulillah, selesai..

Keluar cari bahan-bahan masak sebarang dua. Menanti kalau-kalau encik dan puan atau cik pemeriksa kebersihan kedai tiba hari ini. Tak hari ini, esok. Harap dapat kekalkan gred A yang diterima 3 bulan yang lalu.
Insya Allah.

Ayuh~
Kerja..kerja..

Wassalam..
Sukar..
| More
Seawal pagi..terima teks mesej dari seorang sahabat..

"..Kenapa hidup ini kadangkala sukar?.."
Terkejut, tapi biasa lah..dalam hidup ini..kita takkan sepi dengan kesusahan..biar apa jua bentuknya..asal punya rasa kurang senang, maka, susah lah ia..

Hakikatnya..

Kesukaran dalam kehidupan ini adalah anugerah dari Dia..mengapa?..kerna dengan kesusahan itu, Dia mengajak kita untuk terus ingat dan berada di sampingNya..itu perkara yang sangat baik bukan?..

Juga kata seorang sahabat..
"..Dia takkan menguji kita diluar keupayaan kita.."
Benarkan?..
Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam..
Moga kita dijauhkan dari segala sukar dan susah namun, tetap teguh ingat dan taat padaNya..

Hidup indah sentiasa tiada serinya tanpa kehadiran sukar..
Lihatlah, betapa gembira dan seronok tika kita menghadapi sukar berakhir dengan kejayaan..kan?..

Maka, teruskan hidup..biar sukar dan perit yang kita lalui..yakin dan percayalah..suatu masa nanti, kita pasti dihadiahkan kejayaan kekal dan abadi..berdoalah~!
:)
Rentetan Entri : Boleh ke?
| More
Subhanallah..

Jam  10.05 PM 5 April 2010. Tiba di Restoran, online dan check blog.
Beberapa komen baru di entri yang lalu ; Boleh ke?..

Sangat tertarik dengan komen dari LP..
Maaf, daku lupa seketika pada-Nya..
Terima kasih atas ingatan LP..
Izinkan post semula di ruangan ini agar bisa kita berkongsi bersama..
Mudah-mudahan beroleh rahmat atas sumbangan untuk mengingati-Nya..

Berikut sedikit sebanyak komen dari LP..

Boleh tak kalau tiba-tiba rasa bosan dengan rutin harian?..

**boleh, tapi bukan dengan rutin dengan DIA

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu lari jauh-jauh membawa diri?..

**boleh, larilah jauh2 dengan DIA dan kalau berseorangan larilah laju2 kepada DIA

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu menangis sepenuh hati?..

**boleh, menangislah dengan DIA dan kalau berseorangan menangislah kepada DIA bahuNYA sentiasa ada

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu jerit sekuat hati?..

**boleh, jeritlah sekuat hati sederas petir dengan DIA dan kalau berseorangan jeritlah kepada DIA, kerana DIA sentiasa ada mendengar.

[di langit, di bumi, di awanan hatta di dasar paling dalam-DIA ada dekat dengan hambaNYA sekalipun saat hambanya 'hilang' warna hidup; seketika]

Terima kasih sekali lagi LP..
Terharu atas kunjungan dan komentar anda..
Walaupun ku tahu agak sering menjengah..
:)

Terima kasih jua kepada yang memberi komentar-komentar..terharu..

Juga daku beroleh kekuatan atas pengalaman tak ternilai pada petang Ahad yang lalu..
Akan daku kongsikan pada entri akan datang..
:)