Fikirku..
| More
Kala aku duduk..
Aku berfikir..
Kala aku berdiri..
Aku terus berfikir..
Kala aku berjalan..
Aku tetap berfikir..
Kala aku berlari..
Aku masih berfikir..
Kala aku berhenti melepas lelah..
Aku masih tiada daya untuk berhenti berfikir..

Rupanya..

Aku memang tidak mampu berhenti..
Dari fikir-fikir itu..
Kerna aku diberi akal fikiran..
'tuk terus fikir, berfikir dan memikir..
Kerna aku manusia tiada punya alasan..
'tuk terlepas dari segala fikir..

Fikirku..

Dalam segala fikir itu..
Aku mencorak masa..
Dari segala fikir itu..
Aku membuat pilihan..
Dalam segala fikir itu..
Aku mengorak langkah..
Dari segala fikir itu..
Aku mengharap akhir..

Namun, fikir itu..

Tiada akhirnya..
Kerna indahnya fikir itu..
Tiada penghujungnya..
Kerna seninya fikir itu..
Tiada penamatnya..
Kerna hebatnya fikir itu..
Tiada musnahnya..
Kerna segala fikir itu..

Anugerah Maha Agung Dari Yang Maha Mengetahui..

Aku masih berfikir..
Memikir pemikiran itu..
Aku pasti tidak..
'tuk berhenti dari..
Fikir itu..

~sekadar bicara fikir yang terus memikir~
~en budak 2008~
Penanda: , edit post
9 Responses
  1. kita punya sama rasa...
    terus berfikir kerana kita adalah manusia pemikir...


  2. me Says:

    *thinking*

    MemoryStream ms = new MemoryStream();
    image.Save(ms, ImageFormat.Jpeg);
    byte[] matrix = ms.ToArray();


    uhuk yg nih yg kuar...arghhh..


  3. En Kid Says:

    utk LnP..
    ya..
    jiwa bernyawa tidak terlepas untuk berfikir dan untuk terus berfikir itu bezanya..

    utk 0_o
    taip thinking kat sopwer ape tu ye?..
    hehe..


  4. me Says:

    sopwer otak-yg-bingung


  5. eksp Says:

    mari kita duduk Fikir Harian ^^


  6. Tanpa Nama Says:

    kesimpulannya...lu pikir la sendiri, hahaha....
    p/s : lawatan balas, lalalalalala...



  7. Tanpa Nama Says:

    *jeles*


  8. En Kid Says:

    to eksp..
    insya Allah..teruskan usaha atas agama itu.. :)

    to tongkangbocor..
    bak kata nabil eh..
    :p
    hahahaha..

    to rudy bluehikari..
    segalanya adalah tentang DIA..Pengatur segalanya..

    to 0_o..
    jeles?..usah demikian..sama2 kita usahakan..
    *wink2*