Salam..
Alhamdulillah, berlalu 18 November seakan mengangkat sedikit bebanan yang dipikul untuk beberapa ketika yang lalu. Namun, masih belum berakhir sepenuhnya bebanan-bebanan itu kerna sisa-sisanya masih berbisa di bahu ini. Satu sistem yang baru sahaja diperkenalkan di bumi bertuah Bandar Baru Bangi ini, bertujuan melahirkan generasi-generasi muda pelapis kepimpinan negara dengan semangat dan iltizam yang tinggi berusaha memajukan agama, bangsa dan negara.
Sebagaimana hasrat kerajaan di dalam RMK-9 mahu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, UKM selaku universiti yang mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar berusaha menyahut seruan dan menampilkan pelbagai kaedah dan metod dalam pembentukan graduan yang mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan oleh majikan-majikan di alam pekerjaan.
Antara pendekatan yang diambil termasuklah mewujudkan satu sistem penilaian terhadap pelajar menekankan beberapa aspek antaranya tanggungjawab sosial, kerohanian, kepimpinan, pengetahuan dalam teknologi maklumat, pengurusan dan beberapa aspek yang lain. Penilaian dilakukan pada beberapa peringkat dengan pecahan terbesar diletakkan tanggungjawab itu di pihak kolej kediaman seterusnya fakulti oleh pensyarah-pensyarah dan peringkat pusat. Apa yang diusahakan oleh barisan pentadbiran universiti merupakan suatu langkah yang dilihat mampu mengangkat UKM jauh lebih tinggi di peringkat antarabangsa. Insya Allah..
Dalam proses pembentukan sistem ini pelbagai kajian dilakukan mengambil kira keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan semasa dan akan datang. Beberapa pendapat dari syarikat-syarikat utama di Malaysia turut diambil kira bagi membantu mewujudkan suatu sistem yang mapan dan menyeluruh serta diterima pakai di peringkat antarabangsa. Sepanjang usaha murni ini, pelbagai pendedahan diberikan kepada barisan penilai yang akan terlibat dalam pelaksanaan sistem ini dan berharap agar ianya dapat dijalankan tanpa sebarang kekalutan dan sebagainya.
Pada peringkat awal ini, penilaian oleh pihak kolej kediaman lebih bersifat umum dan setiap kolej mempunyai metod atau cara yang tersendiri dalam penilaian yang dilakukan namun, masih terikat pada aspek utama dalam penilaian. Diharapkan dengan kewujudan sistem ini akan membolehkan graduan-graduan di Malaysia bersaing dengan baik bersama graduan-graduan dari peringkat antarabangsa.
Menjadi persoalan di sini ialah, dalam usaha kita mengejar pembentukan minda kelas pertama ini, apakah masyarakat kita benar-benar bersedia dan berada di tahap yang sepatutnya untuk memenuhi proses pembinaan minda kelas pertama ini? Apakah masyarakat kita sudah mempunyai kematangan berfikir dan mampu bertindak dalam acuan sendiri tanpa pengaruh acuan yang lain? Sejauh mana masyarakat kita khususnya Melayu Islam itu memahami apa yang dikatakan sebagai minda kelas pertama? Betapa pemupukan minda kelas pertama itu merupakan suatu seruan sejak dari dulu lagi sebagaimana Islam menyatakan proses pencarian ilmu itu sejak dari awal kelahiran hingga ke liang lahad yang mana menunjukkan pembelajaran itu adalah suatu bentuk yang berterusan.
Diharapkan sedikit cetusan ini mampu melahirkan idea-idea dan pendapat dari pembaca-pembaca supaya kita dapat sama-sama berusaha ke arah membentuk generasi minda kelas pertama ini. Insya Allah..
Apakah yang dimaksudkan dengan golongan berminda kelas pertama?
dari kecil chekgu, senior , lecturer and even mentor menasihatkan keberanian bersuara but the truth jika terlampau berani kite akan di cop lain...
macam mana nak membina golongan insan berminda kelas pertama?
Huh~!
ermm..
ya..banyak kekangan dalam pelaksanaan dan proses mencapai cita-cita itu..
maka perlu ada yang memahami atas dasar keperluan bukan atas sebab peribadi..
:)