Assalamualaikum...
Salam bestari..
Agak lewat entri untuk hari ni dimuatkan. Mungkin masih berfikir dan terfikir. Cuma yang pasti, aku inginkan segalanya baik-baik belaka. Insya Allah, atas keizinan-Nya pasti ada cahaya di sebalik kegelapan yang melanda. Telah ditakdirkan akan wujudnya siang sesudah malam begitu juga keadaan hidup kita. Segalanya berputar mengikut susunan dan aturan sejak azali lagi.
Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk meneruskan usaha berkongsi idea dan pendapat di
blog ini. Namun, masih banyak yang terselindung di sebalik bait-bait yang terbit dari setiap ketukan pada papan kekunci ini. Sukar merungkai segala yang tersirat dan berselirat di benak tiap insan andai semudah mana seseorang itu. Itulah keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Setiap perkara jika dilihat dari sudut berbeza pasti menerbitkan rasa syukur atas setiapnya.
Seharian aku menghabiskan masa membaca beberapa terbitan yang agak ringan dan tidak seberat bola bowling aku itu. Aku merasakan begitu banyak perkara yang tidak ketahui malahan ilmu yang ada di dada terlalu sedikit untuk aku memahami setiap yang berlaku. Seronok menghabiskan masa dengan bacaan-bacaan dari
Nizam Zakaria dan jelas menunjukkan bahawa kita perlu melihat segalanya secara mendalam dan dari pelbagai perspektif.
Masa kian berlalu dan usia kian bertambah tapi aku tetap leka dalam setiap saat yang berlalu...
'hidup ini indah bila ada kerumitan itu'
yup..
semoga keindahan itu kekal dalam caranya yang tersendiri..
insya Allah...
:)
kejernihan komunikasi bukan sahaja untuk dipraktikkan ketika kehidupan bekerjaya
'seseorang itu'? mind to elaborate?
p/s : u've been tagged hahaha...
owh..
dat seseorang?..
tetibe cm blur bile bace ayat tu bslik...
nnt pk balik..
:p