Arghh..aku mahu buang!!!
| More
Salam...

Moga semua mendapat keredhaan dari-Nya.

Mahu buang apa ya?..aku mahu buang jauh segenap rasa yang kurang menyenangkan itu. Aku benci bila ia bertandang tanpa diundang dan aku tahu ianya membebankan, menyakitkan, menghuru-harakan dan menegatifkan seluruh panca indera aku. Aku bakal berhadapan dengan ketidakstabilan emosi kala ianya berlaku namun, pernahkah?

Ya Allah, aku selalu meletakkan Dikau jauh kala aku 'senang' dan aku mencari Mu biar ke merata pelusuk kala aku 'susah'. Manusia jenis apa aku ni ya? Sedikit sebanyak malu kian menebal kepadaMu. Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan para sahabat yang tiada sekelumit rasa 'besar' kala mereka senang. Tiada tempat untuk aku jika diletakkan dalam golongan itu.

Mengapa wujud rasa-rasa yang bisa membunuhku ini. Perit, sakit usah dikata. Aku tak suka. Aku mahu buang ia jauh-jauh agar ia tidak bisa cari jalan pulang untuk mencariku. Aku tak mahu rasa itu, aku mahu rasa yang indah sahaja sebagaimana indahnya Islam ini. Cukup indah dan menenangkan, tapi aku tetap leka dengan belaian manja itu. Aku berhenti seketika menikmati indahnya Islam kerna belaian itu. Aduh.. Lemahnya aku.

Aku mahu buang dan terus buang ia! Tapi bagaimana?...
Penanda: , edit post
15 Responses

  1. En Kid Says:

    ermm..
    ntah?...
    susah untuk diungkap..


  2. kalau di buang..
    hilang nikmat kehidupan itu..
    setuju?


  3. eksp Says:

    buang je kedek... buang!! simpan pun tak guna lagi dah!!

    (hehehe... padahal tak tahu hujung pangkal ^^)


  4. En Kid Says:

    to aveler...
    ermm..ya..mungkin akan hilang nikmat hidup itu dan mungkin tiada seni dalam hidup itu..

    to eksp..
    hahaha..kalo buang air..mmg dah lama kene buang..tp ni bukan kes tu..kes yang unknown tu yang susah sket...
    huhuhu...


  5. ika jamil Says:

    sy kurang pasti ape yg en kid nak buang..
    tapi kalau ia sstu yg indah dan bermakna baik disimpan menjadi kenangan...
    namun kalau ia adalh buruk jdkan ia pengajarn dan pengalamn hidup

    ~kikilala cume memberi pndpt....


  6. me Says:

    if 'it' anchor you down, buang je la jauh2 walaupon ia pernah membawa kebahagiaan, idup kan panjang(insyaallah) lagipon mane tahu en.kiddo bakal berjumpa dgn yg lebih membawa kebahagiaan, bukan hanya kepada anda juga kepada keluarga ^_____~


  7. ow ya..jgn lupa anta kat kawin ye..



    ~lari topik jap..



  8. En Kid Says:

    to kikilala..
    ianya bukan berupa realiti malah jauh sekali dari keindahan..
    maka ia perlu dibuang jauh-jauh..
    :)

    to 0_o
    hohoho..
    ayat tersirat tu..wujud pemahaman dari beberspa sudut berbeza...
    tapi apa pun..masih perlu mencari..~~

    to aveler..
    kad kawen apakah?..serasa diri dua tahun itu sekejap aja...
    :)


  9. ;P
    yakin diri kamu akan melangkah dulu ke alam itu..
    *wink2*


  10. aku percaya kau kuat...jadi laluinya dgn tabah. jgn lupa berkongsi rasa dgn sahabat..ia menenangkan.percayalah.


  11. me Says:

    saya officially jeles lagi uhuk..


  12. ika jamil Says:

    maka dgn itu buang le ia jauh jauh...


  13. En Kid Says:

    to rudy..
    thanks! Insya Allah, berkat dari rakan-rakan akan terus kuatkan diri..
    :)

    to 0_o..
    tak perlu jeles..
    ;)

    to kikilala..
    akan ku usahakan untuk letak ia jauh dari diri ini..moga ia tak ke temu jalan pulang..
    :)