Salam..
Kepulangan yang dinanti. Biasa kedengaran? Tajuk sebuah lagu raya dendangan Aman Shah suatu ketika dahulu. :)
Alhamdulillah, aku selamat tiba ke destinasi, kampung halaman di Bandar Putra Bertam jam 12.20 tengah malam semalam. Syukur pada yang Esa. Setiba di kampung, terus mengajak ayah untuk ke kedai @ restoran yang masih dalam proses ubahsuai a.k.a
renovation. Seronok dan suka. Hati berbunga-bunga melihat kedai yang jelas jauh berubah berbanding 2 bulan yang lalu.
Suatu masa dulu, perkataan kampung diletakkan bagi rumah kediaman dirasakan terlalu janggal. Mengapa ya? Bersekolah di sekolah berasrama dan tika tiba masa untuk pulang ke kampung, terasa janggal bila ada yang bertanya kampung di mana kerna keliru dengan kampung untuk kediaman atok. :)
Kini, mungkin edaran masa dan pemikiran mengubah persepsi dan menerima baik perkataan itu untuk diguna pakai. Ya, pulang ke kampung. Insya Allah, malam raya akan pulang ke Kedah kampung ayah pula.
Salam Idul Adha untuk semua.
p/s: gambar terbaru kedai akan dimuat naik kemudian. Line broadband agak kurang memuaskan.
Selamat Menyambut Idul Adha jua untuk kamu.
kepada sapiah hussien..
terima kasih!..jemput selalu berkunjung ke mari..
:)
owh..sangat teringin pic sebelum dan selepas..
update cecepat tau~!
;)
wah dh smpai kg ya...selamat hr raya aidiladha
salam...
kepada ermalina..
ya!..pasti akan update secepat mungkin..
:)
kepada wahidah..
alhamdulillah..segalanya selamat dan mudah saja..
selamat hari raya aidiladha juga..
selamat menyembelih korban esok... ^^
dan selamat mengorbankan diri untuk agama satu hari nanti...
=))
..
:)
insya Allah..
segalanya untuk agama tercinta!..
sama-sama berkorban untuk agama ya..
:)
seronokkan balik kg..lagi2 masakan dr air tangan mak...huhuhuhu
Salam..
En Rudy..
Ya! pasti seronok. makan pun sedap je. siap tambah nasi berpinggan-pinggan lagi.
hehehe..