Salam..
K5B 301.
Semalam, pertemuan bersama keluarga diakhiri dengan satu berita sedih dari sanak saudara. Aduh, sungguh mudah dirasakan hidup ini. Suatu yang bernyawa pasti akan tiba masanya untuk kembali pada-Nya. Ayah sepatutnya menghabiskan sesi kerjanya di Sepang pada hari ni (Isnin), namun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka kepulangan adalah diperlukan.
Lebih kurang 16 jam yang lalu..
Kami adik beradik sedang menantikan pertembungan antara Manchester United dan Manchester City dari bilik hotel di Sepang. Afif dan Anap seronok menatap televisyen sambil Anap menduga Afif dengan nama-nama pemain Manchester United. Kagum kami mendengar dia menyebut satu demi satu nama pemain. Seusai solat Isya', aku mengambil bungkusan makanan untuk dijamah. Telefon bimbit mama berbunyi, menandakan masuk message dan mama terus membaca. Sejenak berubah wajah mama, aku semacam mengetahui ada sesuatu yang tak kena. Rupanya, Mak Su di Taiping telah meninggal dunia. Innalillah.. Terdiam seketika mama. Ayah dihubungi untuk diberitakan hal yang berlaku.
Hilang segenap perasaan suka di antara kami adik beradik. Lantas, semua bersiap-siap mengemas pakaian dan sebagainya menunggu kereta pejabat tiba. Ayah masih meneruskan kerjanya di bawah (Bilik Mesyuarat hotel). Selesai bersiap, kenderaan masih belum tiba, maka kami menjamah makanan dan menonton televisyen. Barclays Premier League seperti kurang tarikan pada ketika itu. Habis separuh masa pertama, kenderaan tiba dan kami turun ke lobi hotel. Anap dan Afif memuatkan pakaian ke dalam kereta dan aku berbincang dengan mama mengenai perjalanan. Aku sememangnya kurang upaya untuk memandu jauh dan masih sakit kepala kerana seharian keluar bersama mama dan adik-adik. Setelah berbincang, ayah dan mama setuju supaya aku sekadar pulang ke kampus dan mereka turut mewakilkan aku. Aku berdoa dari kejauhan. Ya Allah..Ampuni aku..
PROLOG
Arwah Mak Su merupakan seorang yang ceria, bisa buat sesiapa tersenyum dan gembira. Kami senang dengannya, dan banyak memori kami bersamanya. Saat aku dan Anap sama-sama jatuh di dalam parit di kampung Atok, masih menjadi usikannya tatkala bertemu. Mak su menghidap barah, setelah dibuang melalui pembedahan doktor mendapati ianya telah menjangkiti paru-paru. Raya Aidilfitri yang lepas, kami sempat berkunjung ke rumahnya. Sangat lemah lagaknya, namun masih berusaha 'tuk tersenyum. Masih berusaha menghiburkan kami anak beranak. Begitulah keadaannya tiap kali bersua.
Banyak perkara yang masih berkaitan dengannya, nombor telefon ayah, mama dan Anap (suatu masa dulu milikku) merupakan atas pertolongannya yang pernah bekerja di Celcom dulu. 019-5**5151, 019-5**5252 dan 019-5**5353.
Semoga RUHnya ditempatkan bersama-sama orang mukmin. Cucurilah rahmat dan keampunan ke atasnya ya Allah..
Al Fatihah..
setiap yg hidup pasti akn kembali ke pangkuan-Nya..takziah..
thanks!..
salam,
u r lucky u know,dapat berita ni awal,but me, my mum just mention bout it today,only after two days! she looks much better the last time i saw her,but Allah really sayang her.still in shocked mode,it was just a month ago i saw her smile,now will never see it.Moga family acu n anak2 tabah.Al-fatihah to arwah.
org jauh<<<
Salam Tanpa Nama..
Owh..maaf..siapa ya gerangan anda?..terima kasih menyinggah..
Ermm..banyakkan berdoa untuk arwah dan peringatan untuk diri kita yang sudah leka..