Hari ini, aku masih mencatur masa depan, memikirkan langkah seterusnya untuk aku memenangi perlawanan ini. Yang aku tahu, dalam usaha memenanginya sangat banyak pengorbanan yang perlu aku lakukan. Cuma hati masih terlalu lembut untuk berkeras dengan keputusan yang satu. Untuk aku menilai baik dan buruk, setakat saat yang berlalu aku sudah pasti dengan jawapannya.
Cuma..
Ya, cuma aku sahaja yang bisa merealisasikannya. Tapi, aku tetap aku yang sudah pasti sukar meluahkannya. Yang sudah pasti berusaha melihat pilihan yang lain walau tiada yang datang bertandang. Aku perlu tabah. Ya, aku tahu itu. Aku perlu hadapi kesan selepasnya. Ya, aku tahu itu. Cuma aku masih belum berdaya menghadapi kesan selepas itu. Aku masih lemah untuk melihat situasi yang pasti meranapkan sinar yang sekian lama menyinar.
Terlalu berat aku kira. Namun, sesuatu perlu berlaku dalam sedikit masa dan ianya terlalu hampir. Aduh..
LELAKI harus tegas dan berpendirian
LELAKI harus bertanggungjawap dan berperikemanusiaan
LELAKI harus pikul tanggungjawap sebagai pemimpin
kalau saye punya kuasa seorang LELAKI saya pasti ingin merubah dunia
hmmm...
ye saya setuju ngan alang..
nak tak nak kena lah hadapi setiap akibat di atas risiko yg diambil...pasti ada hikmat di sebalik setiap kejadian...cume satu perkara yang boleh dilakukan adalah sabar...pasti akan ada sinar nanti...
after all,that's what life is all about..
##wah pnjg nye comment saya..first time ni...maaf ye saya tak reti berbahasa
Salam..
kepada asha..
ya! saya faham tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan keupayaannnya..cuma, suatu bentuk perasaan tidak menzahirkan jantina rasanya..kerna kita semua punya hak yang sama untuk berperasaan..
:)
kepada kikilala..
terima kasih atas komen anda..pasti akan adanya sinar..saya setuju..cuma, kapan tiba masanya itu yang bisa menggoyah dinding kesabaran ini..
huhuuh...
sgt tingi bahasa yg digunakan oleh en. kid sehingga sukar utk sy fahami...hee..
Perlawanan?.. lawan ape ni bro.. heeheh
kepada salz..
tinggi bahasa?...tiada tinggi sangat pun..biasa-biasa ja..
kepada sis anuey..
perlawanan?..hehehe..persaingan antara emosi diri..
hehehe..