Hati Riang
| More
Salam..

Hati riang..
Riang ria mendapat tahu pasukan faveret sudah menang..jaringan 5-3. Pertama kali Carlos Teves mendapat 4 jaringan dalam satu perlawanan. Kagum dengan semangat dan bakat yang mereka ada. Tahniah semua! Harap Liga Malaysia juga punya kekuatan atau daya tarikan supaya kita bangga dengan rakyat kita sendiri. Semoga FAM mengkaji kedudukan dan kewajaran mewujudkan pemain import dalam liga kita.. Glory, glory Man. United..

p/s: Harap peminat Arsenal tidak kecewa dengan kekalahan 2-0 dengan Burnley untuk Carling Cup. Tahniah atas kejayaan mengalahkan Chelsea! :)


Hati riang..
Riang bila mana hari ini sudah hari Khamis. Esok malam, aku akan pulang ke kampung halaman bersama ayah. Kebetulan ayah punya tugas luar di Putrajaya esok hari. Malamnya, kami akan pulang bersama. Suka! :) Mahu menjenguk kedai @ restoran aku nanti. Menurut perkhabaran yang diterima, cantik dan menarik. Akan ku jemput semua tika dibuka nanti. Datang ya!

Hati riang..
Semoga keriangan ini akan berkekalan walau ku tahu panas itu tidakkan berpanjangan, hujan pasti menjengah di pertengahannya. Namun, akanku hargai segalanya. Syukur pada-Mu..

p/s: Hati riang jangan dilupa yang di 'atas'.. :)
4 Responses
  1. ika jamil Says:

    saya saksikan gol yg dijaringkan teves pada saat2 akhir..hbat le..
    udah mau pulang ke kg ya....
    tak sabar nak jenguk restoran chef kid...hehehe...


  2. En Kid Says:

    Salam...
    owh..anda saksikan?..hmm..
    sungguh banyak gol...mesti menarik game tu..

    chef?..chef tak habis menuntut lagi ni..nak balik kampung menuntut lagi..
    :)


  3. Tanpa Nama Says:

    Hatimu riang?? hatiku riang juga..=)lalalala


  4. En Kid Says:

    Ahaha..
    Baguslah andai semuanya riang ria sahaja..
    :)