Sesudah Bercuti!
| More
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk meneruskan penulisan sesudah selesai bercuti dan berhari raya. Penat menekan pedal brek dan minyak masih terasa. Namun, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat-Nya atas keselamatan dan kemudahan pulang semalam. Kesesakan yang dilalui hampir 9 jam cukup menyeksakan dan mewujudkan pelbagai bentuk tingkah laku manusia ketika di jalan raya. Ada yang begitu berhemah mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak kurang pula dengan ragam mereka yang ingin sepat sampai ke destinasi. Betapa marah sekalipun, itu adalah hakikat kejadian manusia bak kata pepatah 'Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain'.



Keadaan lebuhraya dan hujan

Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H kepada semua pengunjung laman ini dan sahabat-sahabat sekalian. Diharapkan Syawal yang tiba menghadiahkan 1001 hikmah dan pengertian dalam kita meneruskan ranjau kehidupan ini. Cuti raya yang diberikan sekadar raya ke-5 kepada siswa siswi dan penuntut-penuntut di kebanyakan institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak mempengaruhi mood dan emosi mereka. Ada yang berpuas hati dan ada yang masih menginginkan cuti untuk beraya bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, apakan daya, ketetapan oleh pihak pentadbiran membataskannya dan tanggungjawab sebagai pelajar memerlukan sedikit pengorbanan untuk mencapai kejayaan.

Di kesempatan ini juga, ingin saya memohon maaf kepada semua andai ada (rasa macam memang ada, oopps!!) salah dan silap sepanjang perkenalan dan persahabatan yang terjalin. Sekiranya ada terkasar bahasa, terguris di hati terlebih atau terkurang harap dimaafkan. Insya Allah semoga keberkatan Ramadhan yang lalu akan berterusan hingga ke bulan yang seterusnya.

Sambutan Syawal yang lalu, saya bersama keluarga pulang ke kampung mama di Bagan Datoh, Perak. Kami pulang pada 29 September dan sempatlah berpuasa bersama atok. Pada raya kedua kami pulang ke rumah sebentar dan meneruskan sesi beraya di kampung ayah pula di Hutan Kampung, AloQ StaQ. Adik-adik meriah bermain bunga api dan mercun. :)



Sekitar Aidilfitri yang lalu, terselit juga gambar sekolah dulu. :)

Sekian.

Wassalam.

Penanda: edit post
4 Responses
  1. SITI Says:

    Purple kau tahun ini, eh?
    Aku dengar, di suatu hari yang lalu, kau ingin punyai bola bowling raya? Tercapaikah hajat itu?


  2. En Kid Says:

    Ermm..purple yg mcm2 klerg ade...
    :p

    owh..hajat tu sekadar hajat...mungkin di masa yang lain aku akan dapatkan...keterbatasan tertentu menyebabkan aku terpaksa menangguhkan dlu hajat tu..
    huhuhu...


  3. ika jamil Says:

    saya pun purple gak..
    tumpang lalu..
    (^_^)


  4. me Says:

    owh semesti yg xbesh tu ke..
    oOoOoooOo....