Tajuk?
| More
Assalamualaikum...
Morning...

Alhamdulillah, masih dapat meneruskan penghidupan di perbukitan Bangi ini berbekalkan semangat dan keazaman untuk menyelesaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kehidupanku sehingga hari ini masih mencari-cari arah dan hala tuju.

Sepanjang hujung minggu yang lalu, pelbagai peristiwa dan rencana hidup dilalui dan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah...

Hari Sabtu berlalu dengan pantas dan semuanya sibuk menyediakan diri dari semua aspek untuk menghadapi Gala Aidilfitri II anjuran Persatuan Alumni KAB. Kerjasama dengan adik-adik JAKSA kolej juga. Terima kasih kepada semua yang membantu dan juga kepada yang hadir memeriahkan suasana pada malam itu. Diharapkan program seumpama ini masih dapat dijalankan pada tahun-tahun akan datang dan ditambah baik dengan jayanya. (Gambar akan dimuat naik setelah menerimanya dari kamera-kamera yang ada). :)

Selesai Gala, sedikit beban di bahu telah berkurang. Hari Ahad pula, meneruskan agenda kehidupan untuk memenuhi tuntutan dan jemputan kenduri sahabat saya, saudara Afihan seorang mantan PMUKM. Namun, sebelum itu, saya ke 'kolam' membawa 'ikan' saya, Cik Lisa untuk mandi-manda. Seronok Cik Lisa dapat mandi sambil scrubbing. Ahaks! Sempat juga bersembang dengan seorang pemuda bekerjaya dan kelihatannya berjaya menceritakan kejayaannya. Sungguh bersemangat dia bercerita.


Ikan kesayangan En Kid, Cik Lisa *wink~


Jam 12.45 tengahari saya dan rakan-rakan; Nasrol, Jijah, Ika dan Ikin bergerak menuju ke rumah kenduri di Klang. Di pertengahan jalan, berjumpa dengan Cik Shirin dan En Zaid untuk konvoi bersama ke sana. Alhamdulillah, jam 2.15 petang kami tiba ke destinasi dan semuanya kelihatan gembira dan lega setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang perjalanan. En dan Pn Pengantin kelihatan segak dan cantik mengenakan persalinan berwarna coklat. Menu yang ada ialah nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, daging masak itam (ye ke?), dalca, acar dan tidak lupa cendol. Sedap dan menyelerakan. Di destinasi juga, sempat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu. En Hafidzan, Cik Linda dan Pn Marya mantan PMUKM, juga En Amir ex-coursemate dulu. Paling penting, kami dialunkan dengan karaoke dari seorang Uncle Jawa (tak sempat berkenalan), sungguh menghiburkan dan pastinya saya dan Nasrol tak berpeluang menyanyi bersama kerana menahan perut dan mulut. Haha! Memang sempoi Uncle tu. Habis lagu faveret Umpama Mimpi Dalam Mimpi tu.


Dari kiri: En Budak, En Afihan, Pn Fazira, En Nasrol (gelak tak ingat,muka tengah tahan gelak kat Uncle tu)

Pada sebelah petang, berkesempatan berjumpa Mama di Sate Sahmuri, Kajang. Rindu sama kamu bonda! Terima kasih juga untuk sate-sate itu, kami makan untuk sarapan pagi ni. :)

Nak bersarapan sekejap. Update later!

Salam...
Penanda: edit post
5 Responses
  1. ika jamil Says:

    patut le 'cik lisa' berbau wangi dan kelihatan baru....huhu


  2. Maya Ayam Says:

    mesti kelakar uncle jawa tue..ada record tak waktu dia tgh nyanyi?hehehe


  3. En Kid Says:

    cik ika: yup...bau wangi dan cantik gitu..
    :)

    cik maya: tak sempat nak record..penat tahan perut je..
    :p


  4. Tanpa Nama Says:

    Cik Lisa? Ikan?...????


  5. En Kid Says:

    ahahaha...
    tu la ikan kesayangan aku..
    :)
    nnt aku upload gambo die...
    :)