Assalamualaikum...
Saya tertarik untuk meneliti buletin yang dihantar oleh sahabat saya, saudara Hilmi Khairi di
Friendster. Apa yang menarik ialah mengenai sebuah laman sesawang yang boleh dicapai melalui alamat
http://www.rakansiswa.com yang membicarakan soal hidup dan ketuhanan. Menarik bukan?
Namun, apa yang menjadi tanda tanya dan kemusykilan mengapa laman ini dipilih ialah kandungan ilmu ketuhanan yang diketengahkan adalah mengenai agama Kristian. Apa yang lebih membahayakan ialah, laman ini begitu mudah dilayari melalui pautan-pautan di laman sesawang yang menjadi tumpuan ramai remaja-remaja di Malaysia ini iaitu
Friendster dan menggunakan kata-kata seperti
"SAYA BENCI HIDUPKU" atau
"MENCARI KETENANGAN".
Bagi mereka yang sedia mengetahui mengenai ilmu agama mungkin dapat membezakan isi kandungan di dalam laman tersebut, tetapi bagi remaja yang ingin mengenal ilmu agama khususnya agama kita yang suci, ISLAM pasti mudah terpengaruh dengan kandungan laman tersebut. Na'uzubillah. Penggunaan Yesus dalam penerangan di laman sesawang tersebut jelas menunjukkan betapa ia bersifat mempengaruhi pengunjung-pengunjung laman tersebut.
Amat menyedihkan apabila sahabat saya membuat laporan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengenai kewujudan laman tersebut namun, jawapan yang menghampakan menjengah telinganya. Tiada tindakan dapat diambil ke atas laman tersebut. Sahabat-sahabat sekalian, sebarkanlah mengenai perkara ini agar sahabat kita yang lain mengetahui mengenai laman ini dan mungkin dapat memikirkan solusi yang sepatutnya bagi menyelamatkan aqidah remaja-remaja Melayu kita.
Insya Allah, diharapkan akan wujud penyelesaian ke atas perkara ini sekaligus membantu rakan-rakan lain yang mungkin terlibat dalam laman tersebut. Semoga kehadiran entri ini membawa sedikit fikir untuk agama kita dan mengukuhkan aqidah kita.
Wassalam...
Paparan hadapan laman tersebut p/s: Penghargaan buat saudara Hilmi Khairi atas usaha atas agama ini dan menyedarkan saya dan rakan yang lain mengenai isu ini.
Aku dah bukak website tu. Takutnyerrrsss.
Pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan.
yup..
hopefully...
huhuhu...