Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga dan masih diberi peluang merasai manisnya hidup di dunia yang fana ini. Diharapkan semuanya begitu jua dan saling memahami dan mengerti antara satu sama lain.
Seawal jam 7, melihat tajuk-tajuk utama dalam akhbar-akhbar tempatan saya tertarik dengan satu petikan di Utusan Malaysia Online.
Mansuh Ekuiti Bumiputera. Agak terkejut dengan pelbagai isu yang dewasa ini selalu berbaur perkauman. Sebelum isu ekuiti bumiputera, timbul mengenai
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ingin dimansuhkan. Apakah benar orang Melayu telah punya keyakinan diri untuk terus bersaing dengan kaum lain di bumi Malaysia ini?
Kebelakangan ini, jelas beberapa isu perkauman terus timbul dan dipersoalkan. Mengapa berlakunya hal-hal sedemikian? Apakah kita masing-masing masih tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada? Ya, pastinya demikian kerana kita manusia yang punya keinginan yang tidak berbelah bahagi dan rakus mengejar kejayaan duniawi.
Mengenai tajuk di dalam Utusan Malaysia Online tersebut, saya tertarik dengan kata-kata dari Datuk Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA; "Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera)". Teringat cerita kanak-kanak di TV9, Wonderpets. Haha..
Apa yang penting?...Kerjasama! :)
Berbalik kepada perkara-perkara perkauman ini, kita semua mengharapkan agar tidak timbul pertikaian mengenai hak dan keistimewaan tertentu. Cuma ada beberapa perkara yang wajar dikaji semula bagi memastikan semua kaum dapat bersaing dengan baik dan khususnya orang Melayu kita sedar bahawa kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada keistimewaan yang sedia ada sebaliknya terus berusaha untuk memajukan diri bagi meletakkan kita seiring dengan arus sedia ada.
Saya mengharapkan agar isu-isu yang sensitif ini diberi perhatian yang wajar oleh pihak kerajaan dan tidak mengambil langkah terburu-buru dalam menyelesaikan perkara ini. Cukuplah isu kenaikan harga minyak menjadi pengajaran buat kita semua. Kaji dengan mendalam baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Pemimpin yang bijak adalah mereka yang berpandangan jauh dan meletakkan kepentingan orang yang dipimpin jauh lebih tinggi berbanding kepentingan sendiri. Renungkanlah...
Wassalam...
*sumber dipetik dari Utusan Malaysia Online
comel skali entri pada ari ini...hehehe..
Apa yang penting?...Kerjasama! :)
how bout TRUST??? =]
:)
sumenyer penting...
yang pasti...
Wonderpets akan membantu...
:p
Bilakah harga minyak akan turun lagi?..
Hmm...
mari menyanyi beramai2...
Apa yang penting?...Kerjasama! :)
ngee~
heheheh...
nyanyi2..
:)
harap2 ia sememangnye penting lew hihi....
Apa yang penting?...Kejujuran! :)