Alhamdulillah, daku masih mampu tersenyum dan menghela nafas dengan sempurna walaupun segalanya sedang bergelora di dalam diriku. Semakin aku mengabaikan semakin melambai lagaknya. Aduh, apa harus ku lakukan...
Terdetik hati mencari sesuatu bagi mengusir rasa yang kian menghimpit dada dan alhamdulillah dapat jua menemukannya. Sesuatu yang daku rasakan dapat dikongsi bersama semua yang sentiasa ada.
Perkara yang aku rasakan bukan manusialah seseorang itu jika tidak melaluinya, kecuali dah mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu GILA. Gila pasti tiada tekanan namun ianya berkemungkinan berlaku akibat perkara ini. Itu lah TEKANAN. Adakah aku tertekan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Cuma yang pasti aku pernah melaluinya. :)
Beberapa tips bagi mengatasi tekanan:
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper! tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
Banyak yang boleh kita pelajari dari tips-tis di atas. Jelas sekali, segalanya perlu kita pulangkan kepada yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui dan Dialah segalanya untuk kita.
Sahabat-sahabat sekalian, daku memohon maaf kepada kalian andai ada salah dan silap sepanjang kita bersahabat. Semoga kita sentiasa tergolong dari kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah...
Wassalam...
p/s:
*sumber dipetik dari Jabatan Penerangan Malaysia.
*Kid, anda tertekan?... Ya, agak la... :p
Terdetik hati untuk berkongsi rasa yang kian terasa. Mana mungkin rasa ini ku simpan dan pendam begitu saja. Aku bukan manusia yang unggul dan terpelihara malah jauh sekali dari sifat syumul itu. Aku hanyalah insan biasa yang tidak bisa lari dari pelbagai rasa. Sesungguhnya, keindahan ciptaan Yang Maha Esa letaknya pada setiap rasa yang kita rasa.
Maaflah Cik Tim kerna terlalu banyak insiden rasa dalam blog ini. Andai ianya kelihatan menggugat setitis rasa di dalam blog cik. :)
Itulah hakikat kewujudan rasa yang sering kita rasa dan mahu tidak mahu kita telan rasa yang pahit andai sudah tiada manisnya. Kehadiran setiap dari kita di dunia pastinya mewujudkan pelbagai rasa tidak mengira apakah jenis rasa itu dan sebolehnya kita hanya mahukan rasa yang kita suka sahaja. Namun, tidak adillah bagi mereka yang lain andai tidak bisa merasa apa yang kita rasa. Oleh itu, wujud pelbagai aturan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Adil bagi membolehkan setiap dari kita merasa apa yang dirasa oleh mereka yang lain. Itulah indahnya Sunnatullah.
Sesungguhnya, tiadalah wajar bagi kita untuk meletakkan pelbagai rasa itu sebagai sesuatu yang mutlak dan hak bagi kita sedangkan kita sendiri tidak punya hak yang mutlak atas diri kita. Segalanya adalah pinjaman dari Yang Maha Mengetahui kerna hanya Dia yang berhak atas kita dan mengizinkan apa yang berlaku ke atas kita. Kian lama kita diulit rasa, kian mendalam perasaan itu. Maafkan diri atas segala kekhilafan itu dan sesungguhnya lintasan di hati untuk merasa selain dari itu adalah terlalu sedikit apatah lagi meletakkan sekalian rasa jauh dari yang lain.
Ya Allah, aku hamba mu yang tidak berdaya melawan segala kehendakMu memohon agar aku diberikan segala yang terdaya untuk diriku. Aku memohon agar segalanya adalah atas landasan dan aturan dariMu. Kau berkatilah hidupku dan tetapkan daku dengan agamaMu. Segala yang terbaik hanyalah dari Engkau sahaja dan aku redha atas ketentuan dariMu ini.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan jauhkanlah daku dari pelbagai prasangka yang bisa merosakkan daku. Aku hambaMu yang kerdil ini tidak punya apa-apa melainkan segalanya yang Engkau pinjamkan padaku. Sesungguhnya semuanya milikMu dan kepada Engkau jugalah aku kembali.
Sekadar renungan untuk tatapan bersama. :)
Wassalam...
Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga dan masih diberi peluang merasai manisnya hidup di dunia yang fana ini. Diharapkan semuanya begitu jua dan saling memahami dan mengerti antara satu sama lain.
Seawal jam 7, melihat tajuk-tajuk utama dalam akhbar-akhbar tempatan saya tertarik dengan satu petikan di Utusan Malaysia Online. Mansuh Ekuiti Bumiputera. Agak terkejut dengan pelbagai isu yang dewasa ini selalu berbaur perkauman. Sebelum isu ekuiti bumiputera, timbul mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ingin dimansuhkan. Apakah benar orang Melayu telah punya keyakinan diri untuk terus bersaing dengan kaum lain di bumi Malaysia ini?
Kebelakangan ini, jelas beberapa isu perkauman terus timbul dan dipersoalkan. Mengapa berlakunya hal-hal sedemikian? Apakah kita masing-masing masih tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada? Ya, pastinya demikian kerana kita manusia yang punya keinginan yang tidak berbelah bahagi dan rakus mengejar kejayaan duniawi.
Mengenai tajuk di dalam Utusan Malaysia Online tersebut, saya tertarik dengan kata-kata dari Datuk Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA; "Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera)". Teringat cerita kanak-kanak di TV9, Wonderpets. Haha..
Apa yang penting?...Kerjasama! :)
Berbalik kepada perkara-perkara perkauman ini, kita semua mengharapkan agar tidak timbul pertikaian mengenai hak dan keistimewaan tertentu. Cuma ada beberapa perkara yang wajar dikaji semula bagi memastikan semua kaum dapat bersaing dengan baik dan khususnya orang Melayu kita sedar bahawa kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada keistimewaan yang sedia ada sebaliknya terus berusaha untuk memajukan diri bagi meletakkan kita seiring dengan arus sedia ada.
Saya mengharapkan agar isu-isu yang sensitif ini diberi perhatian yang wajar oleh pihak kerajaan dan tidak mengambil langkah terburu-buru dalam menyelesaikan perkara ini. Cukuplah isu kenaikan harga minyak menjadi pengajaran buat kita semua. Kaji dengan mendalam baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Pemimpin yang bijak adalah mereka yang berpandangan jauh dan meletakkan kepentingan orang yang dipimpin jauh lebih tinggi berbanding kepentingan sendiri. Renungkanlah...
Wassalam...
*sumber dipetik dari Utusan Malaysia Online
Alhamdulillah, masih dapat meneruskan penghidupan di perbukitan Bangi ini berbekalkan semangat dan keazaman untuk menyelesaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kehidupanku sehingga hari ini masih mencari-cari arah dan hala tuju.
Sepanjang hujung minggu yang lalu, pelbagai peristiwa dan rencana hidup dilalui dan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah...
Hari Sabtu berlalu dengan pantas dan semuanya sibuk menyediakan diri dari semua aspek untuk menghadapi Gala Aidilfitri II anjuran Persatuan Alumni KAB. Kerjasama dengan adik-adik JAKSA kolej juga. Terima kasih kepada semua yang membantu dan juga kepada yang hadir memeriahkan suasana pada malam itu. Diharapkan program seumpama ini masih dapat dijalankan pada tahun-tahun akan datang dan ditambah baik dengan jayanya. (Gambar akan dimuat naik setelah menerimanya dari kamera-kamera yang ada). :)
Selesai Gala, sedikit beban di bahu telah berkurang. Hari Ahad pula, meneruskan agenda kehidupan untuk memenuhi tuntutan dan jemputan kenduri sahabat saya, saudara Afihan seorang mantan PMUKM. Namun, sebelum itu, saya ke 'kolam' membawa 'ikan' saya, Cik Lisa untuk mandi-manda. Seronok Cik Lisa dapat mandi sambil scrubbing. Ahaks! Sempat juga bersembang dengan seorang pemuda bekerjaya dan kelihatannya berjaya menceritakan kejayaannya. Sungguh bersemangat dia bercerita.
Jam 12.45 tengahari saya dan rakan-rakan; Nasrol, Jijah, Ika dan Ikin bergerak menuju ke rumah kenduri di Klang. Di pertengahan jalan, berjumpa dengan Cik Shirin dan En Zaid untuk konvoi bersama ke sana. Alhamdulillah, jam 2.15 petang kami tiba ke destinasi dan semuanya kelihatan gembira dan lega setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang perjalanan. En dan Pn Pengantin kelihatan segak dan cantik mengenakan persalinan berwarna coklat. Menu yang ada ialah nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, daging masak itam (ye ke?), dalca, acar dan tidak lupa cendol. Sedap dan menyelerakan. Di destinasi juga, sempat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu. En Hafidzan, Cik Linda dan Pn Marya mantan PMUKM, juga En Amir ex-coursemate dulu. Paling penting, kami dialunkan dengan karaoke dari seorang Uncle Jawa (tak sempat berkenalan), sungguh menghiburkan dan pastinya saya dan Nasrol tak berpeluang menyanyi bersama kerana menahan perut dan mulut. Haha! Memang sempoi Uncle tu. Habis lagu faveret Umpama Mimpi Dalam Mimpi tu.
Nak bersarapan sekejap. Update later!
Salam...
Saya tertarik untuk meneliti buletin yang dihantar oleh sahabat saya, saudara Hilmi Khairi di Friendster. Apa yang menarik ialah mengenai sebuah laman sesawang yang boleh dicapai melalui alamat http://www.rakansiswa.com yang membicarakan soal hidup dan ketuhanan. Menarik bukan?
Namun, apa yang menjadi tanda tanya dan kemusykilan mengapa laman ini dipilih ialah kandungan ilmu ketuhanan yang diketengahkan adalah mengenai agama Kristian. Apa yang lebih membahayakan ialah, laman ini begitu mudah dilayari melalui pautan-pautan di laman sesawang yang menjadi tumpuan ramai remaja-remaja di Malaysia ini iaitu Friendster dan menggunakan kata-kata seperti "SAYA BENCI HIDUPKU" atau "MENCARI KETENANGAN".
Bagi mereka yang sedia mengetahui mengenai ilmu agama mungkin dapat membezakan isi kandungan di dalam laman tersebut, tetapi bagi remaja yang ingin mengenal ilmu agama khususnya agama kita yang suci, ISLAM pasti mudah terpengaruh dengan kandungan laman tersebut. Na'uzubillah. Penggunaan Yesus dalam penerangan di laman sesawang tersebut jelas menunjukkan betapa ia bersifat mempengaruhi pengunjung-pengunjung laman tersebut.
Amat menyedihkan apabila sahabat saya membuat laporan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengenai kewujudan laman tersebut namun, jawapan yang menghampakan menjengah telinganya. Tiada tindakan dapat diambil ke atas laman tersebut. Sahabat-sahabat sekalian, sebarkanlah mengenai perkara ini agar sahabat kita yang lain mengetahui mengenai laman ini dan mungkin dapat memikirkan solusi yang sepatutnya bagi menyelamatkan aqidah remaja-remaja Melayu kita.
Insya Allah, diharapkan akan wujud penyelesaian ke atas perkara ini sekaligus membantu rakan-rakan lain yang mungkin terlibat dalam laman tersebut. Semoga kehadiran entri ini membawa sedikit fikir untuk agama kita dan mengukuhkan aqidah kita.
Wassalam...
p/s: Penghargaan buat saudara Hilmi Khairi atas usaha atas agama ini dan menyedarkan saya dan rakan yang lain mengenai isu ini.
Gonna have a meeting this evening and it's my research group meeting. Kinda feeling weird. Huhu..
Anyway...
Wish that I can make a good of it.
I'll update anything about me later...
Pray for me..
:)
Come on Kid!
When love is lost, how can friendship remain?
When hope is lost, living remains awkward;
When fairness lost, most men could turn insane!
When wealth is lost, it could be well regained;
When health is lost, life is only a bane;
When virtues lost, nothing is truly gained;
When peace is lost, dialogue must start again.
When mind is lost, how can one ever feign?
When man is lost, to trace him is quite sane;
When Will is lost, no man can live or reign;
When God is lost, all things we do in vain.
When soul is lost, the fear of Hell awaits,
And fail do we to enter Heaven’s gates!
Poem by Dr. John Celes
Well, this poem kinda attract me and it give lots of meaning in our life. Cherish our life guys!
p/s: also to my lil' sis, don't be sad..there must be something left for you to treasure it...
Aduh...
Semakin hari semakin seronok lak main game nih...hehe...
PES 2009 a.k.a Pro Evolution Soccer 2009. Satu game yang pada aku bagi satu kepuasan sebab ade satu feature dalam game tu wat kite nak main sepanjang masa. :)
Feature tu name die Become A Legend, cam dalam FIFA punye gak. Kite create satu watak then kite main mula dari bawah sampai dapat offer dari kelab-kelab yang lebih besar. Cam dream come true bile dapat offer main kat Man. United :p
Ahaks!
So, to all gamers. Check it out! But to gamers yang minat football je... Hehe...
P/s: Sorry, entri kali ni saje je wat cmni. :)
Alhamdulillah..syukur masih diberi peluang meneruskan hidup dalam agama yang suci ini. Masih dianugerahkan keazaman dan kekuatan untuk meneruskan plot-plot hidup yang penuh liku dan ranjau ini. Walaupun kehadiran liku dan ranjau sering diperlekeh dan dipandang sebelah mata namun, itu lah hakikat kehidupan.
Entri kali ini ingin berkongsi satu perkara iaitu ambil berat. Sejauh mana kita mengambil berat akan sesuatu dan apakah yang bisa mempengaruhi tahap mengambil berat kita terhadap sesuatu? Ambil berat akan sesuatu memerlukan pemahaman yang mendalam tentang seseorang tetapi yang lebih penting adalah memahami dan mengerti diri kita sendiri.
Seringkali kita mengambil berat sehingga mengabaikan dan menafikan hak diri kita sendiri. Mengapa? Ya, yang pasti jawapan akan berkisar soal perasaan kasih dan sayang pada si dia yang diambil berat. Namun, sejauh mana insan yang kita sayang dan ambil berat memahami dan berkongsi rasa yang kita rasa? Sedalam manakah rasa ambil berat sama-sama didalami dan difahami?
Ambil berat sesama kita adalah sesuatu perkara yang menjadikan setiap hubungan itu sesuatu yang indah dan membentuk kesinambungan dalam meneruskannya. Keinginan hati untuk mengambil berat semua perkara yang ada di sekeliling kita menyebabkan kita selalu kecewa, sakit hati, sedih dan terasa. Cuma yang gembira amat sedikit kita rasakan. Mengapa ya?
Insya Allah...
Semoga segala yang terbaik ada di hadapan kita. Hanya memerlukan usaha dan kesabaran dalam mencapainya.
Maafkan daku...
Aduh...hidup semakin serabut. Masya Allah...
Makin aku lari makin aku dikejar...
Makin aku melupakan, makin aku ingat...
Makin aku inginkan, makin ia menjauh...
Makin aku bertenang, makin serabut jadinya...
Ya Allah...
Hidup kian diulit resah dan gelisah...
Hidup kian dimamah usia tanpa sebarang upaya diri...
Hidup kian aneh meninggalkan yang lumrah...
Hidup menyesakkan sehingga hilang mudahnya...
Ya Allah...
Ampuni aku...
Ampuni kedua ibu bapaku...
Ampuni saudara-saudaraku...
Ampuni sahabat-sahabatku...
Ampuni seluruh muslimin muslimat...mukminin mukminat...
Wassalam...
Sedikit input berguna yang diterima dari seorang sahabat;
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Masya Allah...kebanyakan perkara di atas sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Tidak mustahil hati-hati kita kian rosak dan lemah. Semoga dengan sedikit input pada petang yang mulia ini, kita dapat sama-sama memajukan diri bagi menjadi ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya Allah...
Syukur ke hadratNya kerna masih diberi nikmat menghirup udara segar, nyaman dan indah. Pagi yang semakin menyemarakkan semangat meneruskan kehidupan di kala usia Syawal kian menjengah ke penghujungnya. Apakah segala keberkatan Ramadhan yang lalu masih berbekas di hati kita? Apakah masih segar setiap amalan kita yang kita lakukan di bulan yang mulia itu?
Insya Allah, segalanya masih seperti yang dulu.
Hidup ini cukup indah jika kita dapat melihatnya melalui pelbagai aspek dan segala yang kurang itu dapat kita nilai semula bagi mendapat gambaran yang lebih jelas dan memberikan pengertian dalam hidup kita. Seringkali kita dibebani dengan persoalan-persoalan yang hampir membunuh semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Namun, dapatkah kita mengetahui kelebihan di sebalik setiap persoalan tanpa kita menjawabnya terlebih dahulu?
Apa yang pasti, kehidupan perlu diteruskan. Semangat juang yang membara perlu disemarakkan hingga membuahkan hasil yang kita ingini. Kewujudan pemangkin dalam setiap perkara merupakan satu bentuk seni yang dihadiahkan oleh Maha Pencipta supaya kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai apa yang dihajatkan. Sejauh manakah kita bersyukur atas nikmat kurniaanNya? Apakah cukup sekadar melafazkan rasa syukur? Apakah cukup sekadar qiam dan sujud merendah diri kepada yang Maha Esa?
Adakalanya kita tidak merasa apa yang dirasa oleh insan lain, dan adakalanya kita diberi peluang merasa sebagaimana yang dirasa oleh mereka. Apakah sebabnya kita diberi peluang itu? Pastinya untuk kita mengetahui perasaan itu. Tapi apakah kita tahu maksud di sebalik setiap rasa itu.
Sekian lama kita hidup, apakah kita benar-benar merasa apa yang dirasa oleh insan lain?
Seringkali hati terusik memikirkan ke mana arahnya diriku dibawa. Suatu masa dulu, saat diriku dibuai dek gelombang-gelombang itu, aku rasakan begitu indah hidup ini tanpa menyedari aku menjauhi gelombang-gelombang yang sangat tenang dan damai itu. Gelombang-gelombang yang bisa mengubah haluan hidupku. Gelombang-gelombang yang bisa mempengaruhi kekuatan diriku. Aku kian tertanya-tanya akan kehadiran gelombang-gelombang dalam hidupku.
Aku yang begitu mudah terbuai dan dibuai, sekadar menghuni ruang kekosongan dalam koloni gelombang itu. Sekian lama aku menghuni koloni itu, kian rapuhnya kekuatan aku dalam menghadapi gelombang-gelombang yang lain. Aku perlu terus berusaha tapi seringkali jalan itu yang ku jumpa. "Mengapa perlu begini?..." bisik hati kecilku. Ya Allah, kau pandulah hidupku agar aku terus berada dalam payungan rahmat-Mu. Aku mahukan kedamaian, ketenangan dan keharmonian dalam perjalanan hidupku. Tapi aku sedar, semua itu sukar jika tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Aku perlukan sesuatu untuk aku menelusuri ruang yang ada. Aku perlukannya...
Suatu masa yang lampau, aku sangat menginginkannya sehingga sekali lagi aku mengabaikan gelombang-gelombang itu. Oh Tuhanku! Betapa jahilnya daku. Aku bongkak dan sombong dengan diriku ini. Sedangkan dalam sekelip mata segalanya mampi Kau tarik dariku. Atas kebongkakan dan kesombongan itulah aku dihujani pelbagai ujian dan dugaan dariMu dan aku terus lari dan lari dariMu. Bodohnya aku...
Aku pinginkan gelombang-gelombang yang menghadirkan interferens membina dalam hidupku. Aku inginkan mereka sentiasa di sisiku. Aku perlukan mereka supaya aku berasa hampir denganMu. Tapi aku selalu mengabaikan mereka. Aku tidak menghargai kehadiran mereka dalam hidupku. Aku sisihkan mereka dalam kehidupan seharianku. Tidak lagi aku mengendahkan hilai tawa dan tangisan mereka. Kejamnya aku terhadap mereka. Sombongnya aku terhadap mereka.
Dalam setiap plot kehadiranku, aku sering menginginkan kegembiraan dan keseronokan sehingga mengabaikan kewujudan kesedihan, kepiluan dan kebencian. Aku harus sedar siapa aku dan mengapa aku wujud. Namun, hati kecilku yang sombong dan berlagak seringkali menidakkan hal ini. Seringkali aku membuang jauh rasa yang sebenarnya tidak ke mana. Ya, momokan rasa yang kurang senang ini sering memusnahkan keinginanku. Tapi, semuanya silapku. Aku yang terlalu tamak dan gelojoh untuk mendapatkan segalanya, sehingga merobek hati dan perasaan gelombang yang lain. Maafkan daku...
Ya Allah, aku pohon padaMu agar diberikan kekuatan kepada kami semua dalam mengharungi setiap dugaan dan cabaran ini. Berikan kami taufik dan hidayah serta 'inayah Mu dalam kami meneruskan setiap plot kehidupan kami atas pementasan dunia yang sementara ini. Semoga kami tergolong di kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Amiiinnn...
Wassalam...
Syukur daku ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan umur yang masih bersisa dan nikmat yang tidak terhingga. Ya Allah, hambaMu yang kerdil ini terlalu banyak mengecewakanMu dek terleka dengan segala nikmat yang diKau berikan. Ampunkan lah daku atas segalanya.
Entri kali ni mungkin kurang motifnya dan tiada penjelasan yang nyata. Cuma yang pasti, sesuatu perlu dilakukan. Semakin lama mengharungi hari-hari yang berlalu, semakin perlu untuk aku melakukan sesuatu. Namun, ada sesuatu dalam diri ini yang sekian lama...entah lah..segalanya kabur...semakin hilang...semakin menjauhi...
Ya Allah...maafkan lah daku...
Adakah kebahagiaan dalam hidup kita sudah terjamin? Apakah perkara-perkara yang menjamin kebahagiaan? Apakah perlu kita bersama orang yang kita sayang untuk terus bahagia? Apakah benar, wujud keadaan yang perlu kita korbankan untuk kita mencapai kebahagiaan di ruang yang lain? Apakah bahagia itu milik setiap insan? Terlalu banyak persoalan yang mungkin wujud untuk memberikan pemahaman dan penjelasan terhadap sebuah kebahagiaan. Tidak semua insan yang berjaya dan senang di dunia beroleh kebahagiaan. Kebahagiaan tidak dititipkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya dengan mudah dan kebahagiaan yang hakiki adalah mengikut segala yang disyariatkan olehNya.
Beberapa ketika, sering aku berfikir tentang soal bahagia. Kenapa susah untuk aku mengecapinya. Kenapa perlu ada berbagai halangan dalam meneruskan jalan menuju bahagia.
Bahagia itu pilihan...alangkah indahnya jika begitu mudah untuk mencapai kebahagiaan... :-)
Bahagia 0km?...mudah kah untuk mencapainya?...
Entah lah, sudah terlalu penat untuk memikirkan soal ini. Sangat mengharapkan untuk menggapainya semudah orang lain. Mungkin ada sesuatu yang perlu aku lakukan untuk mengecapinya seperti orang lain.
Insya Allah, semoga bahagia itu milik kita...
:-)
Wassalam...
Di suatu pagi yang hening, sedang daku dan sahabat-sahabat pulang dari bersahur (..bersahur?.. :-p ), keadaan sunyi sepi. Selesai menutup pintu kereta, berlakulah kejadian yang kurang mengerikan tapi agak menyakitkan. Huhuhu...
Ibu jari tersepit, aduh!!! Tapi macam kelakar sebab tak sangka boleh melekat celah-celah pintu tu. But, no worries En Mike, my jari still boleh function :-). Mula-mula macam takde pape, but then terpaksa la hisap jari cam budak-budak untuk menghilangkan rasa sakit tu (betul ke hilang eh?...Hmmm). Sampai kat tempat yang cerah sket, baru dapat tengok keadaan sebenar, darah pekat berkumpul di penghujung jari betul-betul sebelum kuku. Nasib baik tak hujung lagi, kalau tak sure dah bersembur darah kat pintu tu. Awalnya, macam ngeri gak nak cucuk tapi berbekalkan semangat nak kurangkan kesakitan, wat jugak pembedahan sendiri mencucuk ibu jari dengan jarum untuk buang darah yang berkumpul. Agak ngeri tapi berjaya la jugak...
So, selesai semuanya, naik ke bilik untuk solat dan baru nak tidur. Before tidur, sempat snap beberapa gambar my thumb yang agak sakit tu. Here..here.. :-)
Sakit gak tu..tapi tape,tahan2!
Hehe...
Nasib baik okay lagi tangan ni leh posing2 lagi.. ;-p
Tu je nak share dengan kengkawan, :-)
Nanti share yang lain lak.
Sekian!
p/s: Moral of the story, lepas je pintu kete, jangan letak dah tangan kat pintu. ;)
Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk meneruskan penulisan sesudah selesai bercuti dan berhari raya. Penat menekan pedal brek dan minyak masih terasa. Namun, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat-Nya atas keselamatan dan kemudahan pulang semalam. Kesesakan yang dilalui hampir 9 jam cukup menyeksakan dan mewujudkan pelbagai bentuk tingkah laku manusia ketika di jalan raya. Ada yang begitu berhemah mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak kurang pula dengan ragam mereka yang ingin sepat sampai ke destinasi. Betapa marah sekalipun, itu adalah hakikat kejadian manusia bak kata pepatah 'Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain'.
Keadaan lebuhraya dan hujan
Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H kepada semua pengunjung laman ini dan sahabat-sahabat sekalian. Diharapkan Syawal yang tiba menghadiahkan 1001 hikmah dan pengertian dalam kita meneruskan ranjau kehidupan ini. Cuti raya yang diberikan sekadar raya ke-5 kepada siswa siswi dan penuntut-penuntut di kebanyakan institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak mempengaruhi mood dan emosi mereka. Ada yang berpuas hati dan ada yang masih menginginkan cuti untuk beraya bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, apakan daya, ketetapan oleh pihak pentadbiran membataskannya dan tanggungjawab sebagai pelajar memerlukan sedikit pengorbanan untuk mencapai kejayaan.
Di kesempatan ini juga, ingin saya memohon maaf kepada semua andai ada (rasa macam memang ada, oopps!!) salah dan silap sepanjang perkenalan dan persahabatan yang terjalin. Sekiranya ada terkasar bahasa, terguris di hati terlebih atau terkurang harap dimaafkan. Insya Allah semoga keberkatan Ramadhan yang lalu akan berterusan hingga ke bulan yang seterusnya.
Sambutan Syawal yang lalu, saya bersama keluarga pulang ke kampung mama di Bagan Datoh, Perak. Kami pulang pada 29 September dan sempatlah berpuasa bersama atok. Pada raya kedua kami pulang ke rumah sebentar dan meneruskan sesi beraya di kampung ayah pula di Hutan Kampung, AloQ StaQ. Adik-adik meriah bermain bunga api dan mercun. :)
Sekian.
Wassalam.