Perubahan
| More
Salam...

29 November 2008.
Residence Hotel Uniten.

Hari Sabtu ini dimulakan dengan indah bersama ahli keluargaku. Satu kepuasan dapat bersama keluarga dan meluangkan masa bersama mereka. Melihat mereka tersenyum gembira, menghilangkan setiap resah dan gelisah mengulit jiwa. Alhamdulillah, kurniaan dari Yang Maha Esa membuat aku lebih hampir denganNya.

Hari ini juga, aku merasakan perlu ada suatu bentuk perubahan terhadap penampilan blog ini. Namun, bukan atas dasar terasa atau apa-apa, cuma mewujudkan suatu bentuk kelainan dalam cara yang sama. Atas nasihat seorang pengkritik bebas mengenai kewujudan warna di blog ini, makanya, aku berhasrat mereka semula dan melakukan proses editing terhadap warna dan latar belakang blog ini. Diharapkan akan menerima maklum balas yang positif dari pengunjung. Terima kasih. :)

Pasti tertanya-tanya, siapakah pengkritik bebas itu kan? Kalau tak tertanya pun tak apa. :p

Cuma yang pasti, Sang Pengkritik menyatakan, "..sebenarnya, warna pink kat blog tu tak menarik sangat. Lagi cantik kalau diubah warnanya..". "..Ya, akan difikirkan untuk diubah.." ujarku. "..Rasanya mungkin menarik kalau pink itu digabungkan dengan hitam.." tambahnya lagi. Aku semacam bersetuju dengan pandangannya. Tapi aku menambah "..nampak macam sangat perempuan pulak kalau warna macam tu..". Hmm.. "..why not to give it a try, rite?.." bicaraku dalam hati.

Ya, akhirnya..inilah hasilnya dalam keadaan serba mahu cepat.. :)

Insya Allah, akan diteruskan usaha menambah baik penampilan dan pengisian di dalam blog ini. Sangat mengalu-alukan pandangan dan komen dari semua pembaca dan pengunjung. Terima kasih sekali lagi.

Wassalam..
Menanti
| More
Salam..

Hari terakhir bekerja dalam minggu terakhir di bulan kedua terakhir untuk tahun ni. Aku sedang menanti kehadiran ahli keluargaku dari Penang. Ayah, mama, Dik Nap ngn Afif dalam perjalanan dan akan menyinggah di Residence Hotel, Uniten. Tempat kegemaran ayah bila ada urusan di Putrajaya. Dik Tap a.k.a Acap tak dapat ikut sama kerna kereta penuh. Kesian dia, keseorangan di rumah. Huhu..

Seronok, nanti malam dapat jumpa bersama dan makan-makan. (..makan free la jawabnya malam ni.. :p) Dah lama tak jumpa Dik Nap yang kini di UNIMAP, nun jauh di hujung Semenanjung. Kali terakhir raya yang lepas. Mama dan Afif, baru sahaja berjumpa tiga hari yang lalu kini datang semula mengikut ayah atas urusan kerja. Ayah yang sangat selalu datang atas urusan kerja di Putrajaya. Bak kata orang, tua dalam kereta je nanti. Huhu. Kesian ayah. Nanti semua dah okay, ayah boleh berhenti kerja ya?..

Mama dan Afif mengambil peluang cuti sekolah yang ada untuk sama-sama menemani ayah. Mama guru di SMKA Al-Irshad Pokok Sena, Pulau Pinang. Afif pula adikku yang sangat bijak, akan melangkah ke darjah 4 pada tahun depan. (ayah mama janji mahu beli hadiah untuk dia sebab dapat nombor satu..huhuhu) Semoga kalian selamat sampai. Daku di sini menunggu dengan tenang walau cuaca di luar menggila. Kilat sabung-menyabung, guruh menggegarkan segenap ruang, hujan turun tanpa tanda akan berhenti. Aku keseorangan menanti.


Duduk dari kiri : Dik Nap, Ayah, Mama, Afif, En Kid dan Acap di depan. Lengkap familiku..

Seperti hari-hari yang lalu, batuk dan selsema masih belum menunjukkan wajah sayu untuk berlalu. Aku kian terseksa menahan batuk menyentak dada, cecair hidung yang kian bersarang dan menjadi kubu kuat virus-virus menentang serangan antibodi. Aduh, sabar Kid, sabar...

Hari minggu yang bakal menjelma masih belum dirancang dengan baik, sekadar mengetahui akan mengikuti familiku ke Sepang pada esok hari, kalau aku tiada halangan. Insya Allah..

Lapar pula perut di kala cuaca sejuk begini..perlukan sesuatu untuk membantu cairan asid di dalam perut supaya dinding perut tidak menjadi mangsanya. Huhu.. Ayuh..masak-masak! :)
Kosong
| More
Salam..

Alhamdulillah..masih diberikan peluang meneruskan tugas khalifah di muka bumi-Nya. Namun, hati tetap gusar, fikiran masih gelap, semangat kian luntur, segalanya kelihatan kabur, semakin ku kejar semakin jauh perginya. Aku kian keliru dan akhirnya buntu menghadapi hari-hari muka.

Ingin diberitakan namun tiada sampai maksudnya. Ingin dilalukan baris-baris kata namun tiada mampu meniti di bibir. Ke mana perginya setiap semangat dan keyakinan itu? Aku pun tiada tahu. Cuba mencari di mana silapnya, di mana pincangnya, di mana cacatnya..

Aku masih termangu-mangu mencari hala tuju..

Aku perlukan sesuatu. Di mana mangkinnya? Di mana cetusannya? Di mana mulanya? Semua perlukan jawapan dan aku juga perlukannya. Aku perlukannya secepat yang mungkin. Aku sangat perlukannya.

Ya Allah, Kau tunjukkan padaku apa-apa yang tidak ku ketahui, permudahkan apa yang aku tampak susah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Mengatur..
Jaga Amanah Itu
| More
Salam..

Tertanya-tanya pada diri punca diri kian mudah diserang bermacam penyakit ini. Ke mana perginya setiap antibodi dalam tubuh menjalankan tugas mencegah pencerobohan terhadap sistem tubuh? Aku gagal lagi dalam episod menjaga amanah dariMu. Maafkan aku..

Rengsa seluruh ruang di dalam tubuh membataskan kehidupan harian. Namun, akan tetap ku tempuh dengan senyuman. Insya Allah..
Glory glory!!!
| More
Salam..

Tekak terasa perit..Hidung kian kurang fungsinya..segenap atmosfera tubuh dirasakan direntap dan bagai diamuk setiap saraf sakit itu..

Namun, sokongan tidak untuk pasukan kegemaran tetap lahir dari hati ini..Glory glory!!! Semoga terus berjaya dalam saingan Liga Perdana Inggeris. :)

16 jam yang lalu..

Aku mula menggerakkan hampir tiap otot yang terpaut kemas di tubuh untuk memenuhi tuntutan sahabat..kenduri nun jauh di persisiran pantai indah di Darul Ridzuan itu..Alhamdulillah..selesai..
Terima kasih dan tahniah sahabatku..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat!..

Kini..

Aku makin lemah..menanti keputusan di hadapan layar TV..
Aku dan Diriku
| More

Beberapa ketika aku termenung..
Merenung pada diri yang kian terkurung..
Mengharap akan hilang mendung..
Namun tidak juga mentari berkunjung..

Aku cuba menghilang resah..
Membuang jauh gelisah..
Mencari nafas biarpun susah..
Namun diri kian pasrah..

Aku tidak punya apa untuk dibangga..
Melihat yang lain indah ceria..
Walau ada masa mencuka..
Namun aku tetap dilanda curiga..

Bukan cuba menduga Yang Esa..
Aku tahu aku bukan siapa-siapa..
Sekadar hamba yang hina..
Mengharap simpati dari Yang Mencipta..

Kala hati kian jauh berprasangka..
Semakin ketawa si penghuni neraka..
Suka melihat aku terleka..
Bangga melihat hasil kerja mereka..

Ya Tuhanku, ampuni aku..
Hamba-Mu yang sering membelakangkan-Mu..

~Diri bernyawa namun tiada bahagia, mencari-cari di mana sinarnya..
~en budak 20 November 2008~
Pembelajaran berterusan
| More
Salam..

Alhamdulillah, berlalu 18 November seakan mengangkat sedikit bebanan yang dipikul untuk beberapa ketika yang lalu. Namun, masih belum berakhir sepenuhnya bebanan-bebanan itu kerna sisa-sisanya masih berbisa di bahu ini. Satu sistem yang baru sahaja diperkenalkan di bumi bertuah Bandar Baru Bangi ini, bertujuan melahirkan generasi-generasi muda pelapis kepimpinan negara dengan semangat dan iltizam yang tinggi berusaha memajukan agama, bangsa dan negara.

Sebagaimana hasrat kerajaan di dalam RMK-9 mahu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, UKM selaku universiti yang mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar berusaha menyahut seruan dan menampilkan pelbagai kaedah dan metod dalam pembentukan graduan yang mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan oleh majikan-majikan di alam pekerjaan.

Antara pendekatan yang diambil termasuklah mewujudkan satu sistem penilaian terhadap pelajar menekankan beberapa aspek antaranya tanggungjawab sosial, kerohanian, kepimpinan, pengetahuan dalam teknologi maklumat, pengurusan dan beberapa aspek yang lain. Penilaian dilakukan pada beberapa peringkat dengan pecahan terbesar diletakkan tanggungjawab itu di pihak kolej kediaman seterusnya fakulti oleh pensyarah-pensyarah dan peringkat pusat. Apa yang diusahakan oleh barisan pentadbiran universiti merupakan suatu langkah yang dilihat mampu mengangkat UKM jauh lebih tinggi di peringkat antarabangsa. Insya Allah..

Dalam proses pembentukan sistem ini pelbagai kajian dilakukan mengambil kira keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan semasa dan akan datang. Beberapa pendapat dari syarikat-syarikat utama di Malaysia turut diambil kira bagi membantu mewujudkan suatu sistem yang mapan dan menyeluruh serta diterima pakai di peringkat antarabangsa. Sepanjang usaha murni ini, pelbagai pendedahan diberikan kepada barisan penilai yang akan terlibat dalam pelaksanaan sistem ini dan berharap agar ianya dapat dijalankan tanpa sebarang kekalutan dan sebagainya.

Pada peringkat awal ini, penilaian oleh pihak kolej kediaman lebih bersifat umum dan setiap kolej mempunyai metod atau cara yang tersendiri dalam penilaian yang dilakukan namun, masih terikat pada aspek utama dalam penilaian. Diharapkan dengan kewujudan sistem ini akan membolehkan graduan-graduan di Malaysia bersaing dengan baik bersama graduan-graduan dari peringkat antarabangsa.

Menjadi persoalan di sini ialah, dalam usaha kita mengejar pembentukan minda kelas pertama ini, apakah masyarakat kita benar-benar bersedia dan berada di tahap yang sepatutnya untuk memenuhi proses pembinaan minda kelas pertama ini? Apakah masyarakat kita sudah mempunyai kematangan berfikir dan mampu bertindak dalam acuan sendiri tanpa pengaruh acuan yang lain? Sejauh mana masyarakat kita khususnya Melayu Islam itu memahami apa yang dikatakan sebagai minda kelas pertama? Betapa pemupukan minda kelas pertama itu merupakan suatu seruan sejak dari dulu lagi sebagaimana Islam menyatakan proses pencarian ilmu itu sejak dari awal kelahiran hingga ke liang lahad yang mana menunjukkan pembelajaran itu adalah suatu bentuk yang berterusan.

Diharapkan sedikit cetusan ini mampu melahirkan idea-idea dan pendapat dari pembaca-pembaca supaya kita dapat sama-sama berusaha ke arah membentuk generasi minda kelas pertama ini. Insya Allah..
Pening...
| More
Aduh..

Teknik berfikir dah semakin berkurangan..
Teka-teki semakin menghantui diri..
Tolong..tolong...
Huhuu..

Mahu pening seperti aku di sini?..
Cuba lah! Zahada
:)

p/s: sekarang di level 38; 19 November 2008 5.37 ptg. ;)
Arghh..aku mahu buang!!!
| More
Salam...

Moga semua mendapat keredhaan dari-Nya.

Mahu buang apa ya?..aku mahu buang jauh segenap rasa yang kurang menyenangkan itu. Aku benci bila ia bertandang tanpa diundang dan aku tahu ianya membebankan, menyakitkan, menghuru-harakan dan menegatifkan seluruh panca indera aku. Aku bakal berhadapan dengan ketidakstabilan emosi kala ianya berlaku namun, pernahkah?

Ya Allah, aku selalu meletakkan Dikau jauh kala aku 'senang' dan aku mencari Mu biar ke merata pelusuk kala aku 'susah'. Manusia jenis apa aku ni ya? Sedikit sebanyak malu kian menebal kepadaMu. Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan para sahabat yang tiada sekelumit rasa 'besar' kala mereka senang. Tiada tempat untuk aku jika diletakkan dalam golongan itu.

Mengapa wujud rasa-rasa yang bisa membunuhku ini. Perit, sakit usah dikata. Aku tak suka. Aku mahu buang ia jauh-jauh agar ia tidak bisa cari jalan pulang untuk mencariku. Aku tak mahu rasa itu, aku mahu rasa yang indah sahaja sebagaimana indahnya Islam ini. Cukup indah dan menenangkan, tapi aku tetap leka dengan belaian manja itu. Aku berhenti seketika menikmati indahnya Islam kerna belaian itu. Aduh.. Lemahnya aku.

Aku mahu buang dan terus buang ia! Tapi bagaimana?...
Manchester United
| More
Sempena perlawanan antara Manchester United dan Stoke City pada malam ini, sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi, terimalah :


Glory glory Man United! Kekalkan kejuaraan pada musim lalu. :)
Rezeki
| More
Syukur ku panjatkan
Pada Yang Maha Agung
Atas kurniaan rezeki yang
tiada henti kunjungannya

Di sebalik tiap sesuatu
Ada hikmah yang tiada kita ketahui
Di sebalik tiap berlaku
Ada ilmunya yang perlu kita pelajari

Rezeki hadir bermacam rupa
Rezeki tampil tanpa diduga
Rezeki mengetuk tanpa bicara
Rezeki adil untuk semua

Kala kita menanti rezeki

Kita diduga seribu cara
Kala itu kita kian merasa seribu rasa
Kita mula bicara seribu bahasa
Kita pertikai di mana letaknya kita
Kita alpa pada wujudnya DIA
Kita hanyut dibawa arus dunia

Ingatlah

Bukan itu caranya kita mengharap dariNya
Bukan itu lagaknya kita di atas dunia
Bukan itu tunjukan dari junjungan mulia
Bukan itu ajaran dari Yang Maha Esa

Rezeki

Kau hadir membawa seribu satu erti
Buat hamba-hamba yang memahami
Menjadikan sunnah hiasan peribadi
Meletakkan DIA agung di hati

Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah
Allahuakbar, Allah Yang Maha Besar
Daku melafaz tanda syukur atas segalanya

~nukilan rezeki dari hati memanjat maghfirah, mengejar bahagia abadi~
~enbudak November 2008~
Aku Terkedu..
| More
Salam..

Bicara petang ku mulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pemurah kepada semua dan kasih pada hambanya yang beriman padaNya. Alhamdulillah, masih mampu tersenyum aku pada hari ini sebagai mana sebelumnya. Lega dek sedikit sebanyak 'kepayahan' aku menghela nafas tiap saat itu terungkai jua.

Seharian berada di dalam seminar Membangun Kapasiti Felo-felo Penghuni Kolej Kediaman mengundang pelbagai ilmu dan persoalan serta permasalahan yang mungkin wujud. 'Capacity Building' satu perkara yang mengujakan kerna usaha membangunkan sumber manusia dalam bentuk yang teratur dan memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

Tapi, bicara hari ini bukan berkisar soal ini. Apa yang menyumbang kepada kekeduan ini ialah apabila telefon vibrate kala mendengar taklimat dari TNC dan nama tertera adalah mY Dad. :)

Perbualan dengan ayah berkisar soal aktiviti hariannya pada hari ini, ke pejabat sebentar kemudian pulang berehat kerna penat; baru pulang dari Kuala Lmpur semalam. Aku agak terkejut apabila ayah berbicara begini:

"...ayah nak sembang pasai peribadi sikit ni..." Aku masih terdiam menunggu ayah menghabiskan bait-bait katanya. Setiap ayat ku rasakan seperti disusun dengan baik seolah-olah mahu menceritakan sesuatukan yang sangat penting. Masih meneruskan ayatnya, ayah menyebutkan mengenai seseorang. Seseorang yang beliau kenal dan aku baru sahaja kenal. Oh, sungguh tak ku jangka. Ayah bercerita dan terus bercerita. Sehinggalah bertanyakan soalan kepada ku.

"...Bib, la ni dah ada orang ka?..." aduh..antara soalan yang agak sukar untukku jawab. Keheningan wujud untuk beberapa ketika dan akhirnya aku menjawab "...buat masa ni, tak mau pikiaq lagi..nanti-nantilah.." jawabku masih dalam kejutan. Persoalan yang selalunya bermain-main dalam kotak fikiran tapi diabaikan atas sebab-sebab belum sampai masanya. Sungguh aku cuba mengelak dari isu ini. Aku terkedu.

Perbualan masih diteruskan dengan cara yang lebih santai dan ayah sekadar meluahkan pendapatnya. Aku faham, walaupun usia ku yang aku rasakan masih muda. :)

Insya Allah, sampai masanya akan aku fikirkan semula. Mungkin bukan masanya..

Aku masih terkedu..
Niatku..
| More
Maaf..

Andai segalanya menimbulkan rasa kurang senang di hati kamu-kamu. Bukan niatku mewujudkannya, sekadar ingin berkongsi sesuatu yang ada dalam diri dan mungkin boleh menjadi sesuatu buat semua. Mungkin memberikan satu kesan menggunakan pendekatan pragmatik di sini.

Maaf..

Kiranya diri ini sedikit sebanyak menjengkelkan kamu. Menidakkan yang perlu bagi kamu. Sesungguhnya bukan itu niatku. Aku punya kurang itu dan ini dan antaranya pasti mewujudkan sekalian rasa itu.

Maaf ku pinta..
Kiranya itu mencukupi..
Fikirku..
| More
Kala aku duduk..
Aku berfikir..
Kala aku berdiri..
Aku terus berfikir..
Kala aku berjalan..
Aku tetap berfikir..
Kala aku berlari..
Aku masih berfikir..
Kala aku berhenti melepas lelah..
Aku masih tiada daya untuk berhenti berfikir..

Rupanya..

Aku memang tidak mampu berhenti..
Dari fikir-fikir itu..
Kerna aku diberi akal fikiran..
'tuk terus fikir, berfikir dan memikir..
Kerna aku manusia tiada punya alasan..
'tuk terlepas dari segala fikir..

Fikirku..

Dalam segala fikir itu..
Aku mencorak masa..
Dari segala fikir itu..
Aku membuat pilihan..
Dalam segala fikir itu..
Aku mengorak langkah..
Dari segala fikir itu..
Aku mengharap akhir..

Namun, fikir itu..

Tiada akhirnya..
Kerna indahnya fikir itu..
Tiada penghujungnya..
Kerna seninya fikir itu..
Tiada penamatnya..
Kerna hebatnya fikir itu..
Tiada musnahnya..
Kerna segala fikir itu..

Anugerah Maha Agung Dari Yang Maha Mengetahui..

Aku masih berfikir..
Memikir pemikiran itu..
Aku pasti tidak..
'tuk berhenti dari..
Fikir itu..

~sekadar bicara fikir yang terus memikir~
~en budak 2008~
Maaf..
| More
Maaf..
Ungkapan tak berbelah bagi menunjukkan rasa..
Maaf..
Sering diguna apabila tiba masanya..
Maaf..
Istilah yang terbit dari hati menyedari kesilapan diri..
Maaf..
Juga ada yang menyalah erti apabila menyendiri..

Andai maaf..

Bisa mengubah kecewa..
Pasti semua orang suka..
Bisa mengubat hati yang duka..
Pasti semua orang gembira..
Bisa menghentikan air mata..
Pasti semua orang bahagia..
Bisa meluahkan rasa..
Pasti semua orang tiada terseksa..

Namun..

Maaf..
Bila disalah guna..
Akan wujud kekalutan jiwa..
Bila disalah erti..
Akan wujud silap tak bertepi..

Ingatlah..

Maaf..
Bisa mengubah diri..
Bisa menundukkan hati..
Bisa melenyapkan duri..
Bisa memadamkan api..

Hanya bila..

Maaf menjadi sebahagian dari diri..
Maaf lahir dari hati yang suci..
Maaf menggigit jiwa nurani..
Maaf disertai memaafi..

Maafkan daku..
Insan biasa yang tidak terlepas dari salah itu dan ini..

~jiwa yang memaafi jiwa, memohon pada jiwa yang merasa~
~en budak November 2008~
Bila Hati..
| More

Bila hati semakin kecil..
Orang kata kecil hati..
Bila hati semakin panas..
Orang kata panas hati..
Bila hati semakin sakit..
Orang kata sakit hati..
Bila hati semakin susah..
Orang kata susah hati..

Tapi bila soal hati bukan orang yang kata..
Kita yang perlu kata..
Tapi bila orang tanya kita..
Kita sukar nak kata yang sebenar..
Kenapa kita selalu jaga hati?..

Sebab..

Bila hati kita sedih..
Kita pura-pura gembira..
Bila hati kita terguris..
Kita buat-buat tiada apa..
Bila hati kita terasa..
Kita rasakan ianya sempurna..
Bila hati kita terus terabai..
Kita mula jadi bukan manusia..

Soalnya..

Kita sangat pentingkan hati kita..
Tapi di sebalik hati kita..
Kita lebih pentingkan hati orang lain di sekeliling kita..
Kerna..
Bila hati..
Macam-macam boleh jadi..

Maka, jangan sampai bila hati kita 'mati'..
Pasti segalanya tiada lagi di sisi..

~sekadar nukilan dari hati yang masih hidup ;)~
~en budak, November 2008~
Sedey semalam..
| More
Sangat sedey bila pasukan kegemaran kalah..cet...
hampeh tul..
tape2...
od trepod menanti the gunners nnt..
:)

tu je..
geram punye pasal wa entri ni.. hahaha..
AaAaaaaAaAa...you've been tagged!
| More
Tagged! :)

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Benda eh?..my fish cik Lisa n also en Henpon..

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
benda eh?..game bowling kire benda? kalo tak, nasi briyani mattop la..

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
tempat?..setakat ni umah walopun ade owg offer wat kat hotel..huhu..

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
rasa?..takleh nk rasa tapi harapnya selagi hayat dikandung badan..

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
waa...dilamun?..mengelamun ade la..tade org nk dilamunkan..

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
Pulau Kecil Nim :))

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
tak ingt,sgt lame tak beli buku...huhu..download sudaa..

8. Apakah nama penuh anda?
nama penuh cm dlm i.c ke? Muhammad Khedhir Bin Muhammad Pauzi a.k.a kid

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
dua-dua kot..tapi ayah sempoi laa.. :)

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
waa..sape eh?maybe my future wife kot...tapi kalo penah jumpe cmne eh?.. :p

11. Christina atau Britney?
takmo dua-dua..orang punye..hahahha..

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
sudah pasti...takkan nk soh makcik cleaner kt kolej kot..die wat kain lap je nnt.. hhaha..

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
at the moment, teringin nk g tepi pantai yg cantik,putih bersih..cm kt mane eh?..ntah le..

14. Pelukan atau ciuman?
waa..nk dua-dua boleh?..hahaha..suke2...

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
achah - baik hati, pemurah(belanja lg ye.. :p), suke gelak, garang ke?...my sis!

16. 8 perkara yang amat saya gilai
waa..sampai gila tu..bowling, race2 (bukan race kuda ye..), PES 2009, Red Alert 3, badminton, pedas, air bandung Johor, jalan-jalan...

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Oh Mami!, cipan tul, makhluk, kambing tul, hampeh, penin2, adooiii, waaaa!
18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
ari tu bace novel nizam zakaria, buku ape lg eh? buku lima kire? buku lali? buku roti? buku panduan telepon? tatau da buku ape.. :p

19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
COBA (ahaks!), Cinta ini membunuhku, karena wanita ingin dimengerti, sempurna, macam2 lagi..(ikut list HotFM Tiga Puluh Pun bleh.. :p)

20. Perkara saya pelajari tahun lalu
tahun lalu?..banyak..tapi paling ingat..soal hati sukar dimengerti, semuanya sukar untuk terus merasa...rindu kamu! (sape ye.. *wink2*)

21. Mangsa tag seterusnya
ikin katun, jeri si silent reader, my senior en hilmi khairi, dan sape2 yang berminat :)

p/s: Best gak tagged2 ni eh?..:p
Semoga yang terbaik untuk semua...
| More
Assalamualaikum...
Salam bestari..

Agak lewat entri untuk hari ni dimuatkan. Mungkin masih berfikir dan terfikir. Cuma yang pasti, aku inginkan segalanya baik-baik belaka. Insya Allah, atas keizinan-Nya pasti ada cahaya di sebalik kegelapan yang melanda. Telah ditakdirkan akan wujudnya siang sesudah malam begitu juga keadaan hidup kita. Segalanya berputar mengikut susunan dan aturan sejak azali lagi.

Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk meneruskan usaha berkongsi idea dan pendapat di blog ini. Namun, masih banyak yang terselindung di sebalik bait-bait yang terbit dari setiap ketukan pada papan kekunci ini. Sukar merungkai segala yang tersirat dan berselirat di benak tiap insan andai semudah mana seseorang itu. Itulah keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Setiap perkara jika dilihat dari sudut berbeza pasti menerbitkan rasa syukur atas setiapnya.

Seharian aku menghabiskan masa membaca beberapa terbitan yang agak ringan dan tidak seberat bola bowling aku itu. Aku merasakan begitu banyak perkara yang tidak ketahui malahan ilmu yang ada di dada terlalu sedikit untuk aku memahami setiap yang berlaku. Seronok menghabiskan masa dengan bacaan-bacaan dari Nizam Zakaria dan jelas menunjukkan bahawa kita perlu melihat segalanya secara mendalam dan dari pelbagai perspektif.

Masa kian berlalu dan usia kian bertambah tapi aku tetap leka dalam setiap saat yang berlalu...
Pening-pening
| More










+


= ?#@$%^#^




Masa : 5.10 ptg
Tempat : Makmal 3118/3119 FST, UKM

Eksperimen:

1. Penyediaan larutan ninhydrin berdasarkan formula;
200 mg ninhydrin
95 ml butanol
5 ml 10% AcOH (asid asetik @ cuka kat dapur :p)

2. Tindak balas antara larutan ninhydrin dan kapsaisin.
Pemerhatian menunjukkan tiada sebarang perubahan warna
terhadap larutan yang yang dicampurkan. Kesimpulan, alahai..tak jadik lagi.. Pening sudaa...

Kesimpulan:
Kene cari benda lain lak nak campur-campur..hampeh..
Pening lagi..
Sape bijak bestari ade idea ye..
Tolong....
Huhu..
Gambar Gala
| More
Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Setelah beberapa lama menanti, akhirnya berjaya mendapatkan gambar-gambar semasa Gala dan ada juga yang masih belum diterima. Gambar-gambar seperti di bawah. (Tapi tak semua, mesti muka tokey blog je banyak.. ;p)












Performance from students (KAB)













Me, Cik Fizah (MC Gala) dan ahli meja :)













Barisan AJK Gala Aidilfitri II













Me n Nasrol (senyum lebar, ape kes tah :p)














Bersama En Nasrol,En Amiran, Cik Zuhri, JAKSA (Abduh, Muiz dan Fitri)







Alamak sempat amek gambar.. (hehehe)


















Bergambar dengan Cik MC













Bersama JAKSA sesi 2008/2009



En Kid dengan JAKSA & Mantan JAKSA
Bersama Cik Fatimah Bendahari Gala (banyak duit nih :p)
Cik Achah lagi
Cik-cik kaunter (OoOppsS!) - Fazoo, Ikin, Fatimah, Ika dan Jijah

Sedikit sebanyak gambar yang ada dan dapat share bersama. Insya Allah, akan ada lagi program seumpama ini pada masa akan datang. :)

Sekian, wassalam...
SPKG?
| More

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

Baru je selesai buat senarai pelajar bawah penilaian En Kid. Penat2..
Ada 35 orang semuanya. Susah juga ye nak menilai manusia kan? Tambah kalau nak nilai kemahiran-kemahiran @ soft skills.

Sistem Penilaian Kompetensi Generik. 1st in Malaysia for assessment of student activity. Ada je idea UKM untuk terus menerajui institusi pengajian tinggi dan meletakkan UKM antara universiti yang hebat di Malaysia. Insya Allah, suatu masa akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti-universiti terkemuka di dunia. :)

Kepada semua felo-felo penghuni @ penilai, selamat menilai dan lakukan amanah ini dengan sebaik mungkin. Sama-sama kita wujudkan institusi felo yang berjaya.

Sekian.
Wassalam...

p/s: Thanks Cik Siti atas pembetulan perkataan di atas ye..
Chemistry in me
| More
Something that I need to keep!
:)

The Dragendorff Reagent

Still the same

Need to Detect Amide

Ninhydrin Color Reagent

Others will update later! God help me...kinda stuck here... :'(
Hujung Minggu Yang Lalu
| More
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Setelah beberapa ketika, berpeluang juga untuk meneruskan agenda penulisan blog ini. Hujung minggu yang lalu, saya dan rakan En. Mike telah diassign (ada ke perkataan tu? :p) untuk menghadiri suatu bengkel bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada petang Jumaat yang lepas, kami bergerak menuju ke PD pada jam 6.25 petang.

Peta LokasiPandangan dari lautTak sempat mandi kat pool pun

Tempat yang dituju adalah Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Setelah perjalanan yang memakan masa sekitar 45 minit, kami tiba di destinasi yang dituju. Sangat cantik dan mempesonakan. Almaklum, hotel ini baru dirasmikan pada Mac yang lalu. Maka kami agak bertuah kerana dapat menghabiskan hujung minggu di hotel ini. Kami ditempatkan di bilik 1215 tingkat 2 tapi malangnya tidak menghadap laut. But it nice though...

Secara jujurnya, tempat ini sangat cantik da sesuai sebagai destinasi percutian dan lebih meriah jika anda mempunyai kapal layar sendiri. :p Dan tak rugi juga untuk pasangan-pasangan yang berkeinginan untuk berbulan madu di dalam negara. Privacy (ngeh..ngeh..ngeh..) terjamin.

Setibanya di bilik, agenda utama ialah memasang segla jenis lampu, penghawa dingin dan televisyen. Namun, usaha gagal dan kami berusaha mencari slot untuk dimasukkan kad bilik untuk menghidupkan semua peralatan. Sekali lagi usaha kami gagal, hampir setiap ceruk yang ada kami geledah untuk mencari slot dan akhirnya kami bertanya pada Reception dan jawapan yang diterima "...just switch on the lights...". Setelah beberapa ketika, pembantu hotel tiba dan bertindak untuk memanggil maintenance untuk membantu.

Hampir 10 minit menunggu, masih tiada sebarang bantuan dan saya mengambil keputusan untuk memeriksa kotak fius. Tadaaa~!! Rupanya ada insan yang rajin mematikan fius. Hampeh...

Ala-ala bilik kami


Segalanya indah setelah lampu terpasang dan cantik. Kemudian kami bersiap-siap untuk sesi mengisi perut yang sudah mengalami episod 'gegar-gegar' di Traders Food Shop. Tempat makan juga cantik dan kami makan sepuas-puasnya. Tiada agenda diet sepanjang kami berada di sana. :)

Tempat makan-makan

Bengkel kami dijalankan di dewan yang diberi nama Commodore, macam nama biawak pun ada. Haha.

Commodore


Bengkel? Woksyop?

Admiral Marina & Leisure Club
Perasmi (kenal?)
Yang ni komfem kenal :)

Gambar-gambar disnap (sekali lagi, ada ke perkataan tu?) sepanjang program. Alhamdulillah, selesai program dan bengkel berjaya mencapai objektifnya. Harap ada lagi bengkel seperti ini pada masa akan datang. (Dapat makan free & tidur kat hotel :p)

Terima kasih diucapkan kepada Pusat Perkembangan Pelajar UKM atas peluang yang telah diberikan. Semoga masih berpeluang menabur bakti kepada komuniti UKM bak kata-kata TNC HEPA, "...saudara saudari (merujuk kepada felo-felo yang hadir) yang ada di hadapan saya ini, kalau ditoreh saya pasti akan keluar perkataan UKM..." Wow! Semangat UKM yang jitu. Ahaks!

Sekian.

Wassalam.
Got a New Ball!!! :)
| More
Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah..
Berkesempatan untuk meneruskan agenda blogging walaupun masa agak singkat dan kesukaran mendapatkan talian internet di kawasan ini. Kawasan mana?... Akan saya beritahu kemudian. :)

Pada Jumaat yang lepas, setelah berfikir dan terus berfikir, maka mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat hati membeli sebiji bola. Bola? Ya, bola boling. Sangat suka dan teruja tapi malangnya masih belum tebuk lagi. Maka, perlu menunggu beberapa ketika dan bila tiba masanya dapatlah menyahut rasa hati yang kian melonjak untuk bermain boling secara serius. :)

Urusan pembelian dijalankan di UM pada tengahari Jumaat itu ditemani rakan saya En. Faiq. Seterusnya meneruskan perjalanan hingga solat Jumaat di Shah Alam. Jauh perjalanan pada hari itu.

Cukup setakat ini mengenai bola baru itu dan harapan agar dapat meneruskan kegemilangan bermain boling. :)

Brunswick Attitude 1. Comel tak? :p

Another angle of the ball

Made in USA? Btul ke?

Sekian.
Wassalam.

p/s:
*jom main boling ramai2.