Senarai Untuk-Dibuat (Januari 2009)
| More
Selesai tanggungjawab yang wajib dan sunat untuk-Nya, aku mencari-cari sumber untuk aku hilangkan risau di hati. Risau terhadap diri, juga merujuk kepada risau terhadap Cik Lisa itu. Aduh, Cik Lisa yang kini sudah berusia 3 tahun 6 bulan sudah mula menunjukkan tanda-tanda rajuk bila tidak dimanja dan dibelai. Maaf ya Cik Lisa.

Makanya, aku perlu mewujudkan senarai untuk-dibuat. Senarai yang pastinya bakal memerlukan pengaliran wang yang bukan sedikit. Aduh sekali lagi. Berbalik kepada senarai untuk-dibuat bulan ini.

  1. Bateri baru untuk Cik Lisa (Cik Lisa sudah susah untuk bernafas..aduh!)
  2. Mahu tukar ke pascabayar (Maxis Value Plus.. :) )
  3. Pulang ke kampung, uruskan Encik Restoran (sudah mahu dibuka! Ayuh!..)
  4. Hadir ke program adik-adik Jaksa (teruskan usaha dan semangat murni kalian ya!)
  5. Uruskan akaun TM fixed line (semua dah guna telefon bimbit, mungkin dipindahkan ke kedai..)
  6. Siapkan laporan kajian penyelidikan untuk 3 semester (Aduh, susah ni..)
  7. Siapkan dokumen-dokumen berkaitan Encik Restoran (banyak juga ni..)
Hmm..banyak juga senarai untuk-dibuat bulan ni. Perlu ada perancangan yang rapi lagaknya. Ayuh En Kid, berusahalah!
Penanda: edit post
14 Responses
  1. satu permulaan yang baik. berusahalah.


  2. En Kid Says:

    terima kasih bang rudy!
    :)


  3. Tanpa Nama Says:

    owh..
    nape belanje saye mcd xde dlm list tu ek?
    khkhkh...
    anyway, i wish u all da best lah!!!
    go go chayo!!


  4. selamat pulang ke kampung! ;)


  5. En Kid Says:

    kepada siti@anna..
    belanja kamu McD?..mungkin boleh kiranya en kid telah berjaya di kampung nanti..
    :)
    doakan ya!

    kepada aveler..
    terima kasih..akan ku beritakan kepulangan ku nanti..


  6. eksp Says:

    tuh dia... azam seorang manager restoren yang berjaya

    :D


  7. ika jamil Says:

    Kenapa senarai no 2 tu tulisannye kecik...hehe
    Cepat2 bagi bantuan pernafasan a.k.a cpr kat cik lisa
    Long time no see me yeh??
    Ada je kat sini...
    All da best for you!!


  8. En Kid Says:

    salam..

    kepada eksp..
    trimas! jemputlah datang nanti..

    kepada kikilala..
    insya Allah..cik lisa selamat aje..
    :)
    thanks!


  9. Tanpa Nama Says:

    Asal bab maxis postpaid tu kecik jer? Igt buat promotion plan yg unique & attractive ok?


  10. Tanpa Nama Says:

    1. Cik Lisa :da semput...ye...cian puteri gunung jerai itu...

    2. Talipon :Maxis..macam mahal sket
    ekceli..lagi murah gune celcom --> pendapat Cik yang ade maxis dan celcom pasca bayar

    3. Enchik Felo :Owh..masih bertanggungjawab sbg ketua felo (berusaha!)
    4. Hmmm..

    5. Enchik Master :Sy sangat menyokong anda habeskan pelajaran..Saya tahu anda boleh..cume perlu fokus kan kembali perhatian anda..tabahlah..da nak habes da tu...

    6. Enchik Restoran :Satu kejayaan, kelebihan dan peluang untuk anda..tidak semua org dapat peluang begini, maka, berusahala dengan bersungguh2..apabila stabil...habeskan la pengajian mu ye..

    Wish all Da BesT~!
    =)


  11. En Kid Says:

    kepada who, me?..
    en kid amat berminat kiranya dapat mengetahui gerangan diri yang memberi komen..
    terima kasih atas nasihat anda ye..akan ku turuti..
    maxis tu..lagi menarik kalau boleh cakap free kan?..
    hehe..

    kepada ermalina..
    wah..panjang lebar..menarik2..
    ;)
    terima kasih atas semua ucapan tu..akan ku usahakan bersungguh-sungguh..doakan lah ya..
    moga semangat ku dalam bidang ilmu kimia tidak pudar..
    huhu..
    pasti merinduinya..


  12. Tanpa Nama Says:

    huhu..
    sonok ade blog ni ye..
    ape nk wat dlm bln jan pun blh gtau org..
    then ramai org yg ambek peduli..
    siap dpt komen berjela2 lg..
    hehe..
    ramai yg prihatin..=)


  13. En Kid Says:

    Salam pembuka bicara..
    kepada salz..
    maaf kiranya tindakan mewujudkan rengsa di hati..cuma..adakalanya ianya jadi indah bila berkongsi..
    :)
    apa pun..ayuh lah berblog..


  14. Tanpa Nama Says:

    Eh..
    xla..xde rengsa d hati pown..
    (rengsa tu ape eh?)=p
    xpe2 silalah menulis ape sj yg ign dikongsi..
    sy pun ske m'bacanye..=)