Pasti
| More
Bila segalanya tampak pasti, kita kian yakin akan mendapatnya. Namun, siapa sangka mentari terik menyinar di pagi hari, awan mendung berarak megah meluput segala yang dimiliki. Moga kita mampu melihat mendung berarak lalu umpama rahmat yang sentiasa didamba buat menampung lopak-lopak dalam diri.

Aku jua adakalanya dilanda pelbagai gundah gulana sehingga mengundang perkara-perkara tiada diduga berlaku. Semoga kita semua tabah tika menghadapi tiap yang menduga.

Untuk seketika, kita merasa biarlah segalanya berlalu mengikut alunannya yang tersendiri namun, adakalanya alunan yang dimainkan tidak digemari, memerlukan perubahan irama agar sentiasa dirasakan indah dan mengasyikkan. Ayuh! Berusaha untuk berubah. Mengapa perlu berubah? Tepuk dada, bertanyalah dan cari jawapannya.

p/s: ayuh, terus memboikot sahabat-sahabatku. aku masih terasa tiap cebisan yang ku mamah, tiap titisan yang ku guna; membantu melampiaskan nafsu rakus dan kejam puak Zionis terhadap saudara-saudara kita. :(
Penanda: , edit post
2 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    HoLa..
    Ehm..sedikit tidak setuju untuk memboikot barang2 US made..
    Well, can u imagine, those stuff was made in malaysia..
    Kite hanya dapat lesen dari sane menggunakan brand mereka..
    Let say, kite boikot ehmm..McD la..then sume McD ttp sbb tade demand..maka makin ramaila manusia menganggur...skang pon da ramai org tade keje...

    Memboikot bukan langkah yang bijak ekceli....begitu juge piket2 dan aktiviti membakar bendera...
    sangat tidak bijak..

    Kene pikir kan langkah yang bijak sket tuk menentang puak zionis ni..


  2. En Kid Says:

    Salam Cik Ema..

    terima kasih atas pandangan anda itu, ya, pastinya benar setiap pandangan kamu itu, cuma kita perlu ingat bukan tujuan menganggurkan orang lain..kerna, pengurangan atau penurunan jualan mereka akan menyebabkan mereka sedar, ada kuasa lain yang mampu menggugat mereka..

    dan dalam soal boikot ini, apakah benar-benar akan dilakukan oleh semua golongan masyarakat?..atau kita orang Islam saja?..mungkin, orang lain memandang enteng soal ini, maka menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskannya..untuk menghulur bantuan, pastinya tidak seperti mereka yang berada di 'Bukit Antarabangsa', walau musibah melanda, tetap menerima layanan kelas VIP, cuma apa yang boleh kita buat?..teruskan apa yang terdaya, berikan impak pengurangan modal terhadap mereka..agar mereka tahu kita orang Islam punya semangat dan bersatu teguh..kan?..walau sejauh mana kita berada..kita tetap di bawah payung persaudaraan yang sama..
    :)

    p/s: hati yang kurang ilmu, mungkin agak emosi dalam soal ini, maka saya mohon maaf andai ada salah dan silap..