Salam..
Hati riang..
Riang ria mendapat tahu pasukan
faveret sudah menang..jaringan 5-3. Pertama kali Carlos Teves mendapat 4 jaringan dalam satu perlawanan. Kagum dengan semangat dan bakat yang mereka ada. Tahniah semua! Harap Liga Malaysia juga punya kekuatan atau daya tarikan supaya kita bangga dengan rakyat kita sendiri. Semoga FAM mengkaji kedudukan dan kewajaran mewujudkan pemain import dalam liga kita.. Glory, glory Man. United..
p/s: Harap peminat Arsenal tidak kecewa dengan kekalahan 2-0 dengan Burnley untuk
Carling Cup. Tahniah atas kejayaan mengalahkan Chelsea! :)


Hati riang..
Riang bila mana hari ini sudah hari Khamis. Esok malam, aku akan pulang ke kampung halaman bersama ayah. Kebetulan ayah punya tugas luar di Putrajaya esok hari. Malamnya, kami akan pulang bersama. Suka! :) Mahu menjenguk kedai @ restoran aku nanti. Menurut perkhabaran yang diterima, cantik dan menarik. Akan ku jemput semua tika dibuka nanti. Datang ya!
Hati riang..
Semoga keriangan ini akan berkekalan walau ku tahu panas itu tidakkan berpanjangan, hujan pasti menjengah di pertengahannya. Namun, akanku hargai segalanya. Syukur pada-Mu..
p/s: Hati riang jangan dilupa yang di 'atas'.. :)
Sempena perlawanan antara Manchester United dan Stoke City pada malam ini, sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi, terimalah :

Glory glory Man United! Kekalkan kejuaraan pada musim lalu. :)