Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Salam Ramadhan...
| More

Alhamdulillah, syukur dapat bertemu semula dengan Ramadhan edisi 1431 H. Semakin lama melalui edisi-edisi Ramadhan, jauh di sudut hati terbit rasa bimbang kerna semakin dilalui semakin dirasakan mudah dan ianya petanda yang tidak baik. Bukan apa, cuma bimbang atas sebab rasa mudah itu, semuanya akan diambil mudah. Risau...

Sempena awal Ramadhan, encik Budak memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa baik sengaja mahupun tidak, cacat cela dalam tingkah dan perbuatan, terobek dan terkesan di hati. Ampun dan maaf dipinta. Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat, keampunan dan kejayaan dunia akhirat. Moga sebulan amalan di bulan mulia ini menjadi titik tolak kepada pembentukan jati diri yang selari dengan tuntutan agama. Insya Allah...

Selama tempoh lebih kurang 19 tahun berpuasa di bulan Ramadhan, sejak dari sekolah rendah dulu, pelbagai kenangan pahit manis dalam menjalani ibadah ni. Betapa seksa dirasakan pada hari pertama dahulu belajar berpuasa. Jam sudah menunjukkan hampir ke tujuh, encik Budak sudah tak bermaya terkulai di hadapan tv menanti waktu berbuka. Mama yang kasihan melihat encik Budak membuatkan air susu. Hee, kalau diikutkan memang nak minum tapi ayah tetap meminta bertahan. Tiap saat berlalu bagaikan bertahun dan akhirnya encik Budak berjaya. Hari pertama puasa penuh, air susu diteguk penuh nikmat usai mendengar laungan azan Maghrib. Masa berlalu, ada kisah lucu dan 'mengelat' sepanjang menjalani ibadah puasa. Hee..

Sewaktu bersekolah rendah, sekolah agama di waktu petang. Sesi solat Asar berjemaah, berbagai keletah sewaktu berwudhu'. Yang tak pernah kumur waktu berwudhu', semua berkumur sakan dengan harapan sedikit sebanyak ada air yang terlepas masuk ke kerongkong. Aduh, 'mengelat' memang macam-macam. Belum masuk cerita yang bawa makanan ringan makan di dalam tandas. Ish.. Macam-macam...
Punya nak makan kan...sanggup, tandas tu... Na'uzubillah...

Kini, ibadah puasa sudah bermula. Ayuh, tanam azam untuk menjadikannya yang terbaik dan lebih baik dari yang lepas. Rebutlah tiap peluang yang ada dan pelbagai fadhilat yang hadir bersama Ramadhan.

Salam Ramadhan 1431H.
Wassalam...

*gambar diambil dari anasfaris.com
Kemaskini : Ala-ala Buku Pelawat NDH
| More
Sahabat dari SEMESTI
  • Mohd Zairi
  • Afiq Izwaz
  • Mohd Hafiz Abdullah Zawawi a.k.a MC
  • Fadli Rohaizi
  • Rafnie Arif
  • Kamarul Ismail
  • Syafeerul
  • Khazirul
  • Mohd Nazlan
  • Norhaqimi
  • Nasrol Firdaus
  • Raden Abd Jalal (tapi time kedai tak buka, aci ke?)
Sahabat dari UKM
  • Siti Fatimah Shukor
  • Mohd Faiq
  • Siti Fatahiyah dan kembarnya
  • Mohd Shahidy
  • Fahd (KAB)
  • Awis dan isteri, Syahida


-------------------------------------------------------------
*Senarai berdasarkan sahabat-sahabat saya..
*Sebarang ketidakcukupan data sila maklumkan kepada saya..
Cemerlang~
| More
Alhamdulillah..

Saya tumpang gembira terhadap rakan-rakan di sekeliling. Yang selesai tugasannya, yang selesai peperiksaannya, yang cemerlang dengan kerjanya. Tahniah~! :)

Insya Allah, semoga kejayaan ini, di dunia dan akhirat akan berkekalan hingga ke akhirnya. Biar berjuta halangan melanda, di akhirnya pasti kemanisan kejayaan itu bakal menjengah.

Yup, perasaan ini sangat mengujakan bila mana mengetahui antara kalian yang menempuhi hari ini dengan kerjaya yang cemerlang dan penuh semangat. Selesai peperiksaan dengan melakukan yang terbaik. Sangat puas hati. Dan suka hati juga.

:)

Tahniah sekali lagi..


p/s:
*tiba-tiba mode update blog muncul*
Memandu tanpa lesen..
| More
Alkisah..

Kelam-kabut seketika bila tiba hari masa untuk selesaikan bil-bil yang perlu. Dibuat senarai maka bil-bilnya adalah seperti berikut;

  • bil elektrik dari TNB (kenapa mesti TNB ea?.. :p )
  • bil telefon dan Streamyx dari TM (sebab dah dapat panggilan :p)
  • bil Astro (semata-mata untuk perlawanan pasukan kegemaran.. :) )
  • bil air dari PBA ( hanya berkaitan untuk mereka yang berada di Pulau Mutiara..)

Selain dari bil, ternampak lesen syarikat dari SSM, alamak~! Sudah terlajak. Panggilan ke SSM, baiklah..anda akan dikompaun sebanyak RM20. Ruginya...

Selesai membuat pembayaran di SSM, teringat lesen yang lain. Ya, lesen memandu sudah tamat pada 7 April 2010 yang lalu. Baru takut nak memandu. Sebelum ni memandu macam pelesit, tiba-tiba mode insaf timbul. Sopan santun je memandu tadi. Aduhai, bila entah nak renew..

Meneruskan aktiviti ke TM Point, selesai dan pulang ke 'pejabat'. :)

Bil-bil lain akan diuruskan pada hari yang lain.

p/s:
- kita, bila tak ingat..berani je kan? sekali bila ingat, sangat berjaga-jaga..macam tu juga dengan perkara yang lain, perlu sering diingatkan. Maka, saling ingat dan mengingatkan ya?..
- terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering mengingatkan diri ini yang sering alpa.. :)
Sukar..
| More
Seawal pagi..terima teks mesej dari seorang sahabat..

"..Kenapa hidup ini kadangkala sukar?.."
Terkejut, tapi biasa lah..dalam hidup ini..kita takkan sepi dengan kesusahan..biar apa jua bentuknya..asal punya rasa kurang senang, maka, susah lah ia..

Hakikatnya..

Kesukaran dalam kehidupan ini adalah anugerah dari Dia..mengapa?..kerna dengan kesusahan itu, Dia mengajak kita untuk terus ingat dan berada di sampingNya..itu perkara yang sangat baik bukan?..

Juga kata seorang sahabat..
"..Dia takkan menguji kita diluar keupayaan kita.."
Benarkan?..
Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam..
Moga kita dijauhkan dari segala sukar dan susah namun, tetap teguh ingat dan taat padaNya..

Hidup indah sentiasa tiada serinya tanpa kehadiran sukar..
Lihatlah, betapa gembira dan seronok tika kita menghadapi sukar berakhir dengan kejayaan..kan?..

Maka, teruskan hidup..biar sukar dan perit yang kita lalui..yakin dan percayalah..suatu masa nanti, kita pasti dihadiahkan kejayaan kekal dan abadi..berdoalah~!
:)
Rentetan Entri : Boleh ke?
| More
Subhanallah..

Jam  10.05 PM 5 April 2010. Tiba di Restoran, online dan check blog.
Beberapa komen baru di entri yang lalu ; Boleh ke?..

Sangat tertarik dengan komen dari LP..
Maaf, daku lupa seketika pada-Nya..
Terima kasih atas ingatan LP..
Izinkan post semula di ruangan ini agar bisa kita berkongsi bersama..
Mudah-mudahan beroleh rahmat atas sumbangan untuk mengingati-Nya..

Berikut sedikit sebanyak komen dari LP..

Boleh tak kalau tiba-tiba rasa bosan dengan rutin harian?..

**boleh, tapi bukan dengan rutin dengan DIA

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu lari jauh-jauh membawa diri?..

**boleh, larilah jauh2 dengan DIA dan kalau berseorangan larilah laju2 kepada DIA

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu menangis sepenuh hati?..

**boleh, menangislah dengan DIA dan kalau berseorangan menangislah kepada DIA bahuNYA sentiasa ada

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu jerit sekuat hati?..

**boleh, jeritlah sekuat hati sederas petir dengan DIA dan kalau berseorangan jeritlah kepada DIA, kerana DIA sentiasa ada mendengar.

[di langit, di bumi, di awanan hatta di dasar paling dalam-DIA ada dekat dengan hambaNYA sekalipun saat hambanya 'hilang' warna hidup; seketika]

Terima kasih sekali lagi LP..
Terharu atas kunjungan dan komentar anda..
Walaupun ku tahu agak sering menjengah..
:)

Terima kasih jua kepada yang memberi komentar-komentar..terharu..

Juga daku beroleh kekuatan atas pengalaman tak ternilai pada petang Ahad yang lalu..
Akan daku kongsikan pada entri akan datang..
:)