Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Mak Su
| More
Salam..

K5B 301.

Semalam, pertemuan bersama keluarga diakhiri dengan satu berita sedih dari sanak saudara. Aduh, sungguh mudah dirasakan hidup ini. Suatu yang bernyawa pasti akan tiba masanya untuk kembali pada-Nya. Ayah sepatutnya menghabiskan sesi kerjanya di Sepang pada hari ni (Isnin), namun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka kepulangan adalah diperlukan.

Lebih kurang 16 jam yang lalu..

Kami adik beradik sedang menantikan pertembungan antara Manchester United dan Manchester City dari bilik hotel di Sepang. Afif dan Anap seronok menatap televisyen sambil Anap menduga Afif dengan nama-nama pemain Manchester United. Kagum kami mendengar dia menyebut satu demi satu nama pemain. Seusai solat Isya', aku mengambil bungkusan makanan untuk dijamah. Telefon bimbit mama berbunyi, menandakan masuk message dan mama terus membaca. Sejenak berubah wajah mama, aku semacam mengetahui ada sesuatu yang tak kena. Rupanya, Mak Su di Taiping telah meninggal dunia. Innalillah.. Terdiam seketika mama. Ayah dihubungi untuk diberitakan hal yang berlaku.

Hilang segenap perasaan suka di antara kami adik beradik. Lantas, semua bersiap-siap mengemas pakaian dan sebagainya menunggu kereta pejabat tiba. Ayah masih meneruskan kerjanya di bawah (Bilik Mesyuarat hotel). Selesai bersiap, kenderaan masih belum tiba, maka kami menjamah makanan dan menonton televisyen. Barclays Premier League seperti kurang tarikan pada ketika itu. Habis separuh masa pertama, kenderaan tiba dan kami turun ke lobi hotel. Anap dan Afif memuatkan pakaian ke dalam kereta dan aku berbincang dengan mama mengenai perjalanan. Aku sememangnya kurang upaya untuk memandu jauh dan masih sakit kepala kerana seharian keluar bersama mama dan adik-adik. Setelah berbincang, ayah dan mama setuju supaya aku sekadar pulang ke kampus dan mereka turut mewakilkan aku. Aku berdoa dari kejauhan. Ya Allah..Ampuni aku..

PROLOG

Arwah Mak Su merupakan seorang yang ceria, bisa buat sesiapa tersenyum dan gembira. Kami senang dengannya, dan banyak memori kami bersamanya. Saat aku dan Anap sama-sama jatuh di dalam parit di kampung Atok, masih menjadi usikannya tatkala bertemu. Mak su menghidap barah, setelah dibuang melalui pembedahan doktor mendapati ianya telah menjangkiti paru-paru. Raya Aidilfitri yang lepas, kami sempat berkunjung ke rumahnya. Sangat lemah lagaknya, namun masih berusaha 'tuk tersenyum. Masih berusaha menghiburkan kami anak beranak. Begitulah keadaannya tiap kali bersua.

Banyak perkara yang masih berkaitan dengannya, nombor telefon ayah, mama dan Anap (suatu masa dulu milikku) merupakan atas pertolongannya yang pernah bekerja di Celcom dulu. 019-5**5151, 019-5**5252 dan 019-5**5353.

Semoga RUHnya ditempatkan bersama-sama orang mukmin. Cucurilah rahmat dan keampunan ke atasnya ya Allah..

Al Fatihah..
Menanti
| More
Salam..

Hari terakhir bekerja dalam minggu terakhir di bulan kedua terakhir untuk tahun ni. Aku sedang menanti kehadiran ahli keluargaku dari Penang. Ayah, mama, Dik Nap ngn Afif dalam perjalanan dan akan menyinggah di Residence Hotel, Uniten. Tempat kegemaran ayah bila ada urusan di Putrajaya. Dik Tap a.k.a Acap tak dapat ikut sama kerna kereta penuh. Kesian dia, keseorangan di rumah. Huhu..

Seronok, nanti malam dapat jumpa bersama dan makan-makan. (..makan free la jawabnya malam ni.. :p) Dah lama tak jumpa Dik Nap yang kini di UNIMAP, nun jauh di hujung Semenanjung. Kali terakhir raya yang lepas. Mama dan Afif, baru sahaja berjumpa tiga hari yang lalu kini datang semula mengikut ayah atas urusan kerja. Ayah yang sangat selalu datang atas urusan kerja di Putrajaya. Bak kata orang, tua dalam kereta je nanti. Huhu. Kesian ayah. Nanti semua dah okay, ayah boleh berhenti kerja ya?..

Mama dan Afif mengambil peluang cuti sekolah yang ada untuk sama-sama menemani ayah. Mama guru di SMKA Al-Irshad Pokok Sena, Pulau Pinang. Afif pula adikku yang sangat bijak, akan melangkah ke darjah 4 pada tahun depan. (ayah mama janji mahu beli hadiah untuk dia sebab dapat nombor satu..huhuhu) Semoga kalian selamat sampai. Daku di sini menunggu dengan tenang walau cuaca di luar menggila. Kilat sabung-menyabung, guruh menggegarkan segenap ruang, hujan turun tanpa tanda akan berhenti. Aku keseorangan menanti.


Duduk dari kiri : Dik Nap, Ayah, Mama, Afif, En Kid dan Acap di depan. Lengkap familiku..

Seperti hari-hari yang lalu, batuk dan selsema masih belum menunjukkan wajah sayu untuk berlalu. Aku kian terseksa menahan batuk menyentak dada, cecair hidung yang kian bersarang dan menjadi kubu kuat virus-virus menentang serangan antibodi. Aduh, sabar Kid, sabar...

Hari minggu yang bakal menjelma masih belum dirancang dengan baik, sekadar mengetahui akan mengikuti familiku ke Sepang pada esok hari, kalau aku tiada halangan. Insya Allah..

Lapar pula perut di kala cuaca sejuk begini..perlukan sesuatu untuk membantu cairan asid di dalam perut supaya dinding perut tidak menjadi mangsanya. Huhu.. Ayuh..masak-masak! :)