Memaparkan catatan dengan label aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku. Papar semua catatan
Sesetengah dari kita, sekadar tak peduli...
| More
Mahu tak mahu, encik Budak sangat pasti ramai dalam kalangan kita melalui keadaan sebegini;

Panggilan tak berjawab, teks mesej tak bereaksi, senyap seribu bahasa
Ye lah, adakalanya memanglah tak penting cuma dari sudut moralnya seperti perlu untuk menjawab panggilan atau membuat panggilan semula atau membalas mesej atau memberikan reaksi yang wajar. Aduhai, sukar kah? Untuk sesetengahnya, sukar tapi...

Entri bukan bermaksud emosi semata-mata, cuma tergerak di hati mengenai hal ni. Secara asasnya, simple saja hal ni tapi memberi kesan dalam penghidupan seharian kita. Pernah terfikir apa rasanya jika diperlaku sedemikian?...

Ya, tidak dinafikan ada ketikanya tak berkesempatan melakukan semua di atas. Tapi takkan lah sepanjang masa pula kan? Pasti ada ruang dan peluang untuk melihat-lihat semula apa yang tertinggal tatkala sibuk tadi. Encik Budak cukup pasti. Jika tidak, buang jauh semua teknologi tu. Hee, gurau saja.

Apa pun, renung-renungkan perkara ini. Mungkin hari ni kita perlakukan pada orang lain, tapi takkan nak tunggu orang perlakukan pada kita baru kita nak sedar kan? Encik Budak di kesempatan ini juga ingin memohon ampun dan maaf andai pernah memperlakukan demikian pada sesiapa sahaja yang terlibat. Maaf ya!

Ayuh kita memupuk generasi PEDULI dan AMBIL KISAH. Jauhkan dari "ada aku kesah" dalam diri kita.
Insya Allah.
:)
Risau hatiku mati...
| More
Aduhai, semakin lama tak terusik ruang maya tak bermaya ni. Terlalu banyak untuk dikongsi tapi dari sudut lainnya aku seakan makin menjauh dari semua.

Apa pun, tekad hati mahu yang lebih baik untuk yang akan datang, tapi baikkah aku?..

Sudah di pengakhiran Syaaban untuk Ramadhan, sejauh mana persiapan kita? Sejauh mana penghayatan dalam menjengah Ramadhan yang mulia? Diri sendiri masih tak ke mana..risau, risau..

p/s:
* teringat penghujung minggu, dua minggu yang lalu, Sabtu dan Ahad yang hampir sama, melalui perjalanan yang hampir sama, persinggahan yang hampir sama, melihat yang hampir sama.. tak sangka ayah bertanya dan mencari hingga sejauh itu.. :)





* Gambar tiada kaitan dengan entri, cuma membayangkan jangka hayat mereka yang agak lama.. :) 
Terima kasih ayah~!
| More
:)

Salam bicara..

Tiba-tiba tiada idea untuk susunan bait bicara kali ni. Barangkali mengenangkan kata-kata ayah semalam. Hee~
Terima kasih ayah~!

Siapa sangka kan..

Selama ini, encik budak ini tempat bercerita itu ini, kisah hidup suka dan duka..buat melepas sesak di dada..sakit di hati..hari demi hari..makin pelbagai isunya..termasuk yang terkini..berkaitan restoranku..

Maka, bertitik tolak dari restoran tu, makin luas capaiannya..taip sahaja restoran nasi daging herba..pakcik Google pasti tak terlepas menyenaraikan encik budak.. :)

Sehubungan dengan itu, encik budak turut menerima capaian dari pelbagai lapisan masyarakat. Ooopss~!

Panggilan dari ayah..

"...hampir seharian hari ni, ayah baca blog anak ayah.."

Aku terkedu..hahaha..
:p

Terima kasih atas sokongan ayah..insya Allah, akan diteruskan usaha ini dan moga kejayaan ini diredhai-Nya..


ayah dan mama~ :)


p/s:
*maka, akan bertambah skop pembaca..hee~*
Gaya terkini..
| More

Rambut terkini..sebarang komentar?..
:)
Alkisah hampir satu minggu..
| More
Banyak kisah berlalu sepanjang minggu ni..

Daripada perancangan nak perbaharui cukai jalan sampai lah alkisah masuk court jumpa encik Majistret..

Pengalaman masuk court, memang di luar dugaan. Walaupun cuma atas kesalahan yang simple, tapi bila melihat suspek-suspek dan tahanan masuk ke court, kecut gak. Yelah, mana lah tau ada yang nak amuk tiba-tiba kan..siapa sangka..

Alhamdulillah, semua selesai..cuma yang tak selesai..

Masih tak renew lesen memandu..terlupa..
Cukai jalan yang baru akan ditampal esok..

Sepanjang tempoh baru dapat lesen sampai sekarang, rekod memandu tanpa lesen hampir sebulan..
:)
Memandu kenderaan tanpa cukai jalan sah selama hampir 1 minggu..
Ish2..apa nak jadi?..

Aku memang makin pelik kot..
Dunia..dunia..
Duniakah yang salah?..

Owh ya~
Untuk ayahanda tersayang..
Selamat maju jaya..ber'tournament' elok-elok..
Ayah ada perlawanan bowling esok..peringkat jabatan negeri Pulau Pinang..

Untuk mama tersayang..
Esok ada ala-ala kursus haji di sekolah..
Tak tau nak ke mana..silap-silap, diam je nanti di kedai seharian..
Hee~

Ok..
Selamat berhujung minggu semua..
Terima kasih atas sokongan kalian dalam perjalanan aku mendewasakan diri ni..

Sekian..
peliknya manusia pada...
| More
sesetengah perkara..
bila kita rasa pelik..
kita tahu memang perkara tu sangat pelik..

hakikatnya..

superbly pelik adalah manusia itu sendiri..
kamu tahu kenapa?..

aku tiada jawapan pasti..

cuma aku ada andaian..

andaian aku..
kerna manusia itu,
punya hati dan perasaan,
punya nafsu,
jua akal fikiran..

kerna punyai semua ini
stereotaip itu boleh hilang
prejudis boleh timbul
paling penting manusia sukar diterka

dan sangat selalu..
akhirnya aku penat..

apa andaian kamu?..
Mesej dan panggilan~
| More
4 Mei 2010
Lebih kurang 11.15 pm

Vibrate telefon bimbit.

Mesej diterima.

------------------------------
Hye:)
------------------------------

Nombor pengirim 017-3******
Aku musykil, kerana seingat aku..seorang saja yang mengirim mesej sedemikian.
Menerka sang pengirim, dia membalas semula..

------------------------------
Tak igt cik rambut ikat2?..
------------------------------

Tambah musykil..sejenak berusaha mengingat..
Owh, dia rupanya..
Hee..tersenyum sendirian..
Dikhabarkan dia di T*****g..
Dan sudah mahu tidur..
Mesej tamat..
Aku save nombor dengan nama Cik Rambut Ikat2..


5 Mei 2010
Lebih kurang 7 pm

Vibrate telefon bimbit.
Panggilan.

Cik Rambut Ikat2
+60173******

Aku menjawab panggilan..
Ditanya aku di mana, maka aku nyatakan keberadaan di hadapan komputer cashier..
Aku rasa pelik kerna cara bertanya menggambarkan pemanggil ada berhampiran, lantas mengajukan soalan bertanya di mana..
Owh, kedai hadapan sana..
:)
Intipati panggilan yang lain, tak perlu dikongsi..

Aku masih musykil..
Hmm..

Kenapa ya Cik Rambut Ikat2?..
Tak mengapalah..
Aku biarkan dahulu..

*siapa musykil angkat tangan~!
Teh Tarik~
| More
Salam..

Selamat hari Jumaat.
Sungguh indah perut di pagi hari diisi dengan sedikit makanan buat mengalas perut. Paling penting, Teh Tarik buatan sendiri. Pergghh~!


Teh tarik memang menjadi kegemaran ramai di Malaysia dan boleh dikatakan hampir di kebanyakan premis makanan ada menyediakan minuman ini (confirm tiada di McD, KFC, Pizza Hut dan lain-lain yang sama waktu dengannya). Apa yang menyebabkan teh tarik ini diminati?disukai?digilai?..Apa kelebihan yang ada pada teh tarik berbanding teh panas, teh ais atau air-air lain?..

Aku tertarik dengan isu teh tarik ini kerana ada antara kita yang mengukur kelazatan dan keistimewaan sesuatu premis makanan itu berdasarkan kelazatan teh tarik di premis itu. Percaya tak? Percayalah kerana buktinya ada. :)

Kelazatan teh tarik amat dipengaruhi oleh teh yang digunakan. Keduanya krimer atau susu yang digunakan. Ketiga, kemahiran si penarik teh ini. Maka, berdasarkan jenis teh, memang tak dinafikan terdapat pelbagai jenis teh di pasaran sekarang antara yang popular Lipton, Boh, Teh Sabah dan lain-lain. Tapi, apakah kepopularan teh ini menjamin kelazatan teh tarik yang dihasilkan? Belum tentu lagi kerana masih dipengaruhi oleh krimer dan juga kemahiran si penarik teh ini. Begitu juga dengan krimer, terdapat pelbagai jenis dan jenama. Faktor ketiga iaitu kemahiran penarik teh. Anda pernah terfikir berapa kali teh itu ditarik sebelum dihantar ke meja anda? Pernah anda mengira? Ada sesetengah tempat, sekali tarik, teh tarrrriiikkkk sssiiiiiaaaaappp~ Ada sesetengah tempat beberapa kali. Ada yang tarik berdasarkan kepadatan pelanggan, pelanggan sedikit, lamalah ditarik kalau ramai, alamat sekali je la. Silap-silap haribulan, setengah je jarak dia tarik. :p

Makanya, untuk mengetahui rahsia kelazatan teh tarik ini, sangat memerlukan kajian dan eksperimen. Ingat, tak semestinya berada di makmal kimia, makmal biologi atau makmal-makmal yang lain sahaja boleh bereksperimen. Di dapur atau di tempat bancuh air juga boleh~!

Kehidupan sebagai pengusaha premis makanan amat menuntut kesabaran dalam eksperimentasi ini. Menyediakan yang terbaik kepada pelanggan adalah jaminan terhadap keberkatan rezeki yang diperolehi. Kan?

Mahu tahu rahsia kelazatan teh tarik di Restoran Nasi Daging Herba, silalah ke mari. :)
*Dilarang merasuah encik pengusaha ya?*

Baiklah, mahu meneruskan eksperimen yang lain pula.
Ada sebarang cadangan eksperimentasi di dapur atau untuk membancuh air, sila sampaikan cadangan anda melalui komentar atau e-melkan kepada mr.khedhir@gmail.com

Sekian~
Cemerlang~
| More
Alhamdulillah..

Saya tumpang gembira terhadap rakan-rakan di sekeliling. Yang selesai tugasannya, yang selesai peperiksaannya, yang cemerlang dengan kerjanya. Tahniah~! :)

Insya Allah, semoga kejayaan ini, di dunia dan akhirat akan berkekalan hingga ke akhirnya. Biar berjuta halangan melanda, di akhirnya pasti kemanisan kejayaan itu bakal menjengah.

Yup, perasaan ini sangat mengujakan bila mana mengetahui antara kalian yang menempuhi hari ini dengan kerjaya yang cemerlang dan penuh semangat. Selesai peperiksaan dengan melakukan yang terbaik. Sangat puas hati. Dan suka hati juga.

:)

Tahniah sekali lagi..


p/s:
*tiba-tiba mode update blog muncul*
Ayah mama, maafkan daku~
| More
:)

Kebelakangan ini, terlalu sering aku rasakan. Ditambah dengan musim kehadiran kad jemputan kahwin yang berduyun-duyun ni, makin hangatlah keadaannya.

"Bib..ayah ni, susah ati sangat bila kawan-kawan asyik tanya bila nak ada menantu..cucu.."
Aduyai~

Serius, aku tak pandai bab menjawab soalan cepu gangsa ni. Maka, aku akan buat-buat tak dengar dan ala-ala blur saja. Bukan aku tak fikir soal ni..cuma, serasa diri ini, sangatlah tidak layak lagi untuk menanggung anak dara orang. Diri sendiri pun tak habis urus, ni kan nak tambah urus yang lagi seorang. Silap hari bulan, anak orang makin kurus jadinya. Hee~

Soal due date tu pun, aku dah tak ambil pusing. Siap sudah katakan mungkin bukan tahun ni pada ayah dan mama. Dan aku rasa aku sangat penting diri. Ayah, mama..maafkan anakanda mu ini. Cuma, anakanda mu ini sangat tidak bersedia.

Sejujurnya, bukan aku tak mahu fikir. Tapi keadaan seakan sama bila aku fikirkan soal ni. Tiada pengakhirannya. Oleh itu, aku lebih senang buang jauh fikir-fikir soal ini.

"Ala comel-comel..meh datang kat atuk meh.." * Bila ada pelanggan datang dengan bayi atau anak kecil mereka*

Haha~
*Aku pengsan terus*




*kalaulah aku bisa berjumpa kamu dibalik awanan itu, pasti akan ku tatap awanan itu saban waktu*
*gambar: koleksi MMS :) *
Aku bukan aku?
| More
Salam bicara..

Aku terasa aneh..pelik..kenapa ya?..

Dah, berhenti merasa seketika.

Aku tak mahu merasa buat seketika.
Kemas-kemas dan cuci-cuci~
| More
Salam ceria..

Hari ini, meneruskan program mengemas dan mencuci sawang-sawang di kedai. Bengkok leher terlalu asyik mendongak ke siling. Alhamdulillah, selesai..

Keluar cari bahan-bahan masak sebarang dua. Menanti kalau-kalau encik dan puan atau cik pemeriksa kebersihan kedai tiba hari ini. Tak hari ini, esok. Harap dapat kekalkan gred A yang diterima 3 bulan yang lalu.
Insya Allah.

Ayuh~
Kerja..kerja..

Wassalam..
Fikir fikir lagi...
| More
Semalam terfikir..

Nak buat candle light dinner sempena Earth Hour..
Harapnya menjadi lah..
hee~

Siapa mahu datang..dijemput ya..
:)

Hari ni terfikir..

Macam nak jadi kaunselor..nak jadi motivator..
Boleh tak?..
Saya layak tak?..
huhuhu~

Tapi..restoran nak letak mane kan?..
Hmm..

Sepanjang masa terfikir..

Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni..
Apa kesudahannya nanti..
Sampai ke tahap mana diri aku akan capai dalam hidup ni..

Ada masa terfikir..

Sudah sampai masa ke aku cari seseorang untuk hidup bersama..
Bahagia selamanya..
Hmm..

Apa pun..
Aku memang selalu fikir..banyak sangat..
sampai kadang-kadang..apa pun tak jadi..
Aduh~

Dah..dah..
Buat kerja pulak..
Jangan asek fikir je..
:)



fikir punya fikir sampai jadi batu~ :p
Penang-KLIA-Bangi-Selayang-Ipoh-Penang
| More
Merujuk kepada tajuk di atas.

Itulah lebih kurang susur galur perjalanan aku bermula awal pagi Sabtu, 13 Mac 2010 hingga awal pagi Isnin, 15 Mac 2010.

Sampai sekarang, badan still penat dan sakit-sakit. Tapi bukan tanda dah tua ya?..tu cuma tanda-tanda tak cukup rest. Seriusly, sangat penat. Tapi penat tu boleh dilupakan dengan perjalanan yang seronok dan penuh manfaat. :)

Alhamdulillah, hari ni masih berupaya untuk bekerja dan memasak. Cuma, mungkin akan berehat seketika nanti. :)

Perjalanan sepanjang minggu ada suka dan duka.
Apa pun, semuanya ada hikmahnya.

Hantar adik no.3 ke KLIA untuk ke Jakarta. Universitas Trisakti untuk program pertukaran pelajar selama 2 bulan setengah.

Berjumpa En. Mike @ Muhd. Fahmi *Alhamdulillah, sangat happy dan bersyukur. Diharap yang lain turut demikian ya, usah digembur suburkan rasa kecil hati tu*

Berjumpa teman-teman. Terima kasih ya! Membantu apa yang patut dan buat kamu-kamu tersenyum riang. :)

Perjalanan pulang, singgah di beberapa tempat..

Selayang, lebih spesifik Selayang Jaya. Ya, tempat aku dibesarkan hingga darjah 3. Teringat zaman kanan-kanak..naik basikal sampai masuk longkang..jatuh-jatuh basikal sampai luka-luka..
Almaklumlah..degil..nakal..
:p

Ayah menjenguk sahabat di Selayang. Kemudian terus ke Ipoh. Singgah ke rumah di Taman Rapat Bistari. Rumah untuk dijual. Sesiapa berminat atau tahu ada yang berminat untuk membeli rumah di kawasan Ipoh, boleh maklumkan kepada saya ya?.. Terima kasih..

Perjalanan dari Ipoh bermula jam 10 lebih dan tiba di Penang jam 12 tgh malam. Penat~!
Tapi happy..sebab kamu..sebab kamu happy juga.. :)

Yang pasti, aku hanya mahu kamu happy selalu ya?..

Wassalam..
Manusia terkadang letak otak di kepala...lutut~!
| More
Maaflah tajuk agak kritikal..
Tapi ni hakikat yang melanda manusia-manusia di muka bumi Allah ni..

Kenapa susah sangat nak faham kan?..
Kenapa susah sangat nak terima kenyataan kan?..
Kenapa susah sangat untuk tak kacau orang lain kan?..

DAMN~!

Tolonglah faham wahai manusia-manusia..

Elakkan letak otak di kepala...lutut!
Okai~!

Sila FAHAM..

Aku risau orang makin suka letak otak di kepala lutut~!
Na'uzubillah..

p/s:
aku hanya mahu kamu bahagia
cukup-cukuplah seksa dan sengsara
*aku suka kamu senyum-senyum sahaja, indah sangat*
S.U.S.A.H
| More
Susah mahu buat keputusan..
Itu memang aku sejak dari dulu lagi..
Kenapa?

Macam2 faktor..
Tapi paling penting..
Sebab mahu jaga hati..

Soal jaga hati ni..
Memang menjadi faktor utama kot..
Susah kalau nak jadi tak mahu jaga hati..

Soalnya..
Terkadang terlalu menjaga hati..
Merosak hati sendiri..
Kan?..

Tapi pernah kita peduli?..
Seandainya tercalar..terobek hati sendiri..
Pernah kita peduli?..
Tak..

Kita takkan peduli sekarang..
Sebab kita sayang..
Tapi, bila dah tak sayang?..

Bila dah tak sayang baru kita peduli kan?..
Baru kita ungkit itu ini kan?..
Baru kita tahu jaga hati sendiri..
Baru kita tahu tak mahu jaga hati orang lain..

Tapi..
Hal ini seakan tipikal..
Terlalu tipikal..
Berulang dan berulang..
Susahkan?..
Rehat?
| More
Emosi kita sangat dipengaruhi oleh keadaan fizikal kita..

Maka, emosi kini agak terganggu disebabkan faktor di atas..

Kerongkong bagai digigit oleh makhluk yang tak diketahui..

Hidung bagai dilanda bah..

Kepala bagai dipam dan dihimpit-himpit..

Suhu badan naik turun, naik turun..

Aduhai..


Alangkah indah nikmat tika semuanya baik-baik sahaja..
Tapi, pastinya tika begini baru ku tahu menghargainya..


Usah bicara panjang..
Daku tidak sihat...
Esok perlu kerja................
Hmmmmm....................

Rehat?
:)
Awal lagi kan?..
(Jam di sudut bawah skrin memaparkan jam 9.36 malam, tipu ..tiada perkataan malam :p)
Aku suka kamu..
| More
Sungguh aku katakan..
Aku suka kamu..
Sungguh dalam hati..
Aku suka kamu..

Selalu..

Kamu suka aku?..
Atau hanya aku suka kamu?..
Mahu aku bertanya..
Andai kamu suka aku..

Pasti sungguh aku katakan..
Berbunga-bunga jiwa dan ragaku..
Jika kamu suka aku..
Sebagaimana aku suka kamu..

Sungguh lagi..
Aku suka kamu..
Sesuka-sukanya hati aku..
Untuk terus suka kamu..



p/s:
*suka-suka
*tapi belum tentu tawa
*cuma suka-suka
;)
0
| More

ape tu?..
tiba-tiba macam 0..
entah lah~

p/s: nape ea?..
Adanya aku
| More
Oh, si dia..
Yang selalu bermanis mulut
Yang selalu bermain kata
Yang selalu bisa buat kita bahagia

Tidakkah kau tahu manis mulutmu membawa kalut
Tidakkah kau tahu bait-bait katamu membawa duka
Tidakkah kau tahu bahagia itu hanya sementara

Mudahnya, semuanya hanya binasa sahaja
Kau tidak tahu semua itu
Si manis mulut, si durjana bermain kata

Oh, kamu..
Yang seronok mendengar kataku
Yang gembira menerima pujianku
Yang suka tiap kali aku bersuara

Bukan niatku membuat kau seronok tapi muram durja di akhirnya
Bukan tujuanku membuat kau gembira tapi sedih di akhirnya
Bukan motifku membuat kau suka tapi duka di akhirnya

Ketahuilah niatku yang satu

Aku hanya mahu lihat riak wajahmu
Yang seronok, gembira dan suka
Agar bisa merubah takdir
muram, sedih dan duka di akhir itu..

Kerna pada hematku
sukamu sekarang bisa bertahan hingga ke akhirnya
Kerna serasa aku
gembiramu sekarang bisa menjadi penawar tika kau bersedih
Kerna pada aku
mewujud rasa bahagia padamu buat diriku lebih bermakna

Untuk terus ada...


::24 Oktober 2009, 1940::
::masih budak~::