Salam..
Selamat hari Jumaat.
Sungguh indah perut di pagi hari diisi dengan sedikit makanan buat mengalas perut. Paling penting, Teh Tarik buatan sendiri. Pergghh~!
Teh tarik memang menjadi kegemaran ramai di Malaysia dan boleh dikatakan hampir di kebanyakan premis makanan ada menyediakan minuman ini (
confirm tiada di McD, KFC, Pizza Hut dan lain-lain yang sama waktu dengannya). Apa yang menyebabkan teh tarik ini diminati?disukai?digilai?..Apa kelebihan yang ada pada teh tarik berbanding teh panas, teh ais atau air-air lain?..
Aku tertarik dengan isu teh tarik ini kerana ada antara kita yang mengukur kelazatan dan keistimewaan sesuatu premis makanan itu berdasarkan kelazatan teh tarik di premis itu. Percaya tak? Percayalah kerana buktinya ada. :)
Kelazatan teh tarik amat dipengaruhi oleh teh yang digunakan. Keduanya krimer atau susu yang digunakan. Ketiga, kemahiran si penarik teh ini. Maka, berdasarkan jenis teh, memang tak dinafikan terdapat pelbagai jenis teh di pasaran sekarang antara yang popular Lipton, Boh, Teh Sabah dan lain-lain. Tapi, apakah kepopularan teh ini menjamin kelazatan teh tarik yang dihasilkan? Belum tentu lagi kerana masih dipengaruhi oleh krimer dan juga kemahiran si penarik teh ini. Begitu juga dengan krimer, terdapat pelbagai jenis dan jenama. Faktor ketiga iaitu kemahiran penarik teh. Anda pernah terfikir berapa kali teh itu ditarik sebelum dihantar ke meja anda? Pernah anda mengira? Ada sesetengah tempat, sekali tarik, teh tarrrriiikkkk sssiiiiiaaaaappp~ Ada sesetengah tempat beberapa kali. Ada yang tarik berdasarkan kepadatan pelanggan, pelanggan sedikit, lamalah ditarik kalau ramai, alamat sekali je la. Silap-silap haribulan, setengah je jarak dia tarik. :p
Makanya, untuk mengetahui rahsia kelazatan teh tarik ini, sangat memerlukan kajian dan eksperimen. Ingat, tak semestinya berada di makmal kimia, makmal biologi atau makmal-makmal yang lain sahaja boleh bereksperimen. Di dapur atau di tempat bancuh air juga boleh~!
Kehidupan sebagai pengusaha premis makanan amat menuntut kesabaran dalam eksperimentasi ini. Menyediakan yang terbaik kepada pelanggan adalah jaminan terhadap keberkatan rezeki yang diperolehi. Kan?
Mahu tahu rahsia kelazatan teh tarik di Restoran Nasi Daging Herba, silalah ke mari. :)
*Dilarang merasuah encik pengusaha ya?*
Baiklah, mahu meneruskan eksperimen yang lain pula.
Ada sebarang cadangan eksperimentasi di dapur atau untuk membancuh air, sila sampaikan cadangan anda melalui komentar atau e-melkan kepada
mr.khedhir@gmail.com
Sekian~
wow...
ada teh tiga rasa tak??
hee~
tiga rasa?..nak rase ape ika?..cite sket..
rasa gula melaka dan teh...