Mahu tak mahu, encik Budak sangat pasti ramai dalam kalangan kita melalui keadaan sebegini;
Panggilan tak berjawab, teks mesej tak bereaksi, senyap seribu bahasa
Ye lah, adakalanya memanglah tak penting cuma dari sudut moralnya seperti perlu untuk menjawab panggilan atau membuat panggilan semula atau membalas mesej atau memberikan reaksi yang wajar. Aduhai, sukar kah? Untuk sesetengahnya, sukar tapi...
Entri bukan bermaksud emosi semata-mata, cuma tergerak di hati mengenai hal ni. Secara asasnya,
simple saja hal ni tapi memberi kesan dalam penghidupan seharian kita. Pernah terfikir apa rasanya jika diperlaku sedemikian?...
Ya, tidak dinafikan ada ketikanya tak berkesempatan melakukan semua di atas. Tapi takkan lah sepanjang masa pula kan? Pasti ada ruang dan peluang untuk melihat-lihat semula apa yang tertinggal tatkala sibuk tadi. Encik Budak cukup pasti. Jika tidak, buang jauh semua teknologi tu. Hee, gurau saja.
Apa pun, renung-renungkan perkara ini. Mungkin hari ni kita perlakukan pada orang lain, tapi takkan nak tunggu orang perlakukan pada kita baru kita nak sedar kan? Encik Budak di kesempatan ini juga ingin memohon ampun dan maaf andai pernah memperlakukan demikian pada sesiapa sahaja yang terlibat. Maaf ya!
Ayuh kita memupuk generasi PEDULI dan AMBIL KISAH. Jauhkan dari "ada aku
kesah" dalam diri kita.
Insya Allah.
:)