Aduhai, semakin lama tak terusik ruang maya tak bermaya ni. Terlalu banyak untuk dikongsi tapi dari sudut lainnya aku seakan makin menjauh dari semua.
Apa pun, tekad hati mahu yang lebih baik untuk yang akan datang, tapi baikkah aku?..
Sudah di pengakhiran Syaaban untuk Ramadhan, sejauh mana persiapan kita? Sejauh mana penghayatan dalam menjengah Ramadhan yang mulia? Diri sendiri masih tak ke mana..risau, risau..
p/s:
* teringat penghujung minggu, dua minggu yang lalu, Sabtu dan Ahad yang hampir sama, melalui perjalanan yang hampir sama, persinggahan yang hampir sama, melihat yang hampir sama.. tak sangka ayah bertanya dan mencari hingga sejauh itu.. :)
 |
| * Gambar tiada kaitan dengan entri, cuma membayangkan jangka hayat mereka yang agak lama.. :) | |
:)
Salam bicara..
Tiba-tiba tiada idea untuk susunan bait bicara kali ni. Barangkali mengenangkan kata-kata ayah semalam. Hee~
Terima kasih ayah~!
Siapa sangka kan..
Selama ini, encik budak ini tempat bercerita itu ini, kisah hidup suka dan duka..buat melepas sesak di dada..sakit di hati..hari demi hari..makin pelbagai isunya..termasuk yang terkini..berkaitan restoranku..
Maka, bertitik tolak dari restoran tu, makin luas capaiannya..taip sahaja restoran nasi daging herba..pakcik Google pasti tak terlepas menyenaraikan encik budak.. :)
Sehubungan dengan itu, encik budak turut menerima capaian dari pelbagai lapisan masyarakat. Ooopss~!
Panggilan dari ayah..
"...hampir seharian hari ni, ayah baca blog anak ayah.."
Aku terkedu..hahaha..
:p
Terima kasih atas sokongan ayah..insya Allah, akan diteruskan usaha ini dan moga kejayaan ini diredhai-Nya..
ayah dan mama~ :)
p/s:
*maka, akan bertambah skop pembaca..hee~*
:)
Kebelakangan ini, terlalu sering aku rasakan. Ditambah dengan musim kehadiran kad jemputan kahwin yang berduyun-duyun ni, makin hangatlah keadaannya.
"Bib..ayah ni, susah ati sangat bila kawan-kawan asyik tanya bila nak ada menantu..cucu.."
Aduyai~
Serius, aku tak pandai bab menjawab soalan cepu gangsa ni. Maka, aku akan buat-buat tak dengar dan ala-ala
blur saja. Bukan aku tak fikir soal ni..cuma, serasa diri ini, sangatlah tidak layak lagi untuk menanggung anak dara orang. Diri sendiri pun tak habis urus, ni kan nak tambah urus yang lagi seorang. Silap hari bulan, anak orang makin kurus jadinya. Hee~
Soal
due date tu pun, aku dah tak ambil pusing. Siap sudah katakan mungkin bukan tahun ni pada ayah dan mama. Dan aku rasa aku sangat penting diri. Ayah, mama..maafkan anakanda mu ini. Cuma, anakanda mu ini sangat tidak bersedia.
Sejujurnya, bukan aku tak mahu fikir. Tapi keadaan seakan sama bila aku fikirkan soal ni. Tiada pengakhirannya. Oleh itu, aku lebih senang buang jauh fikir-fikir soal ini.
"Ala comel-comel..meh datang kat atuk meh.." * Bila ada pelanggan datang dengan bayi atau anak kecil mereka*
Haha~
*Aku pengsan terus*
*kalaulah aku bisa berjumpa kamu dibalik awanan itu, pasti akan ku tatap awanan itu saban waktu*
*gambar: koleksi MMS :) *