Syukur, alhamdulillah. Walau dikekang dengan hambatan masa yang tak menentu dek tugas-tugas yang muncul mendadak, aku akan berusaha untuk mengkhabarkan keadaanku di sini. Semalam, hampir enam jam aku di restoran, menjalankan temuduga untuk mengambil bakal-bakal pekerja yang akan sama-sama menentukan jatuh bangun restoranku. Aku mengharapkan mereka berkongsi matlamat dan cita-cita yang sama dengan aku dan keluargaku. Insya Allah..
Pada sebelah petang, aku sekeluarga ke Kangar, Perlis. Lebih tepat lagi, Kolej Kediaman Pelajar Unimap di Bintong. Menghantar adikku, Ahnaf @ Anap ke sana. Perjalanan agak jauh dan memenatkan tambahan aku yang memandu. Aduh! Tapi tak mengapa, sudah menjadi tanggungjawab tika berada di rumah. Namun, perjalanan jauh ketika pulang aku serikan dengan adegan kejar-mengejar kereta lain. Bukan niat berlumba, cuma menghilangkan rasa bosan tatkala yang lainnya meninggalkan aku untuk mengejar indah alam mimpi itu. (kira berlumba juga kah?.. hehe)
Tiba di rumah, sudah hampir sebelas setengah malam. Mata agak pedih, tetapi ada sesuatu yang mampu menghilangkan semuanya. Ya, perlawanan bola sepak antara Manchester United menentang Chelsea. Ternyata tidak menghampakan apabila kemenangan selesa ke atas Chelsea diperoleh menerusi jaringan oleh Nemanja Vidic, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov. Seronok. Terubat kepenatan seketika. (peminat Chelsea, usah bersedih walau itu kekalahan terburuk yang pernah dialami setelah beberapa ketika ya!)
Semoga segalanya baik-baik belaka. :)
Di penghujung coretan ini, ingin aku bertanya (khusus kepada pengunjung wanita sahaja). Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan barangan tangan kedua, aku mahukan respon kalian. Ada yang berminat? Barangan yang mungkin ada seperti kasut (saiz mungkin 7 @ 7.5), seluar dan bag. Jika ada, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen atau terus sahaja menghantar ke kosong satu dua - empat sembilan satu lapan empat lapan lima. Terima kasih. :)
Sekian, wassalam.
p/s: usah ditanya dari mana asalnya barangan itu, cuma yang pasti ianya halal..tiada urusniaga cilok-cilok. Gambar akan ku beri sekiranya ada respon dari kalian (sekali lagi: golongan wanita).
wah da jadi agen jual lak nih..
berbakat tul lah!;)
owh!..biasa-biasa aja..
:)
owh barangan tangan kedua..
mcm berminat but pastikan kualiti juga baik...
ehm..kasut..mebi takle la..kaki saye saiz 5.5 atau 6 paling besar (sebenarnye saiz 5,hukhuk tak sesuai dgn ketinggian..)beg sangat suka...seluar size 26..
kepada ema..
:)
baik..nanti saya akan khabarkan ya!..
erm..nape wanita jer?kalu nak belikan utk psgn xboley jugak la ek sebab aku bukan wanita..hehe
oit!!ko bukak kedai makan?leh aku mkn free neh..haha..btw, MU is always the best to defeat Chelsea!!we're going for 5 trophy this season..go go RED DEVILS!!!=)
kepada jeri..
khusus kepada wanita kerna peluang respon agak tinggi berbanding lelaki mahu memberikan barangan tangan kedua kepada teman wanita..
:)
kepada zairi..
ya! glory2..jemput datang kedai aku..officially buka pada Februari nanti..di Penang lah ya..
:)
pompuan jerrrrr????? pengunjung lelaki terpingggiiiirrr..ekeekekeke
kepada en rudy..
jangan risau, tiada terpinggir..mahu offer tertentu?..hehehe..
Wass uppp bro!!
Barang aper nih?.. i nak handbeg berjenama jer ader?.. yang ori, tak ori tak mo. ok?.. sila textkan jawapan ker handphone saya. Anda tau bukan?.. heheheh. Beserta nama bakal suami saya k. Sudah lama tunggu tk dapat2 lagi nih. heheheh