Aduh...
Sementara menunggu ketibaan adikku, Anap, aku pun mula la berlayar dan terus berlayar di ruang maya. Mencari bukan, sekadar teringat sesuatu yang pernah aku tahu suatu ketika dahulu. Sesuatu yang cukup biasa denganku. Dan mungkin sesuatu yang aku sengaja cari dan aku terima rasanya.
Aku punya pelbagai kenangan dan aku pasti kalian juga demikian. Akibat gatal tangan, makanya aku terima jua 'kesan gatal sehingga sakit' sewaktu pelayaran yang sebentar itu. Lalu tergerak untuk berkongsi dengan kalian pengalaman barang secebis itu.
Sekitar tahun 2004 hingga 2005, aku kirakan kehidupan sangat menyeronokkan dan aku berada dalam suatu suasana yang baru yang tak pernah aku jangka. Aku tak menjangka untuk berada di tahap itu pada usia yang demikian dan aku tak menjangka hasil keputusan yang aku lakukan waktu itu. Yang pasti, pengalaman baru itu sedikit sebanyak membentuk peribadi aku kini. Mungkin banyak berbeza berbanding aku lima tahun sebelum tahun itu.
Antara hasil gatal tangan itu, aku mohon izin dari kamu kerna aku ambilnya dari kamu. Harap kamu faham. :)
Sewaktu program kebajikan di Masjid Negara, tapi lain jadinya..rindu kalian semua. Tak sangka kak Has ada dalam gambar ni..kalau tak silap sedikit tangan itu milik en Hafidzan kot.
Di dalam gambar, dari kiri: Cik Dalila, kawan Cik Azlyana, Cik Azlyana, En Zulfadhli, duduk: Kak Has, Cik Azzah, Kak Lia, Kak Tie dan Nasrol. Apa cerita kalian ya?...Sewaktu kursus pemantapan aktiviti melibatkan PMUKM, Felo dan JAKSA di Tiara Beach Resort. Seronok! Di dalam gambar: Kak Yat, Cik Kiah (oopss!), Marya, Farahida (anak buahku), En Afihan (Bos), alahai lupa Chinese berdua tu...Selesai majlis kursus pemantapan tu..turut serta dalam gambar En Anep (bekas ketua felo tu)..
Demikianlah hasil gatal tangan aku semasa berada di restoran pada hari Sabtu yang agak bosan walau ku tahu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Isi borang itu dan ini. Aduh..
Mahu kembali kepada borang-borang itu..
:)
Daa~!!
biar gatal tangan jangan gatal lain dah r..hehehe
hehehe..
ye, betul tu..jangan gatal lain ye..
:)
hehe..