Alhamdulillah. Masih diberi peluang olehNya. Untuk kebanyakan masa pada hari ini, aku sekadar berada di ruang lingkup keselesaan aku. Keluar sebentar memenuhi tanggungjawab mengimarah sahabat seperjuangan suatu masa dahulu, En Hafidzan yang hadir ke kampus tanpa diduga. Kebetulan juga hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk sesi ini. Seketika perbukitan ilmu ini gamat dengan sorak dan jerit dari pihak-pihak terlibat melaungkan pelbagai slogan dan menyatakan hasrat.
Aku liat-liat menyiapkan diri untuk berjumpanya. (maklumlah, semalaman berjaga mahu menonton rancangan bola sepak) Kami memeriahkan suasana di Pusanika (Pusar kegiatan pelajar), pergi makan sebentar bersama En. Mike juga. Seusai makan, kami melihat-lihat gelagat pelajar dan calon-calon yang terlibat. Jauh berbeza dengan situasi dahulu. Teringat kenangan di masa lalu. Meriah walaupun hati kecut sekali-sekala.
Kami pulang semula ke kolej kediaman tengaharinya. Aku masih berkira-kira untuk berkemas walau dihambat masa untuk pulang ke kampung halaman. Walau apa jua keadaannya, aku tetap akan pulang. Keputusan telah dibuat. Maafkan daku adik-adik Jakse dan Jaksi ya! Moga segala perancangan kalian diberkati dan dipermudahkan olehNya. Terus berbakti untuk rakan-rakan kalian ya!
Terima kasih semua atas bantuan dan perkongsian yang sementara itu. Aku akan pulang semula...
punyalah lama tak amek perkembangan atau pengucupan aktiviti kat ukm...baru tahu tadi ada penamaan calon...hehehe..
hehe
time en. Kid jd MPP dulu..
rambutnye skema x ingat..=p
kenapa bunyinye mcm tak nak balik sini je...
huhu
selamat berangkat pulang..
en.ygpunyarestoranayamherba, nanti kalo saya ke sana buley la merasa2(baca:diskaun) haha...gudluck 4 ur future undertaking! =P
adalah kau calon MPP...?
heheheh~
Salam..
kepada Maya..
Wah..begitu khusyuk di semester yang baru?..hehehe..
kepada salz..
Huhuhu..rambut skema ye?..tu mungkin rahsia kejayaan masa dulu kot.. :p
kepada Little Lover..
jangan risau..akan pulang jua..
kepada asha..
itu sudah pasti (baca:diskaun)..buat sekalian yang mengenali..itu adalah penghargaanku buat kalian..
kepada BudAk hijAu..
calon?..suatu masa yang lalu..kini tidak lagi..terima kasih menjenguk..jemput selalu ke mari..
:)
hahaha.. aku pun macam masih teringat kenangan2 lama waktu tuh jugak...
cukup la kot... sebagai memori... nama nak lalui lagi, tak larat dah aku... hehe
samat menjadi manager di restoren baru!
anda perlu tegas en.manager!
hahaha ;P
kepada eksp..
ya..semuanya tinggal kenangan..
:p
semoga bawa sesuatu yang berguna buat kita semua..
kepada aveler..
hehe..
tQ!
insya Allah..pasti keadaan akan membantu untuk jadi lebih tegas..
hehe..