Aku pulang..
| More
Alhamdulillah. Penat, keringat membasahi tubuh walau dingin malam cuba menerpa tiap bahagian kulitku memungkinkan aku membatalkan hasrat. Namun, aku perlu akur dengan ketentuan itu. Aku akan terus kekal, utuh bersama keputusan itu.

Selesai aku berkemas, bersiap untuk pulang ke kampung halaman mengharap ada senyuman tika aku tiba nanti. Ayah, mama..aku pulang!

Terima kasih buat semua di kampus perbukitan Bangi ini khusus buat semua di kolej kediamanku. Aku pasti akan pulang semula. Ku harap kalian teruskan apa yang dirancangkan dan berbincanglah jika buntu di pertengahannya. Mahu berbicara, insya Allah aku lapang walau jauh dari kalian.

Aku meneruskan perjalananku menggapai impianku...
Penanda: , edit post
6 Responses

  1. ika jamil Says:

    ayat sedihnye..
    huhu...
    all da best tuk en pengurus...


  2. Tanpa Nama Says:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

  3. Irfan Jani Says:

    Tabahkan hatimu kawan. Apa sudah jadi sebenarnya? Kau pulang dengan pintu depan, atau belakang?


  4. pulang baik-baik. saya doakan yang amat terbaik daripada Tuhan. Kerana rencana DIA maha hikmah.


  5. En Kid Says:

    Salam semua..

    Aku kini di kampung halaman..

    kepada sis anuey..
    mahu ikut?..apa kata sis datang ke penang untuk promosi restoran saya?..
    :)

    kepada lil' lover..
    terima kasih..ayat sedih?..jangan risau..akan ke sana juga nanti..
    :)

    buat irfan @ SP..
    terima kasih..yang lanjut akan aku khabarkan melalui perutusan yang lain ya?..

    buat en rudy..
    terima kasih atas titipan doamu..alhamdulillah, selamat tiba..akan cuba ku hadam setiap perencanaanNya..