Dua Ribu Sembilan
| More
Sepantas mungkin masa berlalu meninggalkan kenangan di angin lalu. Aku kini sudah di tahun baru. Pastinya azam aku di tahun lepas seperti belum tertunai kerna aku rasakan sudah kurang kewajaran untuk mengejar azam itu. Maka, di tahun ini aku berhasrat untuk mewujudkan sesuatu yang lebih realistik dan lebih tercapai dek kudrat yang ada.
:)

Dua ribu lapan yang berlalu seolah-olah bagai satu kelipan mata bila ditutup aku hilang darinya dan bila dibuka ianya sudah tiada. Terlalu banyak yang berlalu di kala aku menutup mata itu. Aku hilang hampir segalanya namun, aku masih punya iman di dada dan sayang mereka padaku. Alhamdulillah, sembah syukurku pada-Mu. Aku yang sentiasa meninggalkan-Mu walau tiada sedetik Kau meninggalkanku.

Kini, aku mengorak langkah, mengurangkan ruang berfikir dan mewujudkan tekad yang satu untuk meneruskan fungsi hidupku. Membuat keputusan yang aku rasakan sukar namun harus ditempuh walau sesakit mana pun ianya bakal menyusul. Itulah keputusan aku. Aku dan mereka harus terima. Terima seadanya dan sedayanya.

Dua ribu sembilan bakal menerbitkan nada dan irama kehidupanku dalam bentuk yang lain dan aku pasti ianya bakal bercampur harmonis dan kacau. Semoga segalanya baik-baik sahaja. Insya Allah...
Penanda: , edit post
6 Responses
  1. eksp Says:

    haha..

    selamat tahun baru hijrah dan masihi

    meh kita berusaha ke arah lebih baik...

    azam aku nak kumpul duit untuk kawen

    :D


  2. En Kid Says:

    ehehehe..
    nak kawen dah eh..menarik2..
    azam aku..nak jadik manager restoran yang berjaya!
    :)


  3. azam aku xsame dengan azam ahmad..sebab azam ahmad adalah azam ahmad la..ape aku merepek nih??


  4. En Kid Says:

    hahaha..
    kau nih..tak merepek tak sah...
    :p


  5. Irfan Jani Says:

    Selamat tahun baru sahabatku.

    p/s: Ah, mual juga mengucapkan selamat plastik sebegitu. Biar aku ucapkan yang lain. Selamat menghadapi fitnah dunia dan azab akhirat, Amin.


  6. En Kid Says:

    Terima kasih sahabatku..
    :)

    pastinya fitnah dunia kian mencabar iman dan menduga kesabaran..