Aku kini..
| More
Salam pemula bicara..

Semoga segalanya baik dan indah-indah saja. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna dengan izin dan limpah kurnianya dapat lagi aku menuturkan barang sepatah dua untuk tatapan dan perkongsian bersama. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur daku rafa'kan kepada-Nya atas pelbagai nikmat yang hadir mencurah-curah, atas setiap dorongan dan panduan yang bisa memudahkan aku dalam penghidupanku kini.

Sebagaimana sebelum ini, aku menjanjikan untuk memuat naik gambar-gambar restoranku yang terkini, aku akan berusaha pada entri ini jika talian jalur lebar ini membenarkan. (ingat, nama je jalur lebar, tapi...) Sepanjang lebih kurang tiga minggu kepulangan aku ke kampung halaman, aku dapat rasakan banyak perbezaan dengan keadaan aku kini yang lebih terfokus dan aku perlu memikul tiap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Dalam aspek pengurusan, ianya bukan sesuatu yang mudah andai kita tahu tafsirannya. Penat lelah mengusahakan penubuhan restoran ini, akan aku pastikan berbaloi. Semoga setiap darinya mendapat keredhaan-Nya. Insya Allah.

Kaunter hidangan (yang terkini?..datang tengok ye)

Ruang penyediaan minuman (juga seperti di atas, kini jauh berbeza..)

Ruang makan-makan :)

Mahu yang lain? Dijemput ke restoran ini. Insya Allah mula dibuka dua puluh enam Januari dua ribu sembilan. Alamatnya:

Restoran Nasi Daging Herba (NDH)
N0. 6, Persiaran Seksyen 4/8
Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang

Jemput semua hadir ya. Insya Allah, perasmian akan diadakan pada masa yang akan ditentukan kemudian. :)

Sekian..
Wassalam..
Penanda: , edit post
11 Responses
  1. aVeler Says:

    wah!
    semoga segalanya lancar~
    ;)


  2. En Kid Says:

    terima kasih cik bakin..
    lalalalla..
    ;)


  3. machotomato Says:

    assalamualaikum...en kid...hamba lewat mengucapkan tahniah kepada tuan hamba diatas usaha anda mnjadi sorg usahawan..lewat mengetahui sbnrny...u r gonna be rich man!!! trust me...this is your first step...it's now or never..rite??...apa2 pun tahniah k..i m soo proud of u=)teringin nk try nasik tuh sbnrnya...hehehe..nama pun dh menarik tuh...lapo nih=)


  4. En Kid Says:

    waalaikumussalam...
    alhamdulillah..terima kasih banyak2 atas sokongan anda ya..maaf, memang agak tidak memberitahu rakan-rakan..uruskan ni pun agak ala-ala bidan terjun..tapi semuanya ok..
    syukur..

    jemput datang ke restoran ya..sangat-sangat dialu-alukan...
    :)



  5. Erika Anuey Says:

    Nak jugak datangggggg!!!!!

    Meh skit post address


  6. ema Says:

    KiDdo...
    Saya pasti akan datang.
    Saya akan pastikan!
    Saya akan!


  7. En Kid Says:

    cik salsabil..
    wow?...napekah?..

    sis anuey!!!
    long time no hear..so sorry..been bz a lot...huhuhu..

    cik ema...
    haiii....
    yup..pastikan kamu datang ye..sangat dialu-alukan...
    :)


  8. CiK sAppHiRe Says:

    waahhh.
    cantek ID nye.
    nmpk exclusif.i like.. :P

    hope satu hr leh gi mkn kt sana..


  9. insyaAllah kalau ke kepala batas saya akan singgah dan buat liputan...tp kalu sy yg xmakan daging ni ada menu lain ke?


  10. En Kid Says:

    kepada cik sapphire..
    cantik eh?..jemput melihat sendiri ya..
    :)

    kepada bro rudy..
    buat pengetahuan anda..menu lain ada..nasi karot bersama lauk ros..ada ayam ros, burung ros dan kambing ros..cuma burung dan kambing ada pada hari yang tertentu..
    :)