Salam Ramadhan...
| More

Alhamdulillah, syukur dapat bertemu semula dengan Ramadhan edisi 1431 H. Semakin lama melalui edisi-edisi Ramadhan, jauh di sudut hati terbit rasa bimbang kerna semakin dilalui semakin dirasakan mudah dan ianya petanda yang tidak baik. Bukan apa, cuma bimbang atas sebab rasa mudah itu, semuanya akan diambil mudah. Risau...

Sempena awal Ramadhan, encik Budak memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa baik sengaja mahupun tidak, cacat cela dalam tingkah dan perbuatan, terobek dan terkesan di hati. Ampun dan maaf dipinta. Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat, keampunan dan kejayaan dunia akhirat. Moga sebulan amalan di bulan mulia ini menjadi titik tolak kepada pembentukan jati diri yang selari dengan tuntutan agama. Insya Allah...

Selama tempoh lebih kurang 19 tahun berpuasa di bulan Ramadhan, sejak dari sekolah rendah dulu, pelbagai kenangan pahit manis dalam menjalani ibadah ni. Betapa seksa dirasakan pada hari pertama dahulu belajar berpuasa. Jam sudah menunjukkan hampir ke tujuh, encik Budak sudah tak bermaya terkulai di hadapan tv menanti waktu berbuka. Mama yang kasihan melihat encik Budak membuatkan air susu. Hee, kalau diikutkan memang nak minum tapi ayah tetap meminta bertahan. Tiap saat berlalu bagaikan bertahun dan akhirnya encik Budak berjaya. Hari pertama puasa penuh, air susu diteguk penuh nikmat usai mendengar laungan azan Maghrib. Masa berlalu, ada kisah lucu dan 'mengelat' sepanjang menjalani ibadah puasa. Hee..

Sewaktu bersekolah rendah, sekolah agama di waktu petang. Sesi solat Asar berjemaah, berbagai keletah sewaktu berwudhu'. Yang tak pernah kumur waktu berwudhu', semua berkumur sakan dengan harapan sedikit sebanyak ada air yang terlepas masuk ke kerongkong. Aduh, 'mengelat' memang macam-macam. Belum masuk cerita yang bawa makanan ringan makan di dalam tandas. Ish.. Macam-macam...
Punya nak makan kan...sanggup, tandas tu... Na'uzubillah...

Kini, ibadah puasa sudah bermula. Ayuh, tanam azam untuk menjadikannya yang terbaik dan lebih baik dari yang lepas. Rebutlah tiap peluang yang ada dan pelbagai fadhilat yang hadir bersama Ramadhan.

Salam Ramadhan 1431H.
Wassalam...

*gambar diambil dari anasfaris.com
Sesetengah dari kita, sekadar tak peduli...
| More
Mahu tak mahu, encik Budak sangat pasti ramai dalam kalangan kita melalui keadaan sebegini;

Panggilan tak berjawab, teks mesej tak bereaksi, senyap seribu bahasa
Ye lah, adakalanya memanglah tak penting cuma dari sudut moralnya seperti perlu untuk menjawab panggilan atau membuat panggilan semula atau membalas mesej atau memberikan reaksi yang wajar. Aduhai, sukar kah? Untuk sesetengahnya, sukar tapi...

Entri bukan bermaksud emosi semata-mata, cuma tergerak di hati mengenai hal ni. Secara asasnya, simple saja hal ni tapi memberi kesan dalam penghidupan seharian kita. Pernah terfikir apa rasanya jika diperlaku sedemikian?...

Ya, tidak dinafikan ada ketikanya tak berkesempatan melakukan semua di atas. Tapi takkan lah sepanjang masa pula kan? Pasti ada ruang dan peluang untuk melihat-lihat semula apa yang tertinggal tatkala sibuk tadi. Encik Budak cukup pasti. Jika tidak, buang jauh semua teknologi tu. Hee, gurau saja.

Apa pun, renung-renungkan perkara ini. Mungkin hari ni kita perlakukan pada orang lain, tapi takkan nak tunggu orang perlakukan pada kita baru kita nak sedar kan? Encik Budak di kesempatan ini juga ingin memohon ampun dan maaf andai pernah memperlakukan demikian pada sesiapa sahaja yang terlibat. Maaf ya!

Ayuh kita memupuk generasi PEDULI dan AMBIL KISAH. Jauhkan dari "ada aku kesah" dalam diri kita.
Insya Allah.
:)
Restoran Nasi Daging Herba, Netmyne, PHP Scripting, Wordpress, HTML...
| More
Salam~

Ya, hari ni aku bekerja. Sama seperti hari-hari Sabtu yang lalu. Ooppss~ ada juga Sabtu yang cuti cuma biasanya kerja.

Sengal-sengal tulang belakang masih belum pulih kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ingatkan senang encik Wordpress itu, rupa-rupanya komplikated habis. Puan PHP juga turut menambah beban kepala dan otak yang sedia berbeban. Aduh!

Hari ini, masih seperti semalam cuma tak sebeban semalam. Kebebalan  terhadap puan PHP menebal semalam kian menyurut pada hari ini. Akhirnya, sedikit sebanyak hasil semalam dan hari ini...

http://restoranndh.com/blog/
Menggunakan khidmat Office in a Box, maka terhasillah encik laman sesawang restoran NDH. Terima kasih encik, puan dan cik TM. :)

Pakej Office in a Box

Menggunakan pakej ini, laman sesawang dihoskan oleh NetMyne salah sebuah anak syarikat TM. Terima kasih juga kepada Encik NetMyne. :)


Dan akhir sekali, tak dapat dilupakan jasa Puan PHP dan encik Wordpress kerana berjaya menambah kesengalan tulang belakang dan kebebalan di kepala dan otak atau kata singkatnya kepala otak encik Budak.


Maka, encik Budak mahu meneruskan episod sengal dan bebal *tapi bebal dah menyusut...

Sekian, terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga ke akhirnya.

Wassalam...
Ya Allah, kuatkan aku..
| More
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Namun, sejauh mana telah kita pergi

Si dia yang makin menghampir
Buat aku makin risau
Aku risau dengan diri sendiri
Aku risau dengan kehidupanku bersamanya nanti

Walau hanya seketika kau hadir
Sedaya aku untuk menghargaimu
Akan ku penuhi hari-harimu dengan keindahan
Akan ku lalui dengan penuh pengharapan

Moga hadirmu kali ini
Memberi 1001 rahmat dan keampunan
Memberi aku kekuatan untuk menggapai redha-Mu
Menjadikan aku lebih baik dari yang dahulu

Ramadhan..
Risau hatiku mati...
| More
Aduhai, semakin lama tak terusik ruang maya tak bermaya ni. Terlalu banyak untuk dikongsi tapi dari sudut lainnya aku seakan makin menjauh dari semua.

Apa pun, tekad hati mahu yang lebih baik untuk yang akan datang, tapi baikkah aku?..

Sudah di pengakhiran Syaaban untuk Ramadhan, sejauh mana persiapan kita? Sejauh mana penghayatan dalam menjengah Ramadhan yang mulia? Diri sendiri masih tak ke mana..risau, risau..

p/s:
* teringat penghujung minggu, dua minggu yang lalu, Sabtu dan Ahad yang hampir sama, melalui perjalanan yang hampir sama, persinggahan yang hampir sama, melihat yang hampir sama.. tak sangka ayah bertanya dan mencari hingga sejauh itu.. :)





* Gambar tiada kaitan dengan entri, cuma membayangkan jangka hayat mereka yang agak lama.. :) 
Terima kasih ayah~!
| More
:)

Salam bicara..

Tiba-tiba tiada idea untuk susunan bait bicara kali ni. Barangkali mengenangkan kata-kata ayah semalam. Hee~
Terima kasih ayah~!

Siapa sangka kan..

Selama ini, encik budak ini tempat bercerita itu ini, kisah hidup suka dan duka..buat melepas sesak di dada..sakit di hati..hari demi hari..makin pelbagai isunya..termasuk yang terkini..berkaitan restoranku..

Maka, bertitik tolak dari restoran tu, makin luas capaiannya..taip sahaja restoran nasi daging herba..pakcik Google pasti tak terlepas menyenaraikan encik budak.. :)

Sehubungan dengan itu, encik budak turut menerima capaian dari pelbagai lapisan masyarakat. Ooopss~!

Panggilan dari ayah..

"...hampir seharian hari ni, ayah baca blog anak ayah.."

Aku terkedu..hahaha..
:p

Terima kasih atas sokongan ayah..insya Allah, akan diteruskan usaha ini dan moga kejayaan ini diredhai-Nya..


ayah dan mama~ :)


p/s:
*maka, akan bertambah skop pembaca..hee~*
Gaya terkini..
| More

Rambut terkini..sebarang komentar?..
:)
Alkisah hampir satu minggu..
| More
Banyak kisah berlalu sepanjang minggu ni..

Daripada perancangan nak perbaharui cukai jalan sampai lah alkisah masuk court jumpa encik Majistret..

Pengalaman masuk court, memang di luar dugaan. Walaupun cuma atas kesalahan yang simple, tapi bila melihat suspek-suspek dan tahanan masuk ke court, kecut gak. Yelah, mana lah tau ada yang nak amuk tiba-tiba kan..siapa sangka..

Alhamdulillah, semua selesai..cuma yang tak selesai..

Masih tak renew lesen memandu..terlupa..
Cukai jalan yang baru akan ditampal esok..

Sepanjang tempoh baru dapat lesen sampai sekarang, rekod memandu tanpa lesen hampir sebulan..
:)
Memandu kenderaan tanpa cukai jalan sah selama hampir 1 minggu..
Ish2..apa nak jadi?..

Aku memang makin pelik kot..
Dunia..dunia..
Duniakah yang salah?..

Owh ya~
Untuk ayahanda tersayang..
Selamat maju jaya..ber'tournament' elok-elok..
Ayah ada perlawanan bowling esok..peringkat jabatan negeri Pulau Pinang..

Untuk mama tersayang..
Esok ada ala-ala kursus haji di sekolah..
Tak tau nak ke mana..silap-silap, diam je nanti di kedai seharian..
Hee~

Ok..
Selamat berhujung minggu semua..
Terima kasih atas sokongan kalian dalam perjalanan aku mendewasakan diri ni..

Sekian..
peliknya manusia pada...
| More
sesetengah perkara..
bila kita rasa pelik..
kita tahu memang perkara tu sangat pelik..

hakikatnya..

superbly pelik adalah manusia itu sendiri..
kamu tahu kenapa?..

aku tiada jawapan pasti..

cuma aku ada andaian..

andaian aku..
kerna manusia itu,
punya hati dan perasaan,
punya nafsu,
jua akal fikiran..

kerna punyai semua ini
stereotaip itu boleh hilang
prejudis boleh timbul
paling penting manusia sukar diterka

dan sangat selalu..
akhirnya aku penat..

apa andaian kamu?..
TAGGED @ Sangkut?
| More
Layar dan melayar..maka akibatnya~

tagged by Cik Azzah @ ajjah juga dari Angah @ Dell

hampeh membudak kecilkan saya

#1 to select the 8th photo on facebook profile
#2 to post it along with the story about the photo

makanya, ini gambar ke-delapan dalam profil MukaBuku saya..


Hmm..gambar ni pun dah menggambarkan hampir keseluruhan cerita..kalau tak silap, gambar diambil pada hari pertama menggayakan uniform tukang masak..yup~! saya memasak, sudah boleh memasak nasi daging herba, nasi karot herba dan untuk keadaan terdesak, lauk-pauk juga..
:)
latarbelakang di kedai, Restoran Nasi Daging Herba..di kawasan cashier..masih kekal kurus walaupun sudah boleh memasak..hee~

untuk meneruskan acara..
perlu tag orang² lain..tapi rata-rata macam sudah ramai yang ditagged..
siapa² yang baca pun boleh buat..
:)
Kemaskini : Ala-ala Buku Pelawat NDH
| More
Sahabat dari SEMESTI
  • Mohd Zairi
  • Afiq Izwaz
  • Mohd Hafiz Abdullah Zawawi a.k.a MC
  • Fadli Rohaizi
  • Rafnie Arif
  • Kamarul Ismail
  • Syafeerul
  • Khazirul
  • Mohd Nazlan
  • Norhaqimi
  • Nasrol Firdaus
  • Raden Abd Jalal (tapi time kedai tak buka, aci ke?)
Sahabat dari UKM
  • Siti Fatimah Shukor
  • Mohd Faiq
  • Siti Fatahiyah dan kembarnya
  • Mohd Shahidy
  • Fahd (KAB)
  • Awis dan isteri, Syahida


-------------------------------------------------------------
*Senarai berdasarkan sahabat-sahabat saya..
*Sebarang ketidakcukupan data sila maklumkan kepada saya..
Mesej dan panggilan~
| More
4 Mei 2010
Lebih kurang 11.15 pm

Vibrate telefon bimbit.

Mesej diterima.

------------------------------
Hye:)
------------------------------

Nombor pengirim 017-3******
Aku musykil, kerana seingat aku..seorang saja yang mengirim mesej sedemikian.
Menerka sang pengirim, dia membalas semula..

------------------------------
Tak igt cik rambut ikat2?..
------------------------------

Tambah musykil..sejenak berusaha mengingat..
Owh, dia rupanya..
Hee..tersenyum sendirian..
Dikhabarkan dia di T*****g..
Dan sudah mahu tidur..
Mesej tamat..
Aku save nombor dengan nama Cik Rambut Ikat2..


5 Mei 2010
Lebih kurang 7 pm

Vibrate telefon bimbit.
Panggilan.

Cik Rambut Ikat2
+60173******

Aku menjawab panggilan..
Ditanya aku di mana, maka aku nyatakan keberadaan di hadapan komputer cashier..
Aku rasa pelik kerna cara bertanya menggambarkan pemanggil ada berhampiran, lantas mengajukan soalan bertanya di mana..
Owh, kedai hadapan sana..
:)
Intipati panggilan yang lain, tak perlu dikongsi..

Aku masih musykil..
Hmm..

Kenapa ya Cik Rambut Ikat2?..
Tak mengapalah..
Aku biarkan dahulu..

*siapa musykil angkat tangan~!
Teh Tarik~
| More
Salam..

Selamat hari Jumaat.
Sungguh indah perut di pagi hari diisi dengan sedikit makanan buat mengalas perut. Paling penting, Teh Tarik buatan sendiri. Pergghh~!


Teh tarik memang menjadi kegemaran ramai di Malaysia dan boleh dikatakan hampir di kebanyakan premis makanan ada menyediakan minuman ini (confirm tiada di McD, KFC, Pizza Hut dan lain-lain yang sama waktu dengannya). Apa yang menyebabkan teh tarik ini diminati?disukai?digilai?..Apa kelebihan yang ada pada teh tarik berbanding teh panas, teh ais atau air-air lain?..

Aku tertarik dengan isu teh tarik ini kerana ada antara kita yang mengukur kelazatan dan keistimewaan sesuatu premis makanan itu berdasarkan kelazatan teh tarik di premis itu. Percaya tak? Percayalah kerana buktinya ada. :)

Kelazatan teh tarik amat dipengaruhi oleh teh yang digunakan. Keduanya krimer atau susu yang digunakan. Ketiga, kemahiran si penarik teh ini. Maka, berdasarkan jenis teh, memang tak dinafikan terdapat pelbagai jenis teh di pasaran sekarang antara yang popular Lipton, Boh, Teh Sabah dan lain-lain. Tapi, apakah kepopularan teh ini menjamin kelazatan teh tarik yang dihasilkan? Belum tentu lagi kerana masih dipengaruhi oleh krimer dan juga kemahiran si penarik teh ini. Begitu juga dengan krimer, terdapat pelbagai jenis dan jenama. Faktor ketiga iaitu kemahiran penarik teh. Anda pernah terfikir berapa kali teh itu ditarik sebelum dihantar ke meja anda? Pernah anda mengira? Ada sesetengah tempat, sekali tarik, teh tarrrriiikkkk sssiiiiiaaaaappp~ Ada sesetengah tempat beberapa kali. Ada yang tarik berdasarkan kepadatan pelanggan, pelanggan sedikit, lamalah ditarik kalau ramai, alamat sekali je la. Silap-silap haribulan, setengah je jarak dia tarik. :p

Makanya, untuk mengetahui rahsia kelazatan teh tarik ini, sangat memerlukan kajian dan eksperimen. Ingat, tak semestinya berada di makmal kimia, makmal biologi atau makmal-makmal yang lain sahaja boleh bereksperimen. Di dapur atau di tempat bancuh air juga boleh~!

Kehidupan sebagai pengusaha premis makanan amat menuntut kesabaran dalam eksperimentasi ini. Menyediakan yang terbaik kepada pelanggan adalah jaminan terhadap keberkatan rezeki yang diperolehi. Kan?

Mahu tahu rahsia kelazatan teh tarik di Restoran Nasi Daging Herba, silalah ke mari. :)
*Dilarang merasuah encik pengusaha ya?*

Baiklah, mahu meneruskan eksperimen yang lain pula.
Ada sebarang cadangan eksperimentasi di dapur atau untuk membancuh air, sila sampaikan cadangan anda melalui komentar atau e-melkan kepada mr.khedhir@gmail.com

Sekian~
Cemerlang~
| More
Alhamdulillah..

Saya tumpang gembira terhadap rakan-rakan di sekeliling. Yang selesai tugasannya, yang selesai peperiksaannya, yang cemerlang dengan kerjanya. Tahniah~! :)

Insya Allah, semoga kejayaan ini, di dunia dan akhirat akan berkekalan hingga ke akhirnya. Biar berjuta halangan melanda, di akhirnya pasti kemanisan kejayaan itu bakal menjengah.

Yup, perasaan ini sangat mengujakan bila mana mengetahui antara kalian yang menempuhi hari ini dengan kerjaya yang cemerlang dan penuh semangat. Selesai peperiksaan dengan melakukan yang terbaik. Sangat puas hati. Dan suka hati juga.

:)

Tahniah sekali lagi..


p/s:
*tiba-tiba mode update blog muncul*
Hanya DIA
| More
Dalam kalut menyalut memasung diri
Terpinga-pinga, hati membungkam sepi
Ingin saja amarah meledak berapi-api
Hanya air suci bisa mengawal diri

Tangan menadah memohon pada-Nya
Merafak sembah Yang Esa
Agar ku tetap utuh dengan agama-Nya
Biar palitan dosa berjela

Aku tahu, hanya Dia
Hanya Dia Segalanya..

Aku berserah, bertawakkal...
Ayah mama, maafkan daku~
| More
:)

Kebelakangan ini, terlalu sering aku rasakan. Ditambah dengan musim kehadiran kad jemputan kahwin yang berduyun-duyun ni, makin hangatlah keadaannya.

"Bib..ayah ni, susah ati sangat bila kawan-kawan asyik tanya bila nak ada menantu..cucu.."
Aduyai~

Serius, aku tak pandai bab menjawab soalan cepu gangsa ni. Maka, aku akan buat-buat tak dengar dan ala-ala blur saja. Bukan aku tak fikir soal ni..cuma, serasa diri ini, sangatlah tidak layak lagi untuk menanggung anak dara orang. Diri sendiri pun tak habis urus, ni kan nak tambah urus yang lagi seorang. Silap hari bulan, anak orang makin kurus jadinya. Hee~

Soal due date tu pun, aku dah tak ambil pusing. Siap sudah katakan mungkin bukan tahun ni pada ayah dan mama. Dan aku rasa aku sangat penting diri. Ayah, mama..maafkan anakanda mu ini. Cuma, anakanda mu ini sangat tidak bersedia.

Sejujurnya, bukan aku tak mahu fikir. Tapi keadaan seakan sama bila aku fikirkan soal ni. Tiada pengakhirannya. Oleh itu, aku lebih senang buang jauh fikir-fikir soal ini.

"Ala comel-comel..meh datang kat atuk meh.." * Bila ada pelanggan datang dengan bayi atau anak kecil mereka*

Haha~
*Aku pengsan terus*




*kalaulah aku bisa berjumpa kamu dibalik awanan itu, pasti akan ku tatap awanan itu saban waktu*
*gambar: koleksi MMS :) *
Aku bukan aku?
| More
Salam bicara..

Aku terasa aneh..pelik..kenapa ya?..

Dah, berhenti merasa seketika.

Aku tak mahu merasa buat seketika.
Siapa tahu?
| More
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah





Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran




Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu




Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


p/s:
*cerita comel untuk tontonan umum*
:)
Memandu tanpa lesen..
| More
Alkisah..

Kelam-kabut seketika bila tiba hari masa untuk selesaikan bil-bil yang perlu. Dibuat senarai maka bil-bilnya adalah seperti berikut;

  • bil elektrik dari TNB (kenapa mesti TNB ea?.. :p )
  • bil telefon dan Streamyx dari TM (sebab dah dapat panggilan :p)
  • bil Astro (semata-mata untuk perlawanan pasukan kegemaran.. :) )
  • bil air dari PBA ( hanya berkaitan untuk mereka yang berada di Pulau Mutiara..)

Selain dari bil, ternampak lesen syarikat dari SSM, alamak~! Sudah terlajak. Panggilan ke SSM, baiklah..anda akan dikompaun sebanyak RM20. Ruginya...

Selesai membuat pembayaran di SSM, teringat lesen yang lain. Ya, lesen memandu sudah tamat pada 7 April 2010 yang lalu. Baru takut nak memandu. Sebelum ni memandu macam pelesit, tiba-tiba mode insaf timbul. Sopan santun je memandu tadi. Aduhai, bila entah nak renew..

Meneruskan aktiviti ke TM Point, selesai dan pulang ke 'pejabat'. :)

Bil-bil lain akan diuruskan pada hari yang lain.

p/s:
- kita, bila tak ingat..berani je kan? sekali bila ingat, sangat berjaga-jaga..macam tu juga dengan perkara yang lain, perlu sering diingatkan. Maka, saling ingat dan mengingatkan ya?..
- terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering mengingatkan diri ini yang sering alpa.. :)
Kemas-kemas dan cuci-cuci~
| More
Salam ceria..

Hari ini, meneruskan program mengemas dan mencuci sawang-sawang di kedai. Bengkok leher terlalu asyik mendongak ke siling. Alhamdulillah, selesai..

Keluar cari bahan-bahan masak sebarang dua. Menanti kalau-kalau encik dan puan atau cik pemeriksa kebersihan kedai tiba hari ini. Tak hari ini, esok. Harap dapat kekalkan gred A yang diterima 3 bulan yang lalu.
Insya Allah.

Ayuh~
Kerja..kerja..

Wassalam..