Salam Ramadhan...
| More

Alhamdulillah, syukur dapat bertemu semula dengan Ramadhan edisi 1431 H. Semakin lama melalui edisi-edisi Ramadhan, jauh di sudut hati terbit rasa bimbang kerna semakin dilalui semakin dirasakan mudah dan ianya petanda yang tidak baik. Bukan apa, cuma bimbang atas sebab rasa mudah itu, semuanya akan diambil mudah. Risau...

Sempena awal Ramadhan, encik Budak memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa baik sengaja mahupun tidak, cacat cela dalam tingkah dan perbuatan, terobek dan terkesan di hati. Ampun dan maaf dipinta. Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat, keampunan dan kejayaan dunia akhirat. Moga sebulan amalan di bulan mulia ini menjadi titik tolak kepada pembentukan jati diri yang selari dengan tuntutan agama. Insya Allah...

Selama tempoh lebih kurang 19 tahun berpuasa di bulan Ramadhan, sejak dari sekolah rendah dulu, pelbagai kenangan pahit manis dalam menjalani ibadah ni. Betapa seksa dirasakan pada hari pertama dahulu belajar berpuasa. Jam sudah menunjukkan hampir ke tujuh, encik Budak sudah tak bermaya terkulai di hadapan tv menanti waktu berbuka. Mama yang kasihan melihat encik Budak membuatkan air susu. Hee, kalau diikutkan memang nak minum tapi ayah tetap meminta bertahan. Tiap saat berlalu bagaikan bertahun dan akhirnya encik Budak berjaya. Hari pertama puasa penuh, air susu diteguk penuh nikmat usai mendengar laungan azan Maghrib. Masa berlalu, ada kisah lucu dan 'mengelat' sepanjang menjalani ibadah puasa. Hee..

Sewaktu bersekolah rendah, sekolah agama di waktu petang. Sesi solat Asar berjemaah, berbagai keletah sewaktu berwudhu'. Yang tak pernah kumur waktu berwudhu', semua berkumur sakan dengan harapan sedikit sebanyak ada air yang terlepas masuk ke kerongkong. Aduh, 'mengelat' memang macam-macam. Belum masuk cerita yang bawa makanan ringan makan di dalam tandas. Ish.. Macam-macam...
Punya nak makan kan...sanggup, tandas tu... Na'uzubillah...

Kini, ibadah puasa sudah bermula. Ayuh, tanam azam untuk menjadikannya yang terbaik dan lebih baik dari yang lepas. Rebutlah tiap peluang yang ada dan pelbagai fadhilat yang hadir bersama Ramadhan.

Salam Ramadhan 1431H.
Wassalam...

*gambar diambil dari anasfaris.com
Sesetengah dari kita, sekadar tak peduli...
| More
Mahu tak mahu, encik Budak sangat pasti ramai dalam kalangan kita melalui keadaan sebegini;

Panggilan tak berjawab, teks mesej tak bereaksi, senyap seribu bahasa
Ye lah, adakalanya memanglah tak penting cuma dari sudut moralnya seperti perlu untuk menjawab panggilan atau membuat panggilan semula atau membalas mesej atau memberikan reaksi yang wajar. Aduhai, sukar kah? Untuk sesetengahnya, sukar tapi...

Entri bukan bermaksud emosi semata-mata, cuma tergerak di hati mengenai hal ni. Secara asasnya, simple saja hal ni tapi memberi kesan dalam penghidupan seharian kita. Pernah terfikir apa rasanya jika diperlaku sedemikian?...

Ya, tidak dinafikan ada ketikanya tak berkesempatan melakukan semua di atas. Tapi takkan lah sepanjang masa pula kan? Pasti ada ruang dan peluang untuk melihat-lihat semula apa yang tertinggal tatkala sibuk tadi. Encik Budak cukup pasti. Jika tidak, buang jauh semua teknologi tu. Hee, gurau saja.

Apa pun, renung-renungkan perkara ini. Mungkin hari ni kita perlakukan pada orang lain, tapi takkan nak tunggu orang perlakukan pada kita baru kita nak sedar kan? Encik Budak di kesempatan ini juga ingin memohon ampun dan maaf andai pernah memperlakukan demikian pada sesiapa sahaja yang terlibat. Maaf ya!

Ayuh kita memupuk generasi PEDULI dan AMBIL KISAH. Jauhkan dari "ada aku kesah" dalam diri kita.
Insya Allah.
:)
Restoran Nasi Daging Herba, Netmyne, PHP Scripting, Wordpress, HTML...
| More
Salam~

Ya, hari ni aku bekerja. Sama seperti hari-hari Sabtu yang lalu. Ooppss~ ada juga Sabtu yang cuti cuma biasanya kerja.

Sengal-sengal tulang belakang masih belum pulih kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ingatkan senang encik Wordpress itu, rupa-rupanya komplikated habis. Puan PHP juga turut menambah beban kepala dan otak yang sedia berbeban. Aduh!

Hari ini, masih seperti semalam cuma tak sebeban semalam. Kebebalan  terhadap puan PHP menebal semalam kian menyurut pada hari ini. Akhirnya, sedikit sebanyak hasil semalam dan hari ini...

http://restoranndh.com/blog/
Menggunakan khidmat Office in a Box, maka terhasillah encik laman sesawang restoran NDH. Terima kasih encik, puan dan cik TM. :)

Pakej Office in a Box

Menggunakan pakej ini, laman sesawang dihoskan oleh NetMyne salah sebuah anak syarikat TM. Terima kasih juga kepada Encik NetMyne. :)


Dan akhir sekali, tak dapat dilupakan jasa Puan PHP dan encik Wordpress kerana berjaya menambah kesengalan tulang belakang dan kebebalan di kepala dan otak atau kata singkatnya kepala otak encik Budak.


Maka, encik Budak mahu meneruskan episod sengal dan bebal *tapi bebal dah menyusut...

Sekian, terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga ke akhirnya.

Wassalam...
Ya Allah, kuatkan aku..
| More
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Namun, sejauh mana telah kita pergi

Si dia yang makin menghampir
Buat aku makin risau
Aku risau dengan diri sendiri
Aku risau dengan kehidupanku bersamanya nanti

Walau hanya seketika kau hadir
Sedaya aku untuk menghargaimu
Akan ku penuhi hari-harimu dengan keindahan
Akan ku lalui dengan penuh pengharapan

Moga hadirmu kali ini
Memberi 1001 rahmat dan keampunan
Memberi aku kekuatan untuk menggapai redha-Mu
Menjadikan aku lebih baik dari yang dahulu

Ramadhan..
Risau hatiku mati...
| More
Aduhai, semakin lama tak terusik ruang maya tak bermaya ni. Terlalu banyak untuk dikongsi tapi dari sudut lainnya aku seakan makin menjauh dari semua.

Apa pun, tekad hati mahu yang lebih baik untuk yang akan datang, tapi baikkah aku?..

Sudah di pengakhiran Syaaban untuk Ramadhan, sejauh mana persiapan kita? Sejauh mana penghayatan dalam menjengah Ramadhan yang mulia? Diri sendiri masih tak ke mana..risau, risau..

p/s:
* teringat penghujung minggu, dua minggu yang lalu, Sabtu dan Ahad yang hampir sama, melalui perjalanan yang hampir sama, persinggahan yang hampir sama, melihat yang hampir sama.. tak sangka ayah bertanya dan mencari hingga sejauh itu.. :)





* Gambar tiada kaitan dengan entri, cuma membayangkan jangka hayat mereka yang agak lama.. :) 
Terima kasih ayah~!
| More
:)

Salam bicara..

Tiba-tiba tiada idea untuk susunan bait bicara kali ni. Barangkali mengenangkan kata-kata ayah semalam. Hee~
Terima kasih ayah~!

Siapa sangka kan..

Selama ini, encik budak ini tempat bercerita itu ini, kisah hidup suka dan duka..buat melepas sesak di dada..sakit di hati..hari demi hari..makin pelbagai isunya..termasuk yang terkini..berkaitan restoranku..

Maka, bertitik tolak dari restoran tu, makin luas capaiannya..taip sahaja restoran nasi daging herba..pakcik Google pasti tak terlepas menyenaraikan encik budak.. :)

Sehubungan dengan itu, encik budak turut menerima capaian dari pelbagai lapisan masyarakat. Ooopss~!

Panggilan dari ayah..

"...hampir seharian hari ni, ayah baca blog anak ayah.."

Aku terkedu..hahaha..
:p

Terima kasih atas sokongan ayah..insya Allah, akan diteruskan usaha ini dan moga kejayaan ini diredhai-Nya..


ayah dan mama~ :)


p/s:
*maka, akan bertambah skop pembaca..hee~*
Gaya terkini..
| More

Rambut terkini..sebarang komentar?..
:)