0
| More

ape tu?..
tiba-tiba macam 0..
entah lah~

p/s: nape ea?..
Adanya aku
| More
Oh, si dia..
Yang selalu bermanis mulut
Yang selalu bermain kata
Yang selalu bisa buat kita bahagia

Tidakkah kau tahu manis mulutmu membawa kalut
Tidakkah kau tahu bait-bait katamu membawa duka
Tidakkah kau tahu bahagia itu hanya sementara

Mudahnya, semuanya hanya binasa sahaja
Kau tidak tahu semua itu
Si manis mulut, si durjana bermain kata

Oh, kamu..
Yang seronok mendengar kataku
Yang gembira menerima pujianku
Yang suka tiap kali aku bersuara

Bukan niatku membuat kau seronok tapi muram durja di akhirnya
Bukan tujuanku membuat kau gembira tapi sedih di akhirnya
Bukan motifku membuat kau suka tapi duka di akhirnya

Ketahuilah niatku yang satu

Aku hanya mahu lihat riak wajahmu
Yang seronok, gembira dan suka
Agar bisa merubah takdir
muram, sedih dan duka di akhir itu..

Kerna pada hematku
sukamu sekarang bisa bertahan hingga ke akhirnya
Kerna serasa aku
gembiramu sekarang bisa menjadi penawar tika kau bersedih
Kerna pada aku
mewujud rasa bahagia padamu buat diriku lebih bermakna

Untuk terus ada...


::24 Oktober 2009, 1940::
::masih budak~::
Pulang dari KL~
| More
Salam blog..

Alhamdulillah..masih upaya berblog..
Hee~

Secara ringkas..3 hari di Kuala Lumpur dan Selangor juga Putrajaya..

16 Oktober 2009, 03:45 PM
- bertolak dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
- perjalanan biasa-biasa saja, namun cuaca mula hujan dari Perak sekitar Ipoh hingga ke Selangor.
- tiba di Shah Alam jam 07:30 PM ( ayah kata mesti tiba jam 10:oo PM..alamak!)
- di Shah Alam, menyampaikan pesan Nasi Daging Herba dan Nasi Karot Herba..

16 Oktober 2009, 10:00 PM
- sudah tiba di UKM, Bangi.
- berjumpa rakan-rakan di sana..juga pesanan Nasi Daging Herba. :)

16 Oktober 2009, 11:30PM
- keluar bermain bowling. Hahaha~
- sangat-sangat penat...

Hampir jam 03:00 AM 17 Oktober 2009 baru dapat melelapkan mata.

Jam 06:30 AM 17 Oktober 2009 terjaga dan mula bersiap-siap untuk ke kenduri di Kuala Kubu Bharu, Pn Faraheda dan En Azdi. Tahniah kalian~

Jam 08:30 AM bergerak ke KKB, setelah perjalanan hampir 2 jam termasuk sesat-sesat seketika. Tiba di rumah kenduri. Bermula lah aksi-aksi ber'photoshoot' di sana.


17 Oktober 2009, 03:40 PM
- mula berkemas untuk pulang
- menuju ke Rawang dan Shah Alam untuk open house di rumah Cik Nilam.

17 Oktober 2009, 06:15 PM
- tiba di rumah Cik Nilam, maaf terlewat ya.
- sempat sembang-sembang dengan mami, kemudian menjamah makanan. Soto dan sate.. nyumm2~
- selesai, bertolak pulang ke UKM untuk majlis GALA III di Kelab Tasik Putrajaya.

17 Oktober 2009, 08:30 PM
- tiba di Kelab Tasik Putrajaya.
- best~! jumpa sahabat-sahabat..terima kasih AJK Gala ye..tahniah~!
- lagi best bila Man United menang 2-1 ke atas Bolton malam tu..


17 Oktober 2009, 12:30 PM
- sudah dibuai mimpi2~
- penat sudaaa...
- esok mau photoshoot lagi..

18 Oktober 2009, 09:30 PM
- bertolak ke padang rumput UPM untuk berphotoshoot~, tapi kami kekurangan ahli kumpulan..huhuhu~
- cuma saya, Cik Dell dan Adik Bulat saje..
- sesi photoshoot bermula sebaik tiba ke destinasi..


18 Oktober 2009, 11:30AM
- selesai photoshoot, teruskan perjalanan ke Subang Jaya untuk ambil Cik Azzah dan kemudian ke One Utama untuk ber'coklat'..
- kami ke Theobroma Chocolate Lounge..Fair Lady dan Belgian Waffle + Ice Cream menjadi pilihan saya..



18 Oktober 2009, 04:45 PM
- bergerak ke Rawang untuk beraya, open house Ainna (mantan JAKSA KAB)..
- terima kasih Ainna, sedap makaroni, ayam dan semua2nya..sedap~

18 Oktober 2009, 11:00 PM
- perjalanan pulang ke Penang...
- berhenti di beberapa perhentian akibat mengantuk yang amat sangat~

tiba di Penang pada jam 06:50 AM 19 Oktober 2009..

sekian..perjalanan sepanjang 3 hari~
Dari Sarawak~
| More
Salam blog..

Ayah baru pulang dari Sarawak malam semalam. Seharian ini hanya berehat di rumah. Penat barangkali. Sudah terlalu sering outstation walau usia makin bertambah.

Tadi melepak seketika bersama ayah di rumah. Maka disuruh aku merasa buah dari Sarawak. Buah yang dikenali sebagai buah dabai. Aduh!


Buah dabai

Aku pun mencuba buah dabai ni, agak ngeri rasanya. Terkulat-kulat aku nak menghabiskan. Kata ayah, buah ni memang terkenal di Sarawak dan pada waktu-waktu puncak ianya boleh mencecah RM20 sekilogram. Rasanya tawar tapi berkrim. Mahu cuba?..boleh cuba.. :)

Aku ke dapur mendapatkan air, terjumpa pula Kuih Tebaloi. menarik rupanya, dan alhamdulillah rasa pun sedap. Bau nak macam kuih sepit. Dibuat dari sagu dan dicampurkan perasa-perasa seperti pandan dan sebagainya. Sedap~!

Kuih Tebaloi

Alhamdulillah, suka dapat merasa kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia ni. Hikmah kita berada dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. 1 Malaysia..banyak isu mengenai hal 1Malaysia. Siapa beruntung siapa yang rugi?...

Wassalam..
Balik Kampung~
| More
Salam bicara..

Ha, topik kali ni pasal balik kampung walaupun dah agak ke penghujung Syawal dah ni. Almaklum, raya hari tu kurang menonton rancangan raya di TV. Maka, beberapa kesempatan yang ada, muat turun cerita-cerita yang ada, termasuk cerita Kuih Goyang Seha lakonan Eizlan Yusof, Rozita Che Wan dan budak-budak comel tu.


Macam biasa, cerita raya ni kebanyakan berkisar tentang konflik bali raya. Begitu jugalah dengan cerita ni.


aku pasti ada antara kalian yang sudah menonton telemovie ni. Pendapat aku, lakonan menarik dan jalan cerita tak membosankan.

Cuma, apa yang aku tertarik ialah konflik balik raya ni. Hmm..sangat sinonim dengan masyarakat kita mengenai konflik ni. Tertanya-tanya juga, apakah konflik ni akan terus-terusan melanda, sampaikan tiba masa untuk aku juga nanti. Alahai...

Biarlah diwujudkan pelbagai sistem untuk giliran beraya ni, nak tak nak pasti akan timbul satu dua masalah. Ada saja hal-hal last minute. Risau memikirkannya. Terkadang rasa ngeri mahu berumah tangga. Tapi kalau sepanjang masa tinggal dengan mak ayah, tiada masalah untuk beraya di kampung isteri kot.. (gile gatal, jauh pikir)..hahaha..

Apa pun, kalian punya penyelesaian mengenai isu ni?..ayuh, kongsikan..
Restoran Terbuka :)
| More
Salam blog..

Alhamdulillah, bernafas lagi hari ni di samping menunaikan amalan sunat Syawal yang masih belum habis. Ada lagi 1 hari, lusa raya.. :)

Lusa raya, maka restoran pun akan raya juga..

Dijemput kepada rakan taulan yang mengenali diri ini untuk menghadirkan diri di Restoran Nasi Daging Herba pada 10 Oktober 2009 bermula jam 1 petang hingga 6 petang. Acara Restoran Terbuka akan diadakan, maka sesiapa berkelapangan boleh menghadirkan diri.

Berikut sedikit sebanyak juadah yang akan disajikan:

  • Nasi Daging Herba (Menu Utama yang tak boleh ditinggalkan)
  • Lemang dan Rendang Ayam (Rendang mama yang sangat sedap)
  • Nasi Himpit dan Kuah Kacang
  • Mee/Bihun Sup ala2 Utara
  • Pencuci mulut (agar-agar barangkali)
  • Minuman panas dan sejuk
Jangan meleleh air liur tu, sabar ye...jemput hadir Sabtu ini di Restoran Nasi Daging Herba.

Alamat seperti berikut:

No. 6, Persiaran Seksyen 4/8
Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
(Cari signboard kedai berwarna oren ya, berhampiran ILP Kepala Batas)



Maka, bermula hari ini aku perlu senaraikan sedikit sebanyak barang2 yang perlu dibeli untuk keperluan pada hari Sabtu ini. Ayuh bantu saya.. :)
Yeay!
| More
Layout baru untuk blog ini..dengan nafas baru hendaknya..
:)

Salam Blog!