Restoran Terbuka :)
| More
Salam blog..

Alhamdulillah, bernafas lagi hari ni di samping menunaikan amalan sunat Syawal yang masih belum habis. Ada lagi 1 hari, lusa raya.. :)

Lusa raya, maka restoran pun akan raya juga..

Dijemput kepada rakan taulan yang mengenali diri ini untuk menghadirkan diri di Restoran Nasi Daging Herba pada 10 Oktober 2009 bermula jam 1 petang hingga 6 petang. Acara Restoran Terbuka akan diadakan, maka sesiapa berkelapangan boleh menghadirkan diri.

Berikut sedikit sebanyak juadah yang akan disajikan:

  • Nasi Daging Herba (Menu Utama yang tak boleh ditinggalkan)
  • Lemang dan Rendang Ayam (Rendang mama yang sangat sedap)
  • Nasi Himpit dan Kuah Kacang
  • Mee/Bihun Sup ala2 Utara
  • Pencuci mulut (agar-agar barangkali)
  • Minuman panas dan sejuk
Jangan meleleh air liur tu, sabar ye...jemput hadir Sabtu ini di Restoran Nasi Daging Herba.

Alamat seperti berikut:

No. 6, Persiaran Seksyen 4/8
Bandar Putra Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
(Cari signboard kedai berwarna oren ya, berhampiran ILP Kepala Batas)



Maka, bermula hari ini aku perlu senaraikan sedikit sebanyak barang2 yang perlu dibeli untuk keperluan pada hari Sabtu ini. Ayuh bantu saya.. :)
4 Responses
  1. wah..best gile open restaurant.hehe. sori xdpt dtg bro. kem salam mak ayah ko ek..& semua krew2 NDH..=)


  2. Maya Helmi Says:

    jauhnye...post kan makanan leyh?hehehe


  3. En Kid Says:

    salam zairi..
    tu la..kalo dekat2 area ko mesti meriah nih..ade geng2 photog..
    heee..

    maya..
    pos takut tak sespesel kt restoran ni nnt..
    :)


  4. Erika Anuey Says:

    saya nak datangggggg!!!!!


    tapi saya jauh..krim buleh tak?..