Dari Sarawak~
| More
Salam blog..

Ayah baru pulang dari Sarawak malam semalam. Seharian ini hanya berehat di rumah. Penat barangkali. Sudah terlalu sering outstation walau usia makin bertambah.

Tadi melepak seketika bersama ayah di rumah. Maka disuruh aku merasa buah dari Sarawak. Buah yang dikenali sebagai buah dabai. Aduh!


Buah dabai

Aku pun mencuba buah dabai ni, agak ngeri rasanya. Terkulat-kulat aku nak menghabiskan. Kata ayah, buah ni memang terkenal di Sarawak dan pada waktu-waktu puncak ianya boleh mencecah RM20 sekilogram. Rasanya tawar tapi berkrim. Mahu cuba?..boleh cuba.. :)

Aku ke dapur mendapatkan air, terjumpa pula Kuih Tebaloi. menarik rupanya, dan alhamdulillah rasa pun sedap. Bau nak macam kuih sepit. Dibuat dari sagu dan dicampurkan perasa-perasa seperti pandan dan sebagainya. Sedap~!

Kuih Tebaloi

Alhamdulillah, suka dapat merasa kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia ni. Hikmah kita berada dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. 1 Malaysia..banyak isu mengenai hal 1Malaysia. Siapa beruntung siapa yang rugi?...

Wassalam..
6 Responses
  1. eksp Says:

    macam buah kurma je dabai tuh...


  2. Tanpa Nama Says:

    buah dabai sedaapppp ...campur gula, garam sikit n kicap..makan ngn nasikkk sodappp heheh


  3. En Kid Says:

    eksp..
    mula2 tgk aku pun ingat buah kurma..
    sekali makan..adeh~!

    encik/cik anon..
    tu la..tak tau pula mkn dgn kicap suma..nnt boleh try..hee~


  4. Erika Anuey Says:

    Sajaa nak bagai orang terliuq tau!


  5. Tanpa Nama Says:

    haa, btl ckp tanpa nama tuh.. buah tu kena rendam dlm air panas sulu biar jd lembut, pastu tambah dgn kicap manis atau masin dua2 pun dh sedap..


  6. Tanpa Nama Says:

    Walaupon aku dok ngadap mende2 tu hari2, tp aku x gemar pon 2-2 tu. Tatau pasal pe... Tekak aku xleh masuk ah

    *ct-mami-jarum*