Rule:1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this
Pertama-tamanya, terima kasih buat pemberi anugerah ini iaitu
cik Ika dan
En Rasydan.
Secara ringkasnya, anugerah ini akan dipanjangkan kepada penama-penama berikut:
1.
En Hilmi Khairi - Seniorku di SEMESTI. Terima kasih atas tunjuk ajar dan persahabatan ini. :)
2.
En Azri - Juniorku di KTHO, UKM. Walaupun hujung-hujung semester baru kenal. Tapi aku tahu anugerah ini sesuai untuk kamu. :)
3.
En Zairi - Sahabat seperjuangan di SEMESTI dahulu. Kini mendedikasikan diri merakam keindahan dunia nikmat dari-Nya.
4.
Cik Ikin - Adikku di KAB,UKM. Terima kasih atas pesananmu ya! akan ku ingat dan insya Allah ke temu lagi nanti ya..
5.
Cik Aisha - Adik juga eh?..Terima kasih atas sokongan kamu. Terima kasih untuk semuanya..bila mahu sampai ke Penang?..
6.
Cik Nilam - Cik felo di Kolej Aminuddin Baki, UKM. Semoga berjaya dalam kajian-kajian kamu ya!
7.
Cik Jijah - juga cik felo di Kolej Aminuddin Baki. Terima kasih ya! teruskan usaha murni memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
8.
Cik Tim - cik mantan felo KAB, UKM. Terima kasih ya!..lama tidak mendengar ini; "..Mengapakah?.."
9. Anugerah turut ditujukan buat semua pengunjung-pengunjungku yang lain. Aku tidak mampu menaip lebih panjang...tanganku semakin pijar.. :(
Salam bicara..
Tatkala jari-jemari mengetuk-ngetuk papan kekunci ini, hati membungkam resah. Cuba diri ini untuk memahami yang lain. Cuba diri ini menerka apa yang berlegar-legar di kotak fikiran mereka. Di mana letaknya pemahaman mereka terhadap orang lain untuk orang lain memahami mereka. Di mana?..
Aku masih di sini. Utara semenanjung, mencari-cari erti hidup ini. Berikan daku ketabahan ya Rabb!
Keluar topik serius..
Baru selesai menyediakan bahan untuk jelatah dan asam cabai...akibatnya..tanganku pijar...AMAT!
Ada teknik untuk hilangkan pijar? Tolong..tolong.. Agak kurang menyenangkan..aduh..tapi sebenarnya sangat tidak menyenangkan..
Tolong..sesiapa ada petua hilangkan kepijaran..bantu saya ya!
Huhuh..
Entah mengapa, perkara yang jarang berlaku..
Hari ini ianya berlaku..
Aku sangat berusaha untuk mengelakkannya..
Namun, hari ini..
Amarahku bisa dikawal lazimnya..
Hari ini..aku gagal..
Aku lepaskan jua walau tidak semua..
Amarahku mengawal jasadku..
Buat seketika..pertimbangan di luar jangkauan..
Namun, cepat-cepat aku kembali..
Aduh, mengapa harus begini..
Pada hari ini..
Ya Allah, tabahkan hatiku..
Tingkatkan kesabaranku menghadapi kerenahnya..
Saban hari..tika lakunya ku kira membisa di hati..
Jauhkan aku dari amarah yang tidak menentu ya Allah..
Hari ini..
Ku rasa pastikan berulang..
Seandai tiada yang bisa mengubah dirimu..
Seandai tiada usaha darimu..
Hari ini..
Sangat kuharapkan untuk berakhir..
Tiada lagi sengketa..
Tapi mungkin tiada akhirnya..
Aku benci perasaan ini..
Pemberi
: Encik Rasydan mantan NYDP :)Penerima : En Kid yang apa ea?... biasa-biasa aja..
Ucapan : Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas dari sang pemberi ya!
award rules :
1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog
5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!::aku::dan::diriku::
1. hakikatnya, tiadalah daya untuk aku benar-benar mengenali diri ini..sangat banyak yang masih kabur dan tidak aku fahami tentang diriku..
2. alhamdulillah, masih cukup sifat kurniaan dari-Nya..
3. seorang pemakai cermin mata yang setia..power spec sangat tinggi..mahu tahu berapa?..
4. pemegang ijazah dalam bidang sains kimia, melanjutkan pelajaran (masih berkira-kira..) dalam bidang yang sama..kini menjadi pengurus restoran di utara tanah air..
5. sangat sukar fokus dalam perkara yang dilakukan..namun, mampu fokus atas forces yang ada.. ;)
6. seorang yang agak cool dalam sesetengah perkara..namun, banyak yang tak cool kot.. :p
7. suka bercakap kot..ada saja jawapan yang diberi..(adehh..ramai yang sakit ati kot..huhu)
8. minat baca komik..(tertentu saja)..main bowling..internet..sekarang perlu dikawal atas tugas-tugas kini.. :)
9. seorang pemandu mini cooper Malaysia yang sukar mengawal kaki menekan minyak..
10. mahu menyayangi kamu seadanya kamu, namun banyak perkara bisa buat kamu berasa sukar..maaf ya! aku masih berusaha..
(nak tambah lagi..tapi melawan syarat pula.. :p)
::Award neh dipanjangkan kepada::
1. En. Azri a.k.a Jeri
2. En Hilmi Khairi
3. Cik Nilam
4. Cik Ikin
5. Pengunjung yang bisa menjawab, dialu-alukan.. :)
Terima kasih!
Aku suka!
Restoranku kini..
Logo? Hee~! Restoran Nasi Daging Herba..
Ruang dalaman
Kaunter bayaran, tempat aku bersemayam.. :p
Bahagian info rempah dan bahan-bahan masakan..
Ruang luar restoran, masih belum siap sepenuhnya.. :)
Terima kasih untuk semangat itu, aku rajin semula.. ;)
Terima kasih pelangiku..
Aku kini, tapi kini lagi serabai..adeh..
Aku mahu
update, tapi aku malas..kenapa ya?..
Mahu
update gambar-gambar baru restoran..
Nanti lah..
Cuma sekarang aku sedikit sebanyak pelik..
Kenapa ya?..
Alhamdulillah, saya sangat suka!
:)
Selamat segalanya, kini daku menghitung hari pula untuk ke 'sana'.
Ayuh, cepat siapkan rancangan perniagaan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Moga dapat ke 'sana' pada masa yang sepatutnya.
Insya Allah.
Ya Allah, permudahkanlah tiap urusanku.
Moga sentiasa mendapat keredhaan dari-Mu.
Amin.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sebagaimana yang telah dijanjikan kepada Cik Siti ya, aku akan mengemaskini gambar-gambar ketika menghadiri kenduri sahabat, en Shukri di Linggi pada 21 Mac yang lalu. Tahniah kepada kamu en Shukri!
Di hadapan rumah pengantin, Cik Ct, Peja, En Budak dan Pengantin yang dah tukar baju.. En Budak dan Cik Ct..
Senyum lebar en Shukri a.k.a Bauk ya?..
Comel kan mereka?.. :) Sebab tu dia suka! jangan marah Cik Ct.. :p
Selesai makan-makan, sesi diskusi pula..
Aku, tika di meja makan, kurang pasti punca tersenyum tu.. ;)Selesai di Linggi, Negeri Sembilan, aku dan encik foto yang hebat pulang ke kampus UKM. Tiba di sana, sesi photoshoot dilakukan pula. Siapa model?..hahaha..
Menarik kan UKM?..Bukan termenung tu, sekadar menanti... :)
Bijak lah kamu, En Faiq! Hebat.. Macam kaku pula, tak sesuai jadi model betul.. :p
Terima kasih kepada en Faiq, jasa anda akan dikenang. :)
Suka gambar-gambar hasil sentuhan anda ni. Nanti boleh jadi juru foto encik Budak ea..
Mahukan perkhidmatan juru foto ini? Anda boleh hubungi saya ya..
Sekian, untuk sesi kemaskini kali ini.
Wassalam.
Salam pembuka bicara..
Terfikir daku untuk mengajak kalian memikir soal antara kehendak dan keperluan. Sejauh mana kita menjustifikasi soal keperluan dan kehendak itu? Apakah keperluan dan kehendak kalian kini?
Makanya, untuk memberi jawapan penuh kepastian, adalah perlu bagi kita untuk mengenal diri. Aku pun kurang pasti dengan perkara mengenal diri ni. Terlalu banyak grey area yang mewujudkan keraguan terhadap upaya diri.
Dunia kini menyebabkan kita meletakkan kehendak jauh ke hadapan berbanding keperluan. Benar atau tidak?.. tepuk dada tanya pada diri..
Hmm..
Keperluan atau kehendak ya?.. kejar keperluan..bimbang nafsu menguasai mahukan kehendak.. kejar keperluan..pastinya kehendak terabai..
Aduh..
Sukar kan?..
;)