Coretan sahaja - bahagian lima
| More
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih upaya diri menongkah arus yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Cuma, ku rasa sudah hilang sebahagian panca yang lazimnya bisa wujud bersama. Aku kurang pasti di mana letaknya atau mungkin ke mana hilangnya. Adakala kita merasa tidak lagi di alam yang biasa kita jejaki, tapi itulah hakikat dunia. Mungkin tidak salah jika ada antara sahabat-sahabatku dulunya bisa terasa. Mungkin itu yang akan kita lalui atau mungkin tidak semua yang terasa. Mungkin...segalanya mungkin...

Namun, penafsiran yang berbeza juga pengetahuan yang berbeza itulah yang mewujudkan jurang itu. Ya, perkataan jurang itu yang ingin aku cari tadi. Aduh, makin lemah aku rasa.

Ok lah, cukup dulu soal meleret-leret tu.

Cuma, aku kini di perbukitan ilmu Bangi. Meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di sini. Melihat-lihat apa-apa yang bisa dibantu. Tapi sebanyak mungkin aku pasti mereka boleh sahaja melakukannya. Insya Allah. Mereka hebat-hebat belaka.

Alhamdulillah sekali lagi, aku berjaya menghabiskan kursusku di Melaka dalam usaha memantapkan ilmu dalam bidang keusahawanan ini. Terlalu banyak kekurangan yang masih ada pada diri ini. Dari segi ilmu itu sendiri, pengalaman juga pelbagai perkara yang lain lagi. Aku masih mentah dalam hal ini.

Ada kebimbangan wujud, aku..aku mengenai aku..aku yang selalu berbicara..aku yang pasti punya kata-kata..aku yang tidak kering jawapan..aku..
Hmm...

Semoga aku punya jawapan untuk itu...
Penanda: , edit post
1 Response
  1. Tanpa Nama Says:

    moga kau punya jawapan itu..