Salam bicara..
Alhamdulillah, rafa' syukur dan sembah pada Yang Maha Mengetahui apa telah, sedang dan akan berlaku. Semoga tiap dari perkara itu membawa pemahaman dan hikmah buat diriku.
Kala hati membungkam 1000 rasa..
kala jiwa meronta mahukannya..
aku terpana pada anugerah dari-Nya..
moga kian dekat aku pada-Nya..
Aku hilang idea seketika..aduh..
akan aku sambung semula..
;)
Pada sahabar-sahabatku sekalian..aku doakan agar kejayaan mendampingi kalian dan usah kita lupa pada-Nya yang sentiasa memberi dan terus memberi..nikmat yang tiada terkira..
Insya Allah..
Ilalliqa'..
Wassalam..
Sesi kemaskini diteruskan dengan aktiviti di kampus UKM..
Tanggal 22 Mac merupakan aktiviti kemuncak di kolej. ABADI '09 iaitu Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspiration..makan malam kolej la bahasa melayunya..
Persiapan dijalankan dengan penuh rapi dengan mengharapkan tiada keanehan sepanjang majlis berlangsung..
Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan dan halangan, mereka berjaya melaksanakannya dengan jayanya namun, masih ada ruang untuk ditingkatkan..
Terima kasih buat kamu yang sudi menemani hari-hariku. Alhamdulillah, banyak yang dapat kita selesaikan. Kan?..
Sedikit sebanyak kenangan yang pastinya ku simpan kemas dalam ingatanku..
bersama cik-cik gimik perasmian.. ;)
amiran, faizal irazid, en budak dan en mike..
kebetulan..hmm..
bersama cik nilam (felo) dan daus (YDP)
ooppss..bukan niat nak gaduh tu..cuma..kenapa ya cik Fateen?..
haaa..kan dah ok tu..kejap je..hehe..
Alamak..apa kes pulak tu?..hmm..sabar je la..
Mengira bintang?..ada 'bintang' ke malam tu?..
(Terima kasih ya! buat encik Faiq sebagai jurugambar)
bersama cik fazoo..banyak berjasa untuk ABADI '09.. :)
bersama ikin dan kakak debusnya.. :) (formal eh)
lagi sekali versi kurang formal.. :)
Antara gambar yang menyelitkan en budak di dalamnya. Kita ni kecik ja, maka boleh terselit je kat mana-mana..
:)
Terima kasih buat kamu! Terima kasih semua atas kenangan yang terindah ini.. (macam nak nyanyi lagu pula..)
Sekian..
Wassalam..
p/s: ditambah gambar yang ada dalam simpanan..10.06 am 26 Mac 2009
SaLam bicara blog..
Alhamdulillah..punya kesempatan untuk mengemaskini.
Motif kemaskini..brkongsi sedikit sebanyak kenangan tika menyertai kursus SUS iaitu Skim Usahawan Siswazah siri 239..kursus dijalankan di Melaka lebih tepat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Dihadiri oleh 20 orang peserta dari Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (termasuk aku la tu..)
Secara keseluruhan, pengisian kursus membuka mata betapa sukar mahu berjaya dan betapa penting berusaha keras mengejar kejayaan dunia..namun, usah di lupa kejayaan akhirat..
Kursus berlangsung dari 15 Mac hingga 19 Mac..makan minum, 6 kali sehari tapi aku tetap sama..tiada berubah..makin kurus lagi kata orang..
Aduh..
Secebis kenangan sepanjang di sana..
kaburnye gambar..huhuhu..
tekunnye berbincang..(tekun ke kid..hmm..)
hari terakhir..terima kasih semua.. :)
Semoga kalian berjaya mencapai apa yang diharapkan..insya Allah..
Sekian. wassalam..
Assalamualaikum..
Insya Allah..blog akan dikemaskini dengan maklumat sepanjang minggu di selatan tanah air dan perbukitan ilmu Bangi..
Apa pun, tahniah buat semua AJK yang terlibat di dalam ABADI 09..kalian memang hebat..teruskan usaha kalian..
Pastinya memori manis bersama kalian akan ku simpan selamanya..
Pastinya juga aku gembira dapat ke sana..aku punya sesuatu..terima kasih!
Maaf buat kalian yang tidak berkesempatan untuk berjumpa..jua kepulangan tanpa berita..namun, buat kamu..aku pasti kamu tahu..terima kasih kamu!
:)
Sekian, wassalam..
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, masih upaya diri menongkah arus yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Cuma, ku rasa sudah hilang sebahagian panca yang lazimnya bisa wujud bersama. Aku kurang pasti di mana letaknya atau mungkin ke mana hilangnya. Adakala kita merasa tidak lagi di alam yang biasa kita jejaki, tapi itulah hakikat dunia. Mungkin tidak salah jika ada antara sahabat-sahabatku dulunya bisa terasa. Mungkin itu yang akan kita lalui atau mungkin tidak semua yang terasa. Mungkin...segalanya mungkin...
Namun, penafsiran yang berbeza juga pengetahuan yang berbeza itulah yang mewujudkan jurang itu. Ya, perkataan jurang itu yang ingin aku cari tadi. Aduh, makin lemah aku rasa.
Ok lah, cukup dulu soal meleret-leret tu.
Cuma, aku kini di perbukitan ilmu Bangi. Meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di sini. Melihat-lihat apa-apa yang bisa dibantu. Tapi sebanyak mungkin aku pasti mereka boleh sahaja melakukannya. Insya Allah. Mereka hebat-hebat belaka.
Alhamdulillah sekali lagi, aku berjaya menghabiskan kursusku di Melaka dalam usaha memantapkan ilmu dalam bidang keusahawanan ini. Terlalu banyak kekurangan yang masih ada pada diri ini. Dari segi ilmu itu sendiri, pengalaman juga pelbagai perkara yang lain lagi. Aku masih mentah dalam hal ini.
Ada kebimbangan wujud, aku..aku mengenai aku..aku yang selalu berbicara..aku yang pasti punya kata-kata..aku yang tidak kering jawapan..aku..
Hmm...
Semoga aku punya jawapan untuk itu...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan nikmat iman dan upaya diri untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Aku kini di Melaka bermula 15 Mac yang lalu hingga 19 Mac ini atas urusan kursus yang perlu aku hadiri.
Alhamdulillah sekali lagi atas aturan dari-Nya yang meletakkan aku kini di sini. Bersama sahabat-sahabat dalam mendalami ilmu-ilmu berkaitan karierku sekarang. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman dari sahabat-sahabat yang lain. Begitu banyak yang tidak aku ketahui dalam dunia ini dan betapa bertuahnya aku dengan hidupku yang sering aku alpa dan lupa.
Insya Allah, aku akan terus berusaha dan tetap dengan urusanku kini.
:)
Wassalam..
Salam pemula bicara..
Entri ini ku titipkan khas buat
abang Fajar sekeluarga atas kehilangan anakanda yang disayangi. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Amir Yusuf dan memberikan kesabaran dan ketabahan buat abang Fajar sekeluarga.
Al-Fatihah..