Assalamualaikum..
Salam bicara, setelah beberapa ketika..aku kini punya ruang untuk terus berblog. Alhamdulillah..
Terlalu banyak untuk dicerita untuk diluah, tapi aku kirakan yang sudah itu, sudah lah..biar ia berlalu cuma jangan dilupa kerna ia adalah sebahagian dari hidup kita..
Aku masih seperti dulu..cuma untuk seketika dihimpit kekeliruan dan kecelaruan dalam meneruskan agenda khalifah di muka bumi..hari-hari berlalu dihabiskan di restoran. Melihat pelbagai keletah manusia..pelbagai ragam dan menimba pelbagai pengalaman..
Yang pasti..ianya menyeronokkan..
:)
Hujung minggu ini, ikut perancangan akan pulang ke kampung Kedah, sebelah ayah. Ziarah makcik yang baru melahirkan anak..rindu kampung! kebetulan Penang cuti pada Sabtu ini sempena TYT sambut Hari Lahir.. :p
Ayuh ke Kedah.. hehehe..
Aku akan kembali menulis dan terus menulis di ruang maya ini!