Harapan
| More
Kala diri dihimpit resah dan gelisah
Baru tergerak hati mahu menoleh
Saat itu, ku tahu segalanya telah terlewat
Tertutup sudah tiap peluang dan harapan

Diri cuba dan terus mencuba
Agar yang dicuba keluar dari mimpi
Berubah menjadi nyata
Meledak girang dan ria hati

Andai segalanya mudah seperti yang diharap
Pasti ramai yang bisa riang dan gembira
Namun, gembira yang cuba digarap
Menghilang tika hati cuba menerka

Aku menggiat diri mengharap akan ada
Peluang dan ruang untuk ke sekian kali
Andai bisa demikian, pasti tiada dipersia
Namun hati melihat kepada nafas sendiri
Bimbang tiada terdaya untuk itu...

Kini, mengharap pada Yang Esa
Agar diberi kemudahan dan kesesuaian di hati
Moga tiada lagi ragu padanya
Moga segalanya bersinar terang
Menghambat kelam menghantui diri

Insya Allah..


p/s: nukilan dari hati mengharap wujud sinar bahagia untuk diri ini.. ;)
Penanda: , edit post
6 Responses
  1. masih konflik yang sama ke en kid?
    hehe..
    saba ye bang~;)


  2. Tanpa Nama Says:

    jgn b'henti b'harap..=)



  3. En Kid Says:

    hahaha..mahu aku biarkan hidup kalian bersama misteri walau tak semisteri mana..
    :)

    sekadar nukilan kala merenung diri..
    hehehe..


  4. me Says:

    jong jong inai,mak ipong raja wali,
    sepak tunggul inai,berdarah ibu kaki ^______^


  5. En Kid Says:

    asha..
    menagpakah?..
    hehehe..