Sesetengah dari kita, sekadar tak peduli...
| More
Mahu tak mahu, encik Budak sangat pasti ramai dalam kalangan kita melalui keadaan sebegini;

Panggilan tak berjawab, teks mesej tak bereaksi, senyap seribu bahasa
Ye lah, adakalanya memanglah tak penting cuma dari sudut moralnya seperti perlu untuk menjawab panggilan atau membuat panggilan semula atau membalas mesej atau memberikan reaksi yang wajar. Aduhai, sukar kah? Untuk sesetengahnya, sukar tapi...

Entri bukan bermaksud emosi semata-mata, cuma tergerak di hati mengenai hal ni. Secara asasnya, simple saja hal ni tapi memberi kesan dalam penghidupan seharian kita. Pernah terfikir apa rasanya jika diperlaku sedemikian?...

Ya, tidak dinafikan ada ketikanya tak berkesempatan melakukan semua di atas. Tapi takkan lah sepanjang masa pula kan? Pasti ada ruang dan peluang untuk melihat-lihat semula apa yang tertinggal tatkala sibuk tadi. Encik Budak cukup pasti. Jika tidak, buang jauh semua teknologi tu. Hee, gurau saja.

Apa pun, renung-renungkan perkara ini. Mungkin hari ni kita perlakukan pada orang lain, tapi takkan nak tunggu orang perlakukan pada kita baru kita nak sedar kan? Encik Budak di kesempatan ini juga ingin memohon ampun dan maaf andai pernah memperlakukan demikian pada sesiapa sahaja yang terlibat. Maaf ya!

Ayuh kita memupuk generasi PEDULI dan AMBIL KISAH. Jauhkan dari "ada aku kesah" dalam diri kita.
Insya Allah.
:)
Penanda: , , edit post
9 Responses
  1. N U R U L Says:

    betul tue..lagi2x kalau yang tersayang call banyak kali tapi tak diangkat..hurmm..terus merajuk..hahaa!! :)


  2. En Kid Says:

    hehehe~
    tu lah kan..dah dapat title tersayang pun tak nak hargai..susah2..
    :p


  3. LaDy DeLLaZ Says:

    nurul : wahhhh.. sejak dua menjak nih kan... :P~

    along : sokong sangat! kalo setakat reply 'ok' - perlu tau.. sbb x baik wt org trtggu2.. lebih2 lagi, mmg ada kredit, tp mls nk reply. ceh! haha.. bile kene muka sndri baru tahu langit tuh tggi atau rendah! hoho~


  4. En Kid Says:

    angah..
    macam geram sangat je tu..
    hahaha~

    lagi pantang kalau tengah-tengah mesej..tetibe terus senyap..
    ngeng..
    ahahaha~


  5. sapphire Says:

    hee betul betul..
    setuju !!

    sorry klu tak ter-reply msg korg..

    :D


  6. Bagi saya yg sibuk dgn dunia kerja, tak mengangkat hp/telpon atau xbls sms mmg biasa. Tapi biasanya slps semua reda sy akan telefon kembali atau reply. Bg saya, sy lebih suka bersangka baik dan mengandaikan ada sbb mngapa sang penerima tidak menjawab/angkat.


  7. ajjah Says:

    wah.. jap nak pikir ade tak camtu? cam ade je..


  8. En Kid Says:

    sapphire..
    terima kasih..

    bro rudy..
    ya, saya setuju soal bersangka baik itu. terima kasih..
    :)

    ajjah..
    ade ke?..biase la tu, mungkin untuk kebanyakan ada je..sedar atau tak je..
    kan?..


  9. Unknown Says:

    yup..sgt2 bersetuju..
    ble msg x direply terasa cm ant0 kt no yg tlh ditamatkan perkhidmatannya..