Alhamdulillah, syukur dapat bertemu semula dengan Ramadhan edisi 1431 H. Semakin lama melalui edisi-edisi Ramadhan, jauh di sudut hati terbit rasa bimbang kerna semakin dilalui semakin dirasakan mudah dan ianya petanda yang tidak baik. Bukan apa, cuma bimbang atas sebab rasa mudah itu, semuanya akan diambil mudah. Risau...
Sempena awal Ramadhan, encik Budak memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa baik sengaja mahupun tidak, cacat cela dalam tingkah dan perbuatan, terobek dan terkesan di hati. Ampun dan maaf dipinta. Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat, keampunan dan kejayaan dunia akhirat. Moga sebulan amalan di bulan mulia ini menjadi titik tolak kepada pembentukan jati diri yang selari dengan tuntutan agama. Insya Allah...
Selama tempoh lebih kurang 19 tahun berpuasa di bulan Ramadhan, sejak dari sekolah rendah dulu, pelbagai kenangan pahit manis dalam menjalani ibadah ni. Betapa seksa dirasakan pada hari pertama dahulu belajar berpuasa. Jam sudah menunjukkan hampir ke tujuh, encik Budak sudah tak bermaya terkulai di hadapan tv menanti waktu berbuka. Mama yang kasihan melihat encik Budak membuatkan air susu. Hee, kalau diikutkan memang nak minum tapi ayah tetap meminta bertahan. Tiap saat berlalu bagaikan bertahun dan akhirnya encik Budak berjaya. Hari pertama puasa penuh, air susu diteguk penuh nikmat usai mendengar laungan azan Maghrib. Masa berlalu, ada kisah lucu dan 'mengelat' sepanjang menjalani ibadah puasa. Hee..
Sewaktu bersekolah rendah, sekolah agama di waktu petang. Sesi solat Asar berjemaah, berbagai keletah sewaktu berwudhu'. Yang tak pernah kumur waktu berwudhu', semua berkumur sakan dengan harapan sedikit sebanyak ada air yang terlepas masuk ke kerongkong. Aduh, 'mengelat' memang macam-macam. Belum masuk cerita yang bawa makanan ringan makan di dalam tandas. Ish.. Macam-macam...
Punya nak makan kan...sanggup, tandas tu... Na'uzubillah...
Kini, ibadah puasa sudah bermula. Ayuh, tanam azam untuk menjadikannya yang terbaik dan lebih baik dari yang lepas. Rebutlah tiap peluang yang ada dan pelbagai fadhilat yang hadir bersama Ramadhan.
Salam Ramadhan 1431H.
Wassalam...
*gambar diambil dari anasfaris.com
selamat berpuase abg kid!! ade promotion untuk berbuka ke kat NDH??
:)
selamat-selamat..
promotion?..
ada je..
skng ada pakej berbuka merpati sejoli (sebelum ditukar nama lain)..
hehe~
tukar nama takut nnt menggalakkan isu couple lak nnt..
:p
ade juga pakej2 lain..makanan masih sama cuma ada penambahan mee kuah dan puding sagu sbg dessert..
jemput lah datang ye..
top [url=http://www.001casino.com/]casino games[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino[/url] free no deposit hand-out at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino
[/url].