Ruang di Sebalik Peluang
| More
Salam bicara buat pengunjungku..

Syukur ke hadrat-Nya atas segala nikmat dan rahmat yang mencurah-curah
hadir di balik hari yang mendatang. Syukur, syukur dan syukur. Namun, aku pasti masih belum cukup penghayatan rasa syukur itu. Masih wujud ruang kosong yang perlu aku perbetulkan.

Hujung minggu yang lalu aku sempat berkunjung ke kampusku untuk menghadiri program anjuran adik-adik JAKSA dan kenduri kahwin anak ex-TNC kampusku. Seronok dapat meluang masa untuk diri setelah beberapa lama sekadar berada di Kepala Batas. :)

Terima kasih kalian atas peluang yang diberi untuk diri ini berhibur seketika dan merasa keseronokan sekali sekala ini. Dapat bermain bowling juga menjadi juri teh tarik. Aduh! siap kena buat persembahan lagi. Kelakar!

Meneruskan kehidupanku kini, aku perlu mencari ruang di sebalik peluang yang ada. Peluang yang aku kira perlu aku ciptakan tiap hari. Peluang kini bukan lagi ku cari, sebaliknya perlu aku kejar dan cipta agar ianya lebih meriah. Pastinya aku akan wujudkan lebih banyak peluang untuk mereka-mereka yang memerlukan. Aku perlu terus bersabar dan tabah. Insya Allah...

Ruang untuk aku dan diriku kini semakin kurang dan dihimpit pelbagai agenda dan tugasan yang perlu aku selesaikan. Sangat banyak kerjanya namun membuahkan hasil yang menarik. :)

Aku perlu mencari ruang lagi...

p/s: aku rasakan bagai inginkan seorang pembantu peribadi di sini...ada yang sudi?.. ;)
Penanda: , edit post
15 Responses

  1. Little Lover Says:

    saya pown sudi...
    wakakaa....
    apa kelayakannyer...
    hihihi....


  2. En Kid Says:

    wah2...
    ade yang sudi ya..
    hmm..
    kelayakan?..
    entahla..belum difikirkan lagi..
    susah nak letak kriteria ni..
    :)


  3. Little Lover Says:

    kriteria???
    mcm nak piih bini le plak kan...
    kuikuikui
    :p


  4. jeri Says:

    ntah..pembantu peribadi merangkap bini ker??


  5. SangMentari Says:

    Aduh, ramai benar peminatmu, En Kid.. susah-susah, ambil saja semuanya



  6. En Kid Says:

    hohoho..
    peribadi merangkap bini?
    hmm..
    susah juga tu..tak semestinya kot jadi bini..

    ahahaha..
    SM..mane boleh ambil semua..nanti takut ada yang berkecil hati pula..
    :p
    tapi jangan risau..tak boleh jadi pembantu peribadi pun..datang makan pun jadi lah kan?..
    :)


  7. aVeler Says:

    walawey~
    sume nak jadi pembantu nih.
    ;)


  8. Lumut Pagi Says:

    salam...
    Wah..!
    Ramai yg komen. Lama sudah tak Menjenguk 'rumah merah jambu' sdr..
    Makin meriah, alhamdulillah...
    Tak tahu persis komentar apa harus ditekapkan ke 'muka' si merah jambu sdr..
    Mungkin ini sesuai gamaknya..:

    "... Fear no more the heat o' the sun; Nor the furious winter's rages, Thou thy worldly task hast done,Home art gone, and ta'en thy wages;Golden lads and girls all must,As chimney sweepers come to dust. .."

    [W. Shakespears]

    p/s: Mas Dani kirimkan buat saya dari daksina si pulau sumatra. Saya panjangkan pula buat sdr. Maknanya? Saya juga masih meraba-raba buta..Cari sama-sama ya..?

    Salam singgah dari 'kami' di lumut pagi...:)

    (Jarang singgah tak bermakna tidak membaca....0__- )


  9. En Kid Says:

    buat aveler...
    kamu mahu ikut serta juga kah?..
    hehehe..
    usah risau..tiada yang berkelayakan kerna semua yang memohon melebihi kelayakan yang sepatutnya..daku bimbang pulangan kurang memuaskan sejajar dengan kelayakan kalian..
    huhuhu..

    buat LP..
    merah jambu?..aduh, mujur daku tidak sejambu itu..hahaha..

    terima kasih atas kunjungan dan bingkisan dari Shakespeare itu..

    bicara buah fikiran itu, akan daku salurkan tika masa dan ruang menjengah diri ini..

    trimas!
    :)


  10. Perkh. Juri teh tarik. Bukan calang-calang. Kau pernah tengok "Teh Lambung"? Caranya menghentak cawan besi di meja, dan air teh tu akan melambung. Sungguh. Aku jumpa seni ni di satu negeri (rahsia..haha)


  11. En Kid Says:

    buat SP...
    hahahhaa..
    menarik teknik tu..akan ku cuba..
    teh lambung ye..
    hahaha..
    kau buat aku tertawa seketika..
    :D


  12. CiK sAppHiRe Says:

    saya sudi!!!
    ad ciri2 yg diperlukan x??huhu..

    btw,kamu di TAGed..sila reply k!!TQ!!
    :0 :) :)


  13. En Kid Says:

    Cik Sapphire..

    kamu sudi?..hmm..bimbang sudah terlalu tinggi kelayakan kamu itu..
    kamu kan bakal Prof..
    :)

    TaGGed itu, akan ku jawab kemudian ya..mahu fokus kerja seketika...