Coretan sahaja - bahagian tiga
| More
Salam bicara..

Alhamdulillah, di hari yang indah dan ceria ini, aku merafa' syukur pada Yang Maha Esa atas tiap kurniaan dan nikmat tiada terkira buat diri yang sering alpa pada tiap suruhan-Nya. Jauh di sudut hati, mengkoreksi diri, acapkali terlupa pada asalnya diri.

Sangat banyak untuk ku kongsi bersama kalian, namun aku kekurangan ruang untuk berbuat demikian. Aku merindui masa-masa yang lalu, tapi pastinya ada hikmah dan kelebihan yang tersendiri dalam hidupku kini.

Ada perkara-perkara tertentu kini menceriakan hidupku dan menginginkan aku merasai 'rasa' yang itu. Alhamdulillah, cuma segalanya masih belum pasti. Kabur menanti sinar menghambat malap rasa itu. Semoga segalanya baik-baik sahaja buat kita semua.

Kehidupan kini banyak berkisar soal perniagaan. Masih banyak perlu aku pelajari. Terlalu cetek ilmu dan pengalaman yang ada. Semoga aku akan terus tabah mengharungi kehidupan ini. Cabaran dan dugaan usah di kata. Tiap saat terfikir keupayaan diri dan perniagaan ini untuk terus membantu warga tempatan terus bekerja bersama dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Insya Allah, selagi diberi kekuatan dan keizinan dari-Nya, akan ku garap tiap yang ada membuahkan sesuatu yang lebih namun, tiada terlupa pada-Nya.

Sahabat-sahabatku di kolej, En Mike, Cik Jija, Cik Sapphire, Felo-felo lainnya juga adik-adik JAKSA maafkan daku kerna tidak dapat bersama kalian. Terlalu ingin rasanya hati bersama kalian menguruskan program-program dan keadaan di kolej. :(

Apapun, teruskan usaha murni kalian ya..semoga rahmat dan redha-Nya bertaut kemas bersama kalian. Insya Allah. Sampaikan salamku buat semua di sana...
2 Responses
  1. jeri Says:

    xpe..tunaikan tanggungjawab yg besar dulu..majukan diri sendiri..


  2. En Kid Says:

    insya Allah..
    terima kasih..bila mahu menjejak ke tanah Utara ni?...jemput ke restoran ya..