Coretan sahaja - bahagian empat
| More
Aku mahukannya..Tapi, adakah aku perlukannya?..
Yang pasti, aku senang kini..
Terima kasih..

Aku pasti akan memerlukannya..
Masanya..
Hanya Tuhan yang tahu..
Menung merenung masa
| More


Termenung memenungkan apa yang wajar dimenungkan..
:)

p/s: apron tu yang mahal tu.. :p
Harapan
| More
Kala diri dihimpit resah dan gelisah
Baru tergerak hati mahu menoleh
Saat itu, ku tahu segalanya telah terlewat
Tertutup sudah tiap peluang dan harapan

Diri cuba dan terus mencuba
Agar yang dicuba keluar dari mimpi
Berubah menjadi nyata
Meledak girang dan ria hati

Andai segalanya mudah seperti yang diharap
Pasti ramai yang bisa riang dan gembira
Namun, gembira yang cuba digarap
Menghilang tika hati cuba menerka

Aku menggiat diri mengharap akan ada
Peluang dan ruang untuk ke sekian kali
Andai bisa demikian, pasti tiada dipersia
Namun hati melihat kepada nafas sendiri
Bimbang tiada terdaya untuk itu...

Kini, mengharap pada Yang Esa
Agar diberi kemudahan dan kesesuaian di hati
Moga tiada lagi ragu padanya
Moga segalanya bersinar terang
Menghambat kelam menghantui diri

Insya Allah..


p/s: nukilan dari hati mengharap wujud sinar bahagia untuk diri ini.. ;)
Me starting with M or Am? :)
| More
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag ten people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real - nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Muhammad Khedhir Muhammad Pauzi

2. A four Letter Word : Mine

3. A boy's Name : Muhammad

4. A girl's Name : Mas

5. An occupation : Mechanic

6. A color : Maroon

7. Something you'll wear : Mask

9. A food : Masak Ros?

10. Something found in the bathroom : Mozaic

11. A place : Mid Valley

12. A reason for being late : Malas

13. Something you'd shout : Mak!!!

14. A movie title : Mission Impossible

15. Something you drink : Milo

16. A musical group : Melastik Bintang

17. An animal : Moose

18. A street name : Melaka

19. A type of car : Mitsubishi

20. The title of a song : Mantera Beradu

saya di tag oleh Cik Sapphire..
:)

saya mahu tag..

cik Ashikin
cik Aishah
cik Ika
cik Salsabil
sis Anuey
en Jeri
en Rasydan
dan mereka-mereka yang suka menjawab TAG!
Coretan sahaja - bahagian tiga
| More
Salam bicara..

Alhamdulillah, di hari yang indah dan ceria ini, aku merafa' syukur pada Yang Maha Esa atas tiap kurniaan dan nikmat tiada terkira buat diri yang sering alpa pada tiap suruhan-Nya. Jauh di sudut hati, mengkoreksi diri, acapkali terlupa pada asalnya diri.

Sangat banyak untuk ku kongsi bersama kalian, namun aku kekurangan ruang untuk berbuat demikian. Aku merindui masa-masa yang lalu, tapi pastinya ada hikmah dan kelebihan yang tersendiri dalam hidupku kini.

Ada perkara-perkara tertentu kini menceriakan hidupku dan menginginkan aku merasai 'rasa' yang itu. Alhamdulillah, cuma segalanya masih belum pasti. Kabur menanti sinar menghambat malap rasa itu. Semoga segalanya baik-baik sahaja buat kita semua.

Kehidupan kini banyak berkisar soal perniagaan. Masih banyak perlu aku pelajari. Terlalu cetek ilmu dan pengalaman yang ada. Semoga aku akan terus tabah mengharungi kehidupan ini. Cabaran dan dugaan usah di kata. Tiap saat terfikir keupayaan diri dan perniagaan ini untuk terus membantu warga tempatan terus bekerja bersama dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Insya Allah, selagi diberi kekuatan dan keizinan dari-Nya, akan ku garap tiap yang ada membuahkan sesuatu yang lebih namun, tiada terlupa pada-Nya.

Sahabat-sahabatku di kolej, En Mike, Cik Jija, Cik Sapphire, Felo-felo lainnya juga adik-adik JAKSA maafkan daku kerna tidak dapat bersama kalian. Terlalu ingin rasanya hati bersama kalian menguruskan program-program dan keadaan di kolej. :(

Apapun, teruskan usaha murni kalian ya..semoga rahmat dan redha-Nya bertaut kemas bersama kalian. Insya Allah. Sampaikan salamku buat semua di sana...
Tafsiran tidak Tertafsir
| More
Cuba menafsir apa yang tidak tertafsir, namun apa yang tersirat dari Yang Maha Mengetahui melangkaui batasan pemikiran sedia ada pinjaman dari-Nya. Aku terus mencuba dan mencuba menafsir, tapi bukan dayaku dan kehendak-Nya untuk membenarkan aku memahaminya. Aduh..

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Jauhkan daku dari segala kepayahan dan kesusahan dalam perjalanan hidupku. Berkatilah setiap urusanku dan jadikanlah daku dari kalangan mereka yang mendapat keredhaan-Mu. Semoga begitu juga buat teman dan sahabat-sahabatku. Insya Allah...

*cuba menghilang kekusutan jiwa walau di luarnya kelihatan biasa. Tapi, itulah hakikat kehidupan. Pasti akan ada yang merasa dan terasa sebagaimana entri awalku dahulu...
Ruang di Sebalik Peluang
| More
Salam bicara buat pengunjungku..

Syukur ke hadrat-Nya atas segala nikmat dan rahmat yang mencurah-curah
hadir di balik hari yang mendatang. Syukur, syukur dan syukur. Namun, aku pasti masih belum cukup penghayatan rasa syukur itu. Masih wujud ruang kosong yang perlu aku perbetulkan.

Hujung minggu yang lalu aku sempat berkunjung ke kampusku untuk menghadiri program anjuran adik-adik JAKSA dan kenduri kahwin anak ex-TNC kampusku. Seronok dapat meluang masa untuk diri setelah beberapa lama sekadar berada di Kepala Batas. :)

Terima kasih kalian atas peluang yang diberi untuk diri ini berhibur seketika dan merasa keseronokan sekali sekala ini. Dapat bermain bowling juga menjadi juri teh tarik. Aduh! siap kena buat persembahan lagi. Kelakar!

Meneruskan kehidupanku kini, aku perlu mencari ruang di sebalik peluang yang ada. Peluang yang aku kira perlu aku ciptakan tiap hari. Peluang kini bukan lagi ku cari, sebaliknya perlu aku kejar dan cipta agar ianya lebih meriah. Pastinya aku akan wujudkan lebih banyak peluang untuk mereka-mereka yang memerlukan. Aku perlu terus bersabar dan tabah. Insya Allah...

Ruang untuk aku dan diriku kini semakin kurang dan dihimpit pelbagai agenda dan tugasan yang perlu aku selesaikan. Sangat banyak kerjanya namun membuahkan hasil yang menarik. :)

Aku perlu mencari ruang lagi...

p/s: aku rasakan bagai inginkan seorang pembantu peribadi di sini...ada yang sudi?.. ;)
Seronok, Menarik dan Pastinya Penat!
| More
Salam bicara..

Semoga kalian sentiasa sentiasa sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah..kehidupanku kini jauh berbeza. Pelbagai pengalaman dan ilmu baru ku perolehi tiap hari yang mendatang. Pelbagai urusan yang tak terjangkakan turut aku lakukan kini.

Yang pasti, aku kian teruja menanti hari mendatang. Seronok, menarik, segalanya menjanjikan kelainan dan hidupku mengubah diri tanpa aku sedari. Kalau dahulu, banyak urusanku dibantu oleh sahabat-sahabatku, dari aspek menulis surat, notis dan sebagainya. Tapi, kini aku perlu lakukannya sendiri. Urusan akaun juga menjadi sebahagian dari tugas harianku. (walau tiada pengalaman pengurusan kewangan :p)

Sebalik tiap keseronokan, penat dan lesu badan pasti menggamit dan menggigit tiap bahagian di tubuh. Mahu tukang urut jika diberi peluang. Hehehe.. Pastinya lebih bersemangat untuk bekerja. :p

Rutin hidupku kini bermula seawal jam 7 pagi, buka restoran tapi restoran mula operasi jam 8.30 pagi. Ambil kehadiran pekerja, semak stok-stok yang diperlukan, pastikan penyediaan sarapan pagi siap sedia. Seawal jam 11.00 pagi, menu untuk Set Nasi Daging Herba siap untuk diniagakan. Bagi Set Nasi Karot dan Lauk Ros, lazimnya siap dimasak jam 12 tengahari. Pelanggan biasanya mula ramai jam 12.30 tengahari hingga 2 petang, surut semula dan kembali ramai jam 6 petang hingga 9.30 malam. Seronok melihat semuanya berselera makan menjamah hidangan yang ada. Selesai urusniaga harian, setiap senarai stok perlu diteliti semula kalau-kalau perlu dibeli semula. Jika perlu, aku akan ke Pasar Besar Kepala Batas pula untuk urusan penyediaan stok. :)

Apa pun, suatu kepuasan untuk diri ini, dan aku rasakan tidak salah aku memilih jalan yang ini. Alhamdulillah...

Terima kasih buat semua...