Lagu Raya!
| More
Anuar & Ellina

Suasana Di Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )




Kali ni nak share lagu raya pulak, ni lah lagu raya yang adik paling bongsu suke sangat. Katanya kene nyanyi kat skolah. Huhuhu..
Klakar kanak-kanak zaman skarang, main nyanyi-nyanyi pulak. Hari ni dia ada Hari Busana, lagi lah kelakar...Hmm... macam -macam...
:)

Anyway, selamat membuat persiapan berhari raya kepada semua!!!

Wassalam.
.:Keinsafan?:.
| More
Di keheningan awal pagi ni, tiba-tiba rasa ingin menulis...

Ramadhan yang ke-25 sudah menjelang. Cukup sekejap dirasakan. Ramadhan hanya tinggal 5 hari, Syawal bakal menjelang sebagai tanda kejayaan kita menjalani ibadah puasa. Apakah benar-benar berjaya melaksanakannya? Apakah sudah sampai tahap keinsafan yang sepatutnya?

Petang semalam, sempat meluangkan masa menonton cerita Lara Rindu Mahsuri hasil nukilan oleh Ummi Hani Abu Hassan. Alhamdulillah. Sangat teruja menonton cerita tu. Almaklum, Ummi Hani merupakan penulis bagi cerita Cinta Madinah 2. Maka, cerita hasil nukilannya cukup berisi dengan plot-plot yang menyentuh jiwa. Penceritaan tentang kehidupan manusia yang sentiasa leka dek pujuk rayu syaitan dan hasutan nafsu sehingga membawa kepada kehancuran. Menunjukkan tentang keruntuhan sebuah institusi kekeluargaan akibat kerakusan manusia dengan kekayaan duniawi hingga melupakan perkara-perkara ukhrawi.


Barisan pelakon Lara Rindu Mahsuri

Sedikit preview dari Harian Metro;

Lara Rindu Mahsuri mengisahkan dua beradik, Mahsuri (Memey) dan Mastika (Sherry) yang terpisah dengan ibu mereka, Teh Halimah (Norish Karman) sejak kecil. Apabila Mahsuri dilahirkan, dia diserahkan kepada Chu Zainab (Kartina Aziz) dan menjaganya seperti anak sendiri.

Apabila dewasa, Mahsuri melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan berkawan baik dengan Mastika dan hubungan mereka sangat rapat seperti kakak dengan adik.

Ketika melawat satu rumah kebajikan, Mahsuri dan Mastika bertemu Teh Halimah, pesakit di bawah jagaan Doktor Imran (Riezman Khuzaimi) yang juga abang kawan mereka yang sama-sama menuntut di UIA.

Teh Halimah sebenarnya mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan lelaki kaya, Farouk (Eman Manan) tetapi dia tidak ingat kisah lalunya kerana kemalangan yang berlaku. Dia juga mengalami trauma kerana disiksa mentuanya, Sharifah Nur (Maimun Talib) yang membencinya.

Selesai menonton, bersiap-siap untuk berbuka. Setelah selesai segalanya, berterawih di masjid dan sempat mendengar tazkirah dengan tajuk yang kurang pasti (tiba lambat di masjid) tapi berkisar mengenai didikan terhadap nafsu. Apa yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz ialah mengenai dialog antara nafsu dengan Al-KhaliQ, Allah S.W.T

Betapa angkuh dan bongkaknya nafsu terhadap Allah S.W.T namun tunduk kepada pencipta-Nya apabila diberikan ujian terhadap kelaparan. Itulah hikmahnya kita menjalani ibadah puasa ini. Supaya kita dapat mendidik nafsu agar sentiasa dalam kawalan kita. Insya Allah, berkat Ramadhan 1429, kita dapat sama-sama mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Wassalam.

:.:Sesegar embun pagi:.:
| More
Salam Ramadhan buat semua..

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-23 kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Cukup sekejap dirasakan berlalunya bulan penuh keberkatan dan maghfirah dari-Nya..bulan yang sepatutnya diisi dengan amalan-amalan yang soleh dan dijanjikan ganjaran yang berlipat-ganda..
Ayuh sahabat-sahabat, kita sama-sama murnikan bulan ini dengan hari-hari yang tinggal ini..

Merenung kembali permulaan Ramadhan ini, pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup ni, ada suka dan duka terselit di antaranya. Macam-macam yang berlaku, namun setiap satunya ada kemanisannya yang tersendiri. Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang selalu ada, menyerikan suasana Ramadhan ini semasa di UKM. Berbuka bersama, sahur pun bersama. Alhamdulillah..

Insya Allah, iringan keberkatan Ramadhan akan mengekalkan hubungan persahabatan yang telah terbina.
Wassalam..
Terfikir kembali...
| More
Hmm..
setelah beberapa ketika, terfikir kembali kenapa blog ni wujud...
kenapa ye?..
rasa ingin berkongsi perasaan? atau rasa ingin meluahkan apa yang terbuku di hati..
atau mungkin sudah tiba masa untuk mengubah cara hidup selama ini..

biarlah apa pun sebabnya..yang terbaik hanyalah dari DIA..kita sekadar merancang dan melakukan apa yang sudah termaktub untuk kita..hanya usaha dan doa mungkin mengubahnya namun masih ada yang tidak mungkin dan tidak akan berubah..

untuk seketika, segenap ruang fikiran ni bekerja keras berusaha mentafsir segala perasaan dan menyusun setiap bait-bait kata untuk diungkapkan dalam blog ni..mungkin ini yang sepatutnya berlaku sejak dari dulu lagi..penggunaan otak atau akal fikiran yang diberikan dan diamanahkan oleh-Nya dengan baik dan penuh hikmah..

Insya Allah..akan beroleh kebaikan andai kita bijak menggunakannya..
Wassalam..
!!23 September 2008!!
| More
Alhamdulillah...
Berkat kerajinan yang sedikit, berjaya juga wujud blog milikku..
Pada tanggal 23 September 2008 jam 1:03 AM tercatatlah sejarah kewujudannya..
Apa signifikan kewujudannya?..
Hanya Allah yang tahu..

Harapan agar kewujudan blog ini dapat memberi peluang kepada kita semua berbicara sedikit sebanyak dan berkongsi ilmu pengetahuan yang ada..
Insya Allah..