Boleh ke?...
| More
Boleh tak kalau tiba-tiba rasa bosan dengan rutin harian?..

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu lari jauh-jauh membawa diri?..

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu menangis sepenuh hati?..

Boleh tak kalau tiba-tiba seperti mahu jerit sekuat hati?..

Jawapannya boleh..
Kan?..
Betul tak?..
Tolong bagi saya jawapannya boleh?..
Tomok - Berlari
| More
Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Chorus
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari
Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Ulang Chorus

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu

Ulang Chorus





p/s:
*dengar lagu ni, bila berulang kali, macam menarik liriknya..maka..terusss minat*
NDH menyokong Earth Hour~
| More
Salam..

Sabtu yang lalu, 27 Mac 2010 jam 8.30 malam.

Restoran Nasi Daging Herba mengadakan sambutan Earth Hour.

Proses penutupan lampu restoran dan makan malam bersama lilin-lilin..indah~!
:)

Sekitar program malam itu..





Mungkin akan diadakan selalu acara sebegini..
:)

Jom candle light dinner~! Siapa mahu?..
Fikir fikir lagi...
| More
Semalam terfikir..

Nak buat candle light dinner sempena Earth Hour..
Harapnya menjadi lah..
hee~

Siapa mahu datang..dijemput ya..
:)

Hari ni terfikir..

Macam nak jadi kaunselor..nak jadi motivator..
Boleh tak?..
Saya layak tak?..
huhuhu~

Tapi..restoran nak letak mane kan?..
Hmm..

Sepanjang masa terfikir..

Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni..
Apa kesudahannya nanti..
Sampai ke tahap mana diri aku akan capai dalam hidup ni..

Ada masa terfikir..

Sudah sampai masa ke aku cari seseorang untuk hidup bersama..
Bahagia selamanya..
Hmm..

Apa pun..
Aku memang selalu fikir..banyak sangat..
sampai kadang-kadang..apa pun tak jadi..
Aduh~

Dah..dah..
Buat kerja pulak..
Jangan asek fikir je..
:)



fikir punya fikir sampai jadi batu~ :p
Hati busuk atau busuk hati?..
| More
Alhamdulillah..aku masih dapat meneruskan hidup pada hari ini. Cuma tak tahu seperti biasa atau luar biasa.

Entah lah, aku dah bosan dengan manusia-manusia yang berhati busuk atau berbusuk hati. Yang mana satu ya?..

Terlalu sering kita jumpa kes-kes 'kawan makan kawan' hatta dalam kalangan saudara juga boleh berlaku. Dah berapa banyak drama-drama dalam TV sekarang kan? Dan mungkin dari drama-drama itu juga yang menjadikan manusia-manusia sedemikian wujud dalam dunia realiti ni.

Mungkin ini ujian untuk aku. Mungkin...
Tapi, sampai bila kan?..
Ya Allah, bukan niatku prejudis atas tiap ketentuan-Mu..
Aku tahu tiap yang berlaku ada hikmahnya..maka, aku bermohon pada-Mu agar dikuatkan hati menghadapi dugaan-Mu ini..
Dan aku sangat berharap agar aku dijauhkan dari perkara-perkara ni..

Dalam kes yang berlaku, aku mungkin terlalu berlembut dengannya. Ye lah, siapa yang tak sayang saudara sendiri. Tapi mungkin ada batasnya kan?.. Kita bukan benda atau tunggul yang tak punya hati dan perasaan kan?.. Cuma aku harap, sampai masanya nanti.. Akan ada perubahan sebelum hilangnya sabar dan kewarasan berfikir aku ni..

Insya Allah..

Ampuni aku ya Allah...

Hati busuk atau busuk hati ea?...


p/s:
*damn~apa jenis manusia kau ni..*
*sabar2..hmm~*
Mencari punca...
| More
Kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya yang kita nak kan?..

Maka, kita teraba-raba dalam terang mencari jawapan yang kita mahukan..


Kadang-kadang kita tahu apa sebenarnya yang kita nak..

Tapi, kita tak tahu kat mana kita nak mulakan..


Kadang-kadang kita tak yakin dengan apa yang kita lakukan..

Maka, kita menadah tangan mohon pada Yang Esa agar diberi petunjuk kepada kita..


Kadang-kadang kita yakin dengan apa yang kita lakukan..

Tapi, jauh di sudut hati masih berbolak-balik dengan keputusan yang kita ambil..


Lazimnya..

Semua ini berlaku bila kita sangat tidak stabil, emosi barangkali..


Ya Allah, aku bermohon padaMu..
Agar aku ditetapkan hatiku..
Agar aku sentiasa dan tegar bersamaMu..
Agar aku dikuatkan menghadapi semua cabaran dan dugaan..

Ya Allah, aku masih bermohon padaMu..
Biar aku tahu..
Betapa aku selalu berpaling dariMu..
Jauh..terlalu jauh dariMu..

Ya Allah, ampuni daku..
Yang tak lepas dari khilaf dan jauh dari kesempurnaan..

Ameen...
Ya Rabbal 'Alameen..
...aku tak mengerti...
| More
Tiba-tiba rasa macam sedih dan down~

Entah kenapa..
Aku terasa ada yang tak kena..

Maaflah..
Aku sangat bingung..

Aku terlalu jauh dengan Dia?..
Aduhai..ampuni aku...