Alhamdulillah..
Segalanya baik-baik belaka..
Aku gembira dengan kehidupanku kini..
Sahabat-sahabatku..
Ayuh, ke mari..
:)
Namun, masih banyak perubahan dan peningkatan perlu ku lakukan..
Restoran ku kini, sudah beroperasi hampir 4 bulan..
Pelanggan hampir keseluruhannya berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan yang diberi..
Aku masih merangka kaedah dan teknik mahu mempromosi dengan lebih berkesan..
Diharap jualan harian akan meningkat dan memudahkan aku merangka masa depan pula..
;)
Mahu mencari ruang-ruang di negeri lain pula..
Hehe..
Kisah Pertama
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku......mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah......mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Kisah Kedua
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
Selamat Hari Lahir, 8 Mei dan Selamat Hari Ibu. Semoga sentiasa dipayungi rahmat dan keberkatan dari-Nya. Semoga dikau sentiasa diberikan yang terbaik dalam hidupmu. Ampuni salah dan silapku selama umurku di dunia ini. Aku menyayangimu seumur hidupku.
Selamat segalanya, insya Allah..
Selamat Hari Lahir! . Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dimudahkan tiap urusan dan diberkati dalam tiap amalmu. Semoga dikau sentiasa diberikan jalan oleh-Nya untuk beroleh yang terbaik dalam hidupmu. Selamat Hari Lahir...Yang terbaik untuk kamu! Maaf ya atas kelewatan ini...
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this
Pertama-tamanya, terima kasih buat pemberi anugerah ini iaitu cik Ika dan En Rasydan.
Secara ringkasnya, anugerah ini akan dipanjangkan kepada penama-penama berikut:
1. En Hilmi Khairi
- Seniorku di SEMESTI. Terima kasih atas tunjuk ajar dan persahabatan ini. :)
2. En Azri
- Juniorku di KTHO, UKM. Walaupun hujung-hujung semester baru kenal. Tapi aku tahu anugerah ini sesuai untuk kamu. :)
3. En Zairi
- Sahabat seperjuangan di SEMESTI dahulu. Kini mendedikasikan diri merakam keindahan dunia nikmat dari-Nya.
4. Cik Ikin
- Adikku di KAB,UKM. Terima kasih atas pesananmu ya! akan ku ingat dan insya Allah ke temu lagi nanti ya..
5. Cik Aisha
- Adik juga eh?..Terima kasih atas sokongan kamu. Terima kasih untuk semuanya..bila mahu sampai ke Penang?..
6. Cik Nilam
- Cik felo di Kolej Aminuddin Baki, UKM. Semoga berjaya dalam kajian-kajian kamu ya!
7. Cik Jijah
- juga cik felo di Kolej Aminuddin Baki. Terima kasih ya! teruskan usaha murni memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
8. Cik Tim
- cik mantan felo KAB, UKM. Terima kasih ya!..lama tidak mendengar ini; "..Mengapakah?.."
9. Anugerah turut ditujukan buat semua pengunjung-pengunjungku yang lain. Aku tidak mampu menaip lebih panjang...tanganku semakin pijar.. :(
Tatkala jari-jemari mengetuk-ngetuk papan kekunci ini, hati membungkam resah. Cuba diri ini untuk memahami yang lain. Cuba diri ini menerka apa yang berlegar-legar di kotak fikiran mereka. Di mana letaknya pemahaman mereka terhadap orang lain untuk orang lain memahami mereka. Di mana?..
Aku masih di sini. Utara semenanjung, mencari-cari erti hidup ini. Berikan daku ketabahan ya Rabb!
Keluar topik serius..
Baru selesai menyediakan bahan untuk jelatah dan asam cabai...akibatnya..tanganku pijar...AMAT!
Ada teknik untuk hilangkan pijar? Tolong..tolong.. Agak kurang menyenangkan..aduh..tapi sebenarnya sangat tidak menyenangkan..
Tolong..sesiapa ada petua hilangkan kepijaran..bantu saya ya!
Huhuh..
Hari ini ianya berlaku..
Aku sangat berusaha untuk mengelakkannya..
Namun, hari ini..
Amarahku bisa dikawal lazimnya..
Hari ini..aku gagal..
Aku lepaskan jua walau tidak semua..
Amarahku mengawal jasadku..
Buat seketika..pertimbangan di luar jangkauan..
Namun, cepat-cepat aku kembali..
Aduh, mengapa harus begini..
Pada hari ini..
Ya Allah, tabahkan hatiku..
Tingkatkan kesabaranku menghadapi kerenahnya..
Saban hari..tika lakunya ku kira membisa di hati..
Jauhkan aku dari amarah yang tidak menentu ya Allah..
Hari ini..
Ku rasa pastikan berulang..
Seandai tiada yang bisa mengubah dirimu..
Seandai tiada usaha darimu..
Hari ini..
Sangat kuharapkan untuk berakhir..
Tiada lagi sengketa..
Tapi mungkin tiada akhirnya..
Aku benci perasaan ini..
- alasan berbblog (ada perkataan ni ke?).. aku pada mulanya sangat malas menulis dan lebih gemar memberi komen di blog-blog lain..namun, akibat komen terlalu panjang..maka dianjurkan untuk menulis blog sendiri..terima kasih pada Cik Tim ya.. :p
2. Apakah method penulisan dalam blog kamu?
- method penulisan?..pada awalnya lebih kepada rojak atau campuran..namun, timbul keinginan untuk menggunakan bahasa Melayu, maka aku kini selesa dengan bahasa ibunda ini..
- penulisan ditekankan lebih kepada soal peribadi dan apa yang terlahir dari hati dan dizahirkan di sini..tapi tak semua la..masih perlu ada rahsia.. ;)
3. Antara rupa dan isi blog, yang mana lebih kamu utamakan?
- hmm..persepsi pertama manusia umumnya lebih kepada rupa pada awalnya kan?..kemudian baru kepada isinya..tapi, semunya terpulang..ada saja blog dengan rupa yang biasa-biasa tapi menarik kan?..apapun..terpulang..
4. Adakah kamu meletak widget lagu di blog kamu? Kenapa kamu memilih lagu tersebut?
- tiada widget lagu..agak menyusahkan pengunjung tika berkunjung.. ;)
5. Antara banyak-banyak artikel di blog kamu, yang mana paling kamu suka dan kenapa?
- artikel paling suka?..aku suka puisiku yang ini. Lahir secara tiba-tiba rasa yang seronok untuk berpuisi.. :)
6. Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebabnya?
- hapuskan?..tidak sekali-kali.. :)
7. Apakah pendapat kamu mengenai blog kepada pemilik blog yang tag kamu ni?
- beliau ea?..seorang yang aku kenal sejak dari sekolah menengah lagi..seorang yang baik hati..banyak perkara yang aku belajar darinya..namun, tak semua melekat pada aku yang nakal ni.. :p
8. Senaraikan 5 orang yang akan kamu tag.
1. En Azri lagi..
2. Cik Nilam lagi..
3. Cik Ikin lagi..
4. Cik Ika
5. Mereka-mereka yang membaca, wajar melakukan juga ;)
