Salam Idulfitri 1430 H
| More

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah

Ampun dan Maaf dipinta
Andai ada terkasar bahasa
Tersalah tatasusila
Tersinggung rasa

Moga Syawal menjelang
Akan dikenang
Dan kekal dalam ingatan
Dengan penuh ketulusan

Insya Allah..

Ketemu semula
di alam maya
tika tiba masa
dan ketikanya..
:)
Cermin!
| More
Assalam..

Topik : Cermin (Bukan cerita hantu tu ye..)


Aku dan afif 'di sana'..

Sedari dulu lagi cermin amat sinonim dalam kehidupan kita..tak kira di mana jua kita berada..paling kurang tidak, kita perlukannya. Khusus buat kaum berlainan jantina denganku. Maka, aksesori yang perlu ada dalam sebuah tas tangan pastinya cermin make up.

Ceritanya, aku yang juga selalu melihat cermin kala di bilik mandi atau di kamar tidur, selalu berfikir dan merenung jauh. Semalam, untuk kesekian kali melihat-lihat aku 'di sana' di balik cermin di bilik mandi tika sedang memberus gigi. Memikirkan tentang aku. Memikirkan tentang yang selain aku. Memikirkan betapa bertuahnya aku. Memikirkan ada insan lain tak seperti aku. Maka aku bersyukur atas ketentuan ini. Apa yang aku fikirkan..

Hidupku kini, penuh kebebasan bekerja. Tidak seperti mereka yang lain. Aku bebas mencaturkan perjalanan harianku. Tidak seperti kamu-kamu yang lain. Aku punya sebuah empayar aku sendiri. Tidak seperti yang lainnya. Akulah maharaja dalam empayar itu yang bisa menuturkan apa sahaja dan mengarahkan itu dan ini. Tidak seperti yang menurutnya sahaja.

Maka, aku bisa alpa. Aku paling mudah goyah pada tiap ketika. Kerna aku rasakan aku segalanya. Namun..

Aku silap.

Aku bukan siapa-siapa. Aku masih di bawah-Nya. Jauh dari-Nya.

Aku telan dalam-dalam semua rasa tadi. Untuk aku lihat sebaliknya.

Kebebasan aku tidak indah sebenarnya. Tidak mudah sebenarnya. Tanpa percaturan bijak, segalanya bisa dipijak-pijak. Tidak seperti kalian yang ada panduannya. Empayar aku bisa musnah dalam sekelip mata. Tidak seperti kalian yang punya jaminan. Sehebat mana penuturan dan arahan aku, aku bisa digulingkan oleh yang menurut sahaja. Itu hakikatnya.

Oleh itu, kita sama sahaja. Aku dan kamu, tiada bezanya. Tetap ada yang SATU, LEBIH dari kita.

Aku melihat cermin lagi..

Kali ini di kamar tidur. Aduh, kurusnya aku. Begitu jua kata dari yang lainnya. Bagaimana aku mahu untuk tidak kurus?

Makan minum, sah-sah tak terjaga dengan kesibukan aku. Saat orang berbuka dengan lazatnya, aku ke sana ke mari melihat mereka berbuka. Saat orang lain leka menjamah makanan, aku periksa tiap order dan key in tempahan. Maka, aku tidak seperti yang lain. Tapi aku suka. Aku suka melihat yang lain enak menjamah makanan hinggakan ada saja yang menanyakan aku mengapa tidak makan. Tak mengapalah, melihat kalian makan, sudah senang hatiku.

Kata ayah, mungkin perlu kawen dulu kot. Aduh..kawen ya?.. sudah terlalu sering perkataan itu terpacul keluar.. Ya! tarikh akhir makin hampir. Kata ayah bulan dua belas tahun mendatang. Saat aku sudah cukup dua puluh enam. Bagaimana?..

Tolong boleh?..
:)
Seketika selepas bersahur...
| More
Salam Ramadhan ke-21..

Alhamdulillah, seusai bersahur bersama mama dan adik-adik pagi tadi.. adik bongsu, Afif mula terkial-kial mencari jubahnya untuk solat Jumaat nanti. Almaklum, sudah lama sangat bercuti. (Sekolah dia bercuti bermula pertengahan Ogos hingga 31 Ogos yang lalu, kes kuarantin H1N1 campur sekali dengan cuti seminggu sekolah pada awal Ramadhan). Jumaat lepas juga tidak ke sekolah kerna menziarahi arwah tok saudara yang meninggal pada malam Jumaat tu. Al-fatihah..

Maka, minggu ni mula tercari-cari balik kelengkapan biasa untuk dibawa pada hari Jumaat termasuklah jubah putihnya. Aku turut sama mencari sampai lah ke episod memunggah-munggah almari. belek baju itu, baju ini..mana yang dah tak pakai akan disedekahkan..insya Allah..

Ni dia encik Afif yang selalu kelam kabut masa awal pagi nak ke sekolah..
Hahaha..ni versi dia edit gambar dalam phone..macam-macam..

Dah serabut semacam je aku tengok keadaan bilik, tapi tak mengapalah..sendiri buat semak sendiri kemas lah.. :)

Kes Afif dah lama ditinggalkan dan akhirnya dia ke sekolah tanpa jubah hari ni..(jubah untuk pelajar yang 'dah besar' untuk solat di masjid..yang tak berjubah solat dengan budak-budak kecil)

Titipan 1 Encik-encik teddy bear dari teman-teman..terima kasih ya..titipan sempena konvo ada, saja-saja bagi ada, sempena hari lahir pun ada..apa pun, terima kasih ya..pemberi-pemberi encik teddy, sila angkat tangan! :)

Titipan 2

Haa..yang ni, masa-masa sekarang pasti dah berkurang encik posmen berkunjung ke rumah untuk menghantarnya dek kekangan masa dan paling penting evolusi teknologi menyebabkan kita lebih senang dengan khidmat pesanan ringkas atau paling rajin sekali pun, khidmat pesanan bergambar..kan? Ada yang kenal kad kirimannya?.. ;)
(Ada lagi yang lain-lain, cuma tak tertangkap je..jangan kecil hati ya..)

Titipan 3

Yang ni pula, kebanyakannya titipan sempena hari lahirku yang lepas-lepas..Meriah, macam-macam warna ada.. :)
Cepat angkat tangan pemberi-pemberi kad ini..hehe..
Terima kasih ya!

(Edit pada 12.27 pm)

Titipan 4

Yang ini, cenderahati sempena tamat tempoh berkhidmat sesi 2004/2005..pelbagai ragam dan pengalaman ditempuh selama hampir setahun..indah tak terkata~~

Titipan 5

Hadiah dari seorang pensyarah yang aku kagumi, aku sayangi..terima kasih atas tiap tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan, akanku pastikan anak didikmu ini terus berjaya..insya Allah..

Baiklah, selesai punggah, kemas semula..punggah tempat lain pula..tak kemas lagi..habis kerja nanti baru sambung kemas semula..jom tolong~!

Ke masjid pula..Jumaat~Jumaat~
Bingkisan di bulan mulia ini..
| More
Salam blog..

Sudah terlalu lama diri menyepi dari kolum blog ini dan rasanya perlu jua sekali sekala menjengah dan menyampaikan sesuatu..insya Allah.

Dalam kesibukan mencari rezeki dan terus berjuang di muka bumi ini..adakalanya diri terbuai dengan pujuk rayu dan mainan duniawi..namun, berkat hidup bersama keluarga di sini, cepat saja aku diingatkan semula dengan tugas selaku khalifah di muka bumi fana ini..

Alhamdulillah..

Semenjak entri terakhir tempoh hari..

Aku menjalani hari-hariku dengan rutin sebagaimana biasa..

Ada beberapa kali ke Kuala Lumpur menjejakkan kaki ke bumi bertuah Bangi..bertemu rakan-rakan di sana..rindu kamu semua.. :)

Insya Allah, akan kembali ke sana Oktober nanti walau sekejap cuma..







Seawal Ramadhan, aku meneruskan agenda bersama restoran. Cuma masa perniagaan diubah dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam..jam-jam seterusnya untukku bersama-Nya..insya Allah..

Makanan yang disediakan seperti biasa cuma tiada lauk kambing dan burung dihidangkan.. :)

Mari sama berbuka di sini..
Pakat mai ramai-ramai neh..








Sempat juga berlunjung ke 2 tempat ini untuk berbuka puasa tempoh hari. Sukakan tempat-tempat yang indah dan cantik. Rasa terjamin kesucian makanan yang disajikan. :)

Kalau tak silap, tak lama lagi akan ada di sekitar kawasan Shah Alam. Insya Allah..
Ala-ala berkempen untuk HPA juga ni. ;)
Lebih lanjut tentang HPA, di sini.
Insya Allah, restoran ku akan menjayakan juga usaha oleh HPA ini. Semoga dirahmati Allah.

Radix Oriental Cuisine
Radix Fried Chicken

Tup tup..
Sudah hari ke-20 berpuasa..
Aku rasa masih baru sahaja di dalam bulan yang mulia ini..
Sudah pula tiba masa berkira-kira untuk mencari malam yang TERBAIK itu..
:)

Ayuh, sama mencari..

Sekian, wassalam.